Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 12, 2014

Siapa Yang Bohong Ni?

'Sumpah saya masih ahli Pas'
12 Mei 2014
Sijil keahlian Pas yang dibawa Mohamed Nabi Bux ketika ke pejabat SPR Pulau Pinang untuk mendaftar sebagai calon PRK Bukit Gelugor

Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar

GEORGETOWN - Bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, terkilan dengan sikap sesetengah pimpinan Pas yang berdolak-dalik mengenai isu keahliannya.

Beliau tidak berkecil hati jika Pas tidak membenarkannya bertanding atas tiket parti itu tetapi tidak wajar menuduhnya sebagai ahli Umno.

“Jika tak mahu saya bertanding atas tiket Pas, beritahu saya secara terus terang. Saya tidak akan berkecil hati. Tapi janganlah menuduh saya bukan ahli Pas sebaliknya tuduh pula saya ahli Umno.

“Saya ada bukti, malah semasa saya ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri tempoh hari, saya ada bawa bersama sijil keahlian Pas. Jadi, bagaimana boleh timbul saya ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

2 comments:

  1. Kalau dah tahu pas dlm pr wat pe gatal bertanding lwn dap..

    ReplyDelete
  2. Cuba periksa akaun dia ni..mn lah tahu..kan bukan nak tuduh..tp berwaspada..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa