Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 9, 2014

Mahathir Pula Sergah ISMA

Tolong diam, kenyataan anda menyakiti negara, kata Dr Mahathir kepada Isma
Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad bercakap kepada wartawan semasa sidang media selepas melancarkan buku 'Reminiscences of Insurrection - Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990' di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mei, 2014.

Beberapa hari selepas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terus-menerus menyerang bukan Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan mereka patut berhenti membuat bising.
Bekas perdana menteri itu berkata kenyataan daripada pemimpin Isma tidak konstruktif.
Kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tindak balas kepada Isma yang melabelkan kaum Cina sebagai 'penceroboh' dan menggesa agar hukum hudud dikenakan kepada semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja umat Islam.
"Dia sepatutnya simpan sahaja pandangannya. Mereka tidak membantu keadaan negara ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990 oleh Leftenan Kolonel Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows hari ini. – 9 Mei, 2014 - MI.

1 comment:

  1. sama macam lu juga la matde oi kenyataan mu pung dalam isu berkaitan Islam banyak yang meruntohkan

    masih tak sedor diri
    yang ditakuti apabila Allah bagi manusia tak sedar diri sampai kemati.
    Na'uzubillah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa