# Saya sebagai peminat dan penyokong sukan bola sepak fikir FAM perlu bebaskan diri dari Istana.
Dan Indidvidu yang mempunyai kuasa dari Istana juga tidak harus memegang apa-apa jawatan NGO selain dari NGO yang melibatkan kepentingan kerabat dan istana sahaja
TMJ diminta cakap berhemahOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
“BERCAKAP biar berhemah, nak tegur biar ada asasnya.”
Demikian tegas bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri
Dr. Ibrahim Saad yang menganggap kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai tidak berhemah.
Menurutnya, Presiden PBNJ itu perlu menggunakan pendekatan lebih lembut bila mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi menjelang Kongres FAM ke-50 pada 25 Mei nanti.
Ibrahim memberitahu, Tunku Ismail yang dikatakan bakal bertanding untuk jawatan Presiden FAM seharusnya mengambil langkah berbincang semeja dengan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah jika ada perkara berbangkit untuk diketengahkan.
Beliau mengakui Tunku Ismail memiliki karakter untuk mengubah senario bola sepak Malaysia tetapi dalam masa yang sama, baginda seharusnya bertemu dahulu dengan Sultan Ahmad Shah tanpa membuat kenyataan sebaliknya.
“Pemilihan pada Kongres FAM nanti melibatkan pelbagai jawatan adalah perkara biasa. Sudah tentu dalam mana-mana persatuan, mesti ada persaingan tetapi sampai satu peringkat dalam FAM yang melibatkan pihak istana, lebih baik kita mengeluarkan kenyataan lebih berhemah dalam apa-apa hal sekalipun.
“Kalau FAM dipimpin oleh kerabat diraja, maka kita seharusnya menghormati antara satu sama lain. Jika kita tidak berbuat demikian, bagaimana rakyat mahu menghormati raja-raja?
“Pendapat saya, elok perkara seperti ini dibincangkan dalam Kongres atau mana-mana mesyuarat FAM,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ibrahim ialah bekas Duta Besar Malaysia ke Filipina.
Pada Isnin lalu, Tunku Ismail menyatakan baginda tidak berminat untuk terlibat dalam pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2014-2018 kerana baginda sudah dapat menjangkakan keputusan pemilihan dengan meramalkan jawatan Presiden FAM akan menjadi milik Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Sehari selepas itu, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah menegaskan tiada sandiwara wujud dalam pemilihan pucuk pimpinan FAM apabila baginda menyifatkan pemilihan tersebut adalah telus.
Mengulas lanjut, Ibrahim percaya tiada sebarang ‘permainan’ politik berlaku dalam sistem pentadbiran badan induk bola sepak negara itu terutamanya ketika berlangsungnya pemilihan untuk jawatan-jawatan tertentu yang dipertandingkan.
Jelas Ibrahim yang menjadi Setiausaha Agung FAM bagi penggal 2005-2007, proses pemilihan anggota tertinggi FAM diundi secara telus dan adil.
“Setiap jawatan ditentukan menerusi undian ahli-ahli gabungan FAM. Mereka yang berkuasa untuk menentukan siapakah pemimpin tertinggi FAM untuk setiap penggal,” katanya. - sumber
elok pegi je la main keta2 mewah yg byk sgt tu. tk perlu campur sukan rakyat bolasepak
ReplyDeletekurang2 TMJ berani dan x berpolitik mcm ko orang semua....semua kaki bodek sbb nk jaga kepentingan masing2 bkn nak jaga pemain dan bolasepak Malaysia. kalo TMJ ok why not? of course he needs exposure tapi mcm mana nak dpt exposure kalo x di beri peluang..go TMJ go..
ReplyDeleteMacam macam....
ReplyDeleteSelagi FAM dipimpin sang dewa2 maka selagi itulah standard bolasepak Malaysia berada di takuk lama. Mengabihkan boras ajolah.
ReplyDeletebrahim sad ni pun sekor kataj juga ,apa ada hal ,sesapa pun pegang jawatan kalu dalam fam biar sampai mati , ABU !
ReplyDeleteAnon 3:06 PM
ReplyDeleteMaafkan saya.
Tak tergamak pulak nak publishkan komen anda
Nampak awal lagi pasti kalah; mulalah membebel salahkan orang. Kenapa tak buat sebuah Gabungan Bolasepak sendiri2 di Johor yang terdiri dari pasukan2 dari semua kampung dan estet2 di Johor. Kalau gaduh pun gaduh antara rakyat Johor sahaja.
ReplyDelete