Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 13, 2014

Lagi ADUN Keluar UMNO: Kerajaan Darurruntuh Dah Runtuh!

Lagi keluar parti, k'jaan minoriti di T'ganu
Seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno keluar parti di Terengganu hari ini, dipercayai ekoran tidak puas hati dengan pertukaran menteri besar negeri semalam.

Hari ini,  ADUN Bukit Besi Roslee Daud pula dilapor mengekori jejak langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dan  ADUN Ajil Ghazali Taib.


Seperti dua pendahulunya, Roslee juga memilih menjadi calon bebas.

Langkah terbaru itu menyebabkan BN kini hilang penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas bertahan hanya dengan kelebihan dua kerusi selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

BN sebelum ini mempunyai 17 wakil dalam DUN berbanding Pakatan Rakyat dengan 15 anggota.

Selepas hilang tiga kerusi, BN kini hanya mempunyai 14 kerusi dalam DUN.


Jika tiga bekas ADUN Umno itu memilih menyokong Pakatan, kerajaan negeri akan jatuh ke tangan Pakatan, situasi yang hampir sama dengan krisis yang berlaku di Perak sebelum ini apabila BN merampas negeri itu.

Ahmad semalam berkata, lebih ramai lagi ADUN negeri itu akan mengikuti langkahnya, walaupun tidak menyatakan bilangan tepat. - mk

7 comments:

  1. Uncle yeh, mung punyo pasal la ni, nafsu besar, jd menteri tok cukup?...

    ReplyDelete
  2. Malaysiabaru

    Haa..haa....dunia..dunia!

    ReplyDelete
  3. Trkini .. Pakatan 15 .. BN 11 .. Bebas 6

    ReplyDelete
  4. Sehari dua aje tu. Bila dpt senator dpt jawatan menteri penuh, hilanglah merajuk tu. Pas janganlah nak mimpi yer....hih hih

    ReplyDelete
  5. Pm david copperfield. Kpltrbng hilang kini negeri hilang

    ReplyDelete
  6. Tindakan yang memaparkan kebodohan pemimpin tertinggi BN. Dalam kedudukan kerajaan negeri yang tak begitu stabil beliau masih mengambil risiko yang jelas akan memberi kemudaratan kepada partinya. Begitu jua dalam hal pentadbiran negara. Sanggup memperjudikan dalam membuat satu-satu keputusan yang akan merugikan negara.
    Kes tanah Tanjung Pagar, apa yang Malaysia dapat setelah sekian lama usahasama dijalankan. Mana 60% yang Malaysia dapat manakala Singapura 40%. Yang pastinya tanah Tanjung Pagar sekarang milik Singapura 100%.
    Nak buat macamana LABU..........

    ReplyDelete
  7. padan muka kpd umno..tp pas yg selalu melepas kerana ada peluang..bercakaran antara dia juga...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa