Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 7, 2014

Kelihatan Dahsyat Tetapi Pemandunya Selamat

Berpantang maut sebelum ajal
6 Mei 2014
MUAR - Seorang pekerja syarikat perkapalan terselamat  meskipun kereta dipandunya remuk teruk selepas terbabit  kemalangan di Kilometer 139.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pagoh di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu melibatkan dua kereta dan sebuah bas, bagaimanapun  tiada  kemalangan jiwa dilaporkan.

Pemandu Proton Wira, Rahmat Razekan Manap, 38, berkata, keretanya hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan selepas dilibas  belakang treler yang memintas kenderaannya di laluan kiri lebuh raya.

“Ketika itu saya berada di laluan kanan lebuh raya dalam perjalanan pulang ke rumah di Melaka selepas menziarahi saudara di Johor Bahru.

“Kereta seolah-olah melekat pada pembahagi jalan menyebabkan pintu pemandu terpaksa ditendang sebelum boleh dibuka,” katanya ketika ditemui di Balai Trafik Daerah Muar.

Katanya, dia segera berlari melintasi jalan untuk  ke tepi lebuh raya bagi menyelamatkan diri.

“Sebaik selamat berada di tepi lebuh raya, saya dengar dentuman kuat dan apabila menoleh saya dapati sebuah Toyota Vios merempuh kereta saya sebelum sebuah bas ekspres melanggar kedua-dua kereta.

“Kejadian ini merupakan pengalaman menakutkan dan saya masih trauma  namun bersyukur dapat menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah Muar, Superintendan Muhammad Hanif Othman ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian dan memaklumkan hanya penumpang Toyota Vios yang cedera ringan.

2 comments:

  1. Aw, this was an exceptionally good post. Finding the time and actual
    effort to make a great article… but what can I
    say… I procrastinate a lot and don't manage to get anything done.


    Have a look at my web site; plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  2. What's Going down i'm new to this, I stumbled upon this I have discovered It positively helpful and it has helped me out loads.

    I hope to give a contribution & help other users like its helped me.
    Good job.

    My site ... plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa