Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 9, 2014

Dr Jemilah Rangsang Misi Kemanusiaan Global

Pelantikan Dr Jemilah Rangsang Misi Kemanusiaan Global
Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 9:31 AM
Pelantikan Dr Jemilah pengiktirafan buat Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelantikan Tan Sri Dr Jemilah Mahmood untuk mengetuai Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia pada 2016, adalah satu rangsangan kepada misi kemanusiaan seluruh dunia.
Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia Michelle Gyles-McDonnough dalam kenyataannya mengucapkan tahniah bagi pihak Pasukan Negara PBB di Malaysia.

Beliau berkata, pelantikan Dr Jemilah merupakan khabar gembira kepada misi kemanusiaan di rantau Asia dan Pasifik.

"Kami gembira kerana Tan Sri Jemilah kembali menyertai pasukan PBB, kali ini di Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) bagi mengetuai persiapan penganjuran buat julung kalinya Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di Istanbul pada 2016.

"Adalah jelas bahawa misi kemanusiaan perlu seiring dengan perubahan nasional, serantau dan global, oleh itu, Dr Jemilah adalah orang yang sesuai bagi membantu menggerakkan proses ini," katanya.

Beliau turut memberi jaminan berhubung sokongan Pasukan Negara PBB di Malaysia terhadap peranan baharu Jemilah menerusi OCHA.

Gyles-McDonnough menganggap Jemilah sebagai seorang pemimpin yang kreatif dan memberi inspirasi selain cukup memahami sistem tindakan kemanusiaan.

"Berbekalkan pengalaman sebagai Ketua Bahagian Tindakan Kemanusiaan dalam Tabung Kependudukan PBB (UNFPA) serta pengasas dan bekas presiden MERCY Malaysia lebih sedekad iaitu satu daripada organisasi kemanusiaan paling berjaya dari bahagian selatan dunia, beliau kaya dengan ilmu pengetahuan," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut Setiausaha Agung PBB akan menganjurkan Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di Istanbul bagi mencari kaedah baharu dalam menangani keperluan misi kemanusiaan dalam dunia yang pantas berubah.

Inisiatif tiga tahun ini diurus OCHA dan akan menetapkan agenda baharu bagi misi kemanusiaan di peringkat global.

Sidang kemuncak itu akan memfokus kepada empat tema utama iaitu Keberkesanan Misi Kemanusiaan, Mengurangkan Ketidakpastian dan Menangani Risiko, Transformasi Menerusi Inovasi serta Memenuhi Keperluan Penduduk Terlibat Dalam Konflik.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa