Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 12, 2014

Laa....Rupanya Mak Mah Tak Pernah Merasai Bersanding?

Ruminah Sidek Teruja Bakal Bersanding Buat Pertama Kali
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Seniwati Ruminah Sidek mengakui teruja apabila akhirnya bakal merasai pengalaman duduk bersanding di pelamin buat kali pertama dalam sejarah hidupnya pada majlis perkahwinannya dengan Al-Fatah Rahim Ismail pada 17 Mei ini.

Ruminah atau lebih mesra dengan sapaan Mak Mah, 68, berkata, menerusi tiga perkahwinannya sebelum ini termasuk dengan Allahyarham AR Tompel dia tidak berpeluang merasai pengalaman bersanding di pelamin kerana sebab-sebab tertentu dan atas dasar itu juga dia menyediakan dua pelamin pada hari bahagianya itu nanti.

"Insya Allah dua pelamin iaitu untuk majlis pernikahan dan resepsi akan disediakan untuk majlis itu nanti dan saya teruja kerana ini adalah kali pertama saya akan naik pelamin dan bersanding.

"Ia sebenarnya atas permintaan anak-anak dan keinginan saya sendiri yang tidak pernah bersanding sebelum ini.

"Alhamdulillah biarpun tidak berkesempatan berbuat demikian sebelum ini rupa-rupanya Allah bagi rezeki pada usia 68 tahun," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ruminah dan Al Fatah, 70, berkenalan ketika mereka sama-sama mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu dan pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang iparnya di Meru, Klang dekat sini.

Dalam pada itu, Ruminah berkata, majlisnya itu nanti akan diadakan secara besar-besaran dan menjangkakan seramai 3,00 tetamu bakal hadir pada hari tersebut.

Jelas Ruminah, dia beruntung kerana anak-anak dan sanak saudaranya beramai-ramai membantu bagi memastikan majlis itu nanti berjalan lancar seperti dirancang.

"Majlis hanya akan diadakan sehari sahaja tetapi kemeriahan itu akan terasa tiga empat hari sebelum itu kerana semua saudara mara akan datang membantu bagi melancarkan perjalanan majlis.

Tambah Ruminah, ahli keluarganya juga tidak membenarkannya membuat sebarang pekerjaan dan memintanya supaya berehat agar seri pengantinnya berseri-seri pada hari itu nanti.

Sementara itu, Ruminah berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada pihak yang mempertikaikan keputusannya berkahwin buat kali keempat kerana jodoh itu ditentukan Allah dan bukan dirinya. 

Namun dia bersyukur diberi peluang bertemu dengan Al-Fatah dan berharap peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga akhir hayat.

"Cabaran dari segi persiapan itu tidak ada cuma biasalah orang mengusik tentang umur saya tetapi saya tidak kisah kerana jodoh itu Allah yang tentukan.

"Malah saya sendiri belum tahu apakah sempat saya naik pelamin pada hari itu nanti kerana saya tidak tahu apa akan terjadi dan berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan dan kebahagian saya dan bakal suami," jelasnya.

1 comment:

  1. Allah bagi rezeki bersanding???x fhm la pulok kawe...bersanding hok jeneh lagu mano pulok hok tuhhh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa