Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 8, 2014

Gelojohnya Dia!

Seorang yang terlebih lajak dari laju sehingga mendahului kabinet
Ramai Menteri lantikan Najib yang menjadi liabiliti kepada kerajaan

Najib kata Joseph Entulu akan mohon maaf
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun memohon maaf atas kenyataan yang mendakwa kerajaan akan menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi.

Laporan Berita Harian Online menyebut, Najib berkata Kabinet tidak membuat apa-apa keputusan untuk menggugurkan ruangan tersebut.

"Kenyataan itu tidak tepat, memang kita ada bincang dalam Kabinet tetapi keputusan kita adalah kekal," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Walau dengan penjelasan tersebut, bantahan sudahpun mula disuarakan oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang merancang untuk mengemukakan saman ke atas kerajaan.

Presiden NGO tersebut Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sendiri akan memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bahawa tindakan pengguguran ruangan tersebut bertentangan dengan undang-undang.

“Kabinet boleh apa jua keputusan tapi tidak boleh melangar Perlembagaan.

"Saya sendiri selaku presiden PERKASA akan bawa perkara ini ke mahkamah untuk memohon mahkamah mengistiharkan penghapusan identiti kaum adalah bertentangan dengan Perlembagaan," katanya.

Dalam kenyataan melalui SMS kepada Malaysiakini, Ibrahim berkata PERKASA juga melantik dua orang peguam untuk mengkaji tindakan tersebut. - mk

2 comments:

  1. bantah keras kaum katak di'tiada'kan ! perkasam & ABU !

    ReplyDelete
  2. Bukan dia gelojoh, tapi Ketuanya kene sindrom 'selfie', abih semua jdi ketua! hu..hu...Malaysia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa