Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 9, 2014

Najib Tunduk Kepada Perkasa?

Siapa berkuasa, Najib atau Ibrahim Ali? soal DAP
OLEH LEE SHI-IAN
LATEST UPDATE: MAY 08, 2014 07:24 PM
Lim Guan Eng kesal akan kewujudan kumpulan pelampau seperti Perkasa yang kerap menggugat keutuhan perpaduan negara

Siapakah yang sedang mentadbir Putrajaya, Perkasa atau Barisan Nasional (BN)? soal DAP berikutan keputusan perdana menteri mengekalkan ruangan "kaum" dalam borang rasmi kerajaan, bercanggah pengumuman awal seorang menteri yang memaklumkan ia akan dibuang secara berperingkat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan sama ada Datuk Seri Najib Razak atau Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali bertanggungjawab bagi kerajaan persekutuan.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata Putrajaya memutuskan untuk menghapuskan ruangan "bangsa" secara berperingkat.
Hari ini, Najib mengumumkan tidak ada rancangan untuk menggugurkan ruangan "kaum" itu.Bagaimanapun, Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika Putrajaya menggugurkan ruangan "bangsa" daripada borang rasmi kerajaan, mendakwa ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.
"Kenyataan itu adalah tidak tepat. Kami ada berbincang mengenainya dalam Kabinet tetapi keputusan kami adalah untuk mengekalkannya,"  kata perdana menteri.
Najib dilaporkan berkata ruang "kaum" diperlukan untuk memastikan "setiap masyarakat diberi pertimbangan adil" dan tidak ketinggalan daripada dasar-dasar kerajaan.
Lim berkata pengumuman Najib mengenai subjek yang tidak mempunyai nilai menimbulkan persoalan sama ada BN atau Perkasa menguasai Putrajaya.
"Joseph Entulu bermaksud baik dengan pengumumannya semalam memandangkan ruangan 'kaum' tidak memberi nilai tambah dalam borang seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia," kata Lim.
"Mengeluarkan ruangan 'kaum' akan menjadi satu langkah ke hadapan ke arah mewujudkan sebuah identiti kebangsaan tunggal."
Namun selepas lebih 50 tahun merdeka, organisasi seperti Perkasa masih “mencarik fabrik sosial” perpaduan negara, kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua kumpulan pelampau dan perkauman seperti Perkasa memperoleh kelebihan seperti yang mereka nikmati kerana kekebalan undang-undang untuk membuat kenyataan tidak berperikemanusiaan dan ganas terhadap orang bukan Islam.
"Bukan sahaja mereka membuat kenyataan menghasut tetapi mereka juga kelihatan mempengaruhi dasar dan membuat keputusan di peringkat menteri kerajaan," kata Lim. – 8 Mei, 2014.

2 comments:

  1. Bangsa melayu yang memundurkan bangsa sendiri inilah dia rupa orangnya bangsa cina menolong bangsa sendiri tanpa mengira apa fahaman politik mereka ,asalkan sebangsa dan sesama persatuan mereka akan membantu dan sekarang mereka telah nampak kelemahan bangsa melayu yang terlalu ghairah menyokong pertubuhan PERKASA ini , cina telah mula mengambil kesempatan mebantu bangsa melayu yang kedha'ifan,maka UMNO telah nampak kegagalan mereka maka UMNO juga telah ambil kesempatan mempergunakan PERKASA untuk menjahanamkan bangsa melayu sendiri , inilah hakikat kenapa hudud telah timbul melalui PAS jadi kelak melayu sesama melayu akan bercakaran ,siap yang akan mendapat labanya, fikirlah semasak-masaknya wahai UMNO dan orang melayu jika sayangkan bangsa dan jenerasi kita kelak.

    ReplyDelete
  2. Sekim Pembahalolan Bangsa Melayu itu sudah ber jaya.... Kedua dua nya bahalol di bawah telunjuk setan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa