Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 13, 2014

Macam PAS Rela Terengganu Diterajui UMNO Jer?

PAS: Krisis Perak takkan berulang di T'ganu
PAS berikrar tidak akan menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga wakil rakyat BN yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di Perak pada tahun 2009.

Azam itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat (kanan) pada sidang media di Kuala Terengganu, petang ini.

"Kita tetap dengan dasar kita dan kita akan bincang balik dengan kepimpinan (pusat) - kita tidak berminat lagi untuk itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau ditanya jika PAS berminat untuk 'melamar' bekas menteri besar dan dua ADUN Umno yang dilaporkan menghantar surat keluar parti.

PAS menurutnya akan memberikan masa kepada menteri besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengembalikan majoritinya sebelum merencana tindakan seterusnya.

"Hasrat sultan beri kepercayaan kepada Razif itu, biar diberikan peluang kepada beliau untuk membina majoriti dia tetapi kalau dia gagal kita akan maklumkan kembali tindakan sewajarnya," katanya.

Pada tahun 2009, tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN.

Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat jatuh kepada BN dan menteri besar baru dari BN dilantik menggantikan menteri besar dari PAS.- mk

2 comments:

  1. pasal MB Selangor dgn ura2 Khalid Ibrahim nak ditukar, puak2 ug gegak gumpita pukul canang besar2an tak setuju biar apa pun yg trjd,& itu lah senario sbnr ug ddlm PR

    Tetapi dgn umporno setan dikenali puak2 ug seolah2 jls mnjd begitu lembut hormat sopan dan sgt santun sekali

    ReplyDelete
  2. bkn rela dgn umnu tp sebab spesis umnu ni mati idop balik pun x boleh dipecaya. kalau terima 3 ekor tu kemudian dia u-turn? baik bubar dun. x buang masa dan tenaga. belum apa2 lagi, dr 6 org yg declare jd bebas, 3 dah u-turn

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa