Adakah mereka sudah tidak perlukan lagi sokongan kaum Cina?
Benarkah Hu Pang Chaw antiHudud?
Bagaimana pula perasaan dan tindakan kaum Cina yang bersimpati kepada Hu?
Ketua penyokong PAS dakwa tersingkir isu hudud
Bekas ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw yang digugurkan daripada barisan baru sayap itu mendakwa disingkirkan kerana pendirian antihudud beliau yang tegas.
Ia akhirnya menyebabkan nama beliau digugurkan dari DHPP, kata Hu.
"Saya rasa sebab paling besar adalah kerana saya menzahirkan pandangan berbeza dan mereka (pemimpin PAS) tidak boleh menerimanya lagi... jadi tindakan diambil terhadap saya," katanya kepada Malaysiakini, semalam.
Hu menegaskan yang beliau tidak pernah mempersoal kewujudan hudud dalam Islam.
Namun jelasnya, beliau percaya undang-undang tersebut tidak sesuai untuk dikuatkuasa di Malaysia. - mk
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa