Kit Siang: BN ada agenda tersembunyi
13 Mei 2014
GEORGETOWN - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan alasan diberikan MCA berhubung penarikan diri daripada bertanding di PRK Bukit Gelugor sebagai ada agenda tersembunyi.
Menurutnya, keputusan yang dibuat itu adalah satu perangkap yang dipasang BN, namun itu langsung tidak menjejaskan PR.
“Ini bukan soal menang atau kalah, tetapi lebih kepada bagaimana untuk mendapat sokongan daripada pengundi di Bukit Gelugor. Bila mereka berasakan tidak akan dapat sokongan, mereka muncul dengan pelbagai agenda.
“Keputusan tidak bertanding adalah satu perangkap, iaitu menimbulkan situasi supaya jumlah undian DAP menurun. Mereka boleh guna apa saja propaganda, namun saya yakin rakyat semua sedar akan perkara itu. Inilah sikap hipokrit BN sebenar,” katanya kepada media selepas penamaan calon, semalam.
Kit Siang berkata, alasan MCA khususnya untuk menumpukan kepada isu Perlembagaan yang dicetuskan Pas itu hanyalah cakap kosong.
“Itu alasan semata-mata. Cakap kosong. Mereka boleh bertanding di sini (PRK Bukit Gelugor) tetapi mengapa mereka tidak mahu?
“Mereka cuba untuk ‘bermain dengan rakyat’. Oleh demikian, saya merayu kepada pengundi Bukit Gelugor supaya menggagalkan agenda yang BN cipta itu. Bagi saya, keputusan yang mereka buat adalah cabaran untuk DAP,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tiada calon BN diletakkan di PRK berkenaan adalah satu peringatan kepada rakyat.
Menurutnya, kenyataan Najib itu juga adalah satu cabaran yang perlu diambil berat oleh jentera PR dan DAP.
“Perdana Menteri sendiri umumkan bahawa BN tidak akan beri laluan mudah kepada DAP, maka itu diibaratkan satu peringatan yang harus diingati semua rakyat.
“Sebagai rakyat, kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.
Kelmarin, dalam sidang media di Sidang Kemuncak Asean ke-24 di Myanmar, Najib dilaporkan berkata, beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada PRK Bukit Gelugor, namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.
Najib turut berkata, akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.
Menjawab soalan media sama ada BN akan menurunkan calon daripada parti komponen, Najib berkata, ia bukan daripada parti komponen, sebaliknya daripada pihak lain dan kemungkinan sebagai calon Bebas.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa