Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 14, 2014

Panggung Wayang Cina Terengganu!

Bijak cara ko nak cepat kaya bro....

Adun Bukit Besi Tarik Balik Surat Keluar Umno
Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 9:45 PM

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2). - sumber

5 comments:

  1. Pemimpin UMNO memang kita tahu tak ada maruah dan harga diri sebab itu kebanyakan mereka ini makan rasuah. Pemimpin low class didunia.

    ReplyDelete
  2. Masoh x selamat lagi. Di sessi DUN nanti, undi bn sekadar 15 brbanding pas pkr n bebas. Yg 17. Speaker hsnya ada casting vote bila kumlah undi dama.

    ReplyDelete
  3. Sandiwara semasa dari umno.keluar masuk nie jalan mudah mengumpul harta.cer citer berapa kekayaan milik bekas DUN changkat jering yg melompat parti.berapa ekar keluasan ladang sawit dimiliki.lubang taik mungkin bole ditutup tapi lubang munafik tersebar jua.aper pun tahniah yb.anda layak ke putrajaya.

    ReplyDelete
  4. Dari awal lagi dah boleh agak perangai mamat Roslee ni. Acah2 je yang lebih. Berani ke dia lawan Najib bila Najib kata.... eh, kes dulu bila2 bole buka balik, woi. Mahu tak kecut telor Roslee ni..

    ReplyDelete
  5. Hi! I know this is kind of off topic but I was wondering which blog platform are you using for this website?
    I'm getting sick and tired of Wordpress because I've had
    problems with hackers and I'm looking at options for another
    platform. I would be great if you could point me in the
    direction of a good platform.

    My homepage - binary cash creator review

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa