Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 9, 2014

Pekong Sultan Brunei, Kerabat Didedahkan

Walau apa pun kebenarannya perlu diteliti kerana kita tahu media barat adalah berada di bawah telunjuk Yahudi yang secara tradisinya memusuhi Islam
Mereka lebih membenci dan amat takut kepada mana-mana kerajaan atau individu yang cuba mengikut Alqur'an

Media barat dedah Sultan Brunei, kerabat boros, maksiat walaupun laksana hudud
OLEH MD IZWAN
MAY 09, 2014
Peserta demonstrasi memegang sepanduk dalam perhimpunan membantah pelaksanaan hudud oleh Sultan Brunei di depan hotel milik Sultan Brunei, Hotel Beverly Hills, California, Amerika Syarikat, pada Isnin. – Gambar Reuters.

Selepas pelaksanaan hukum hudud di Brunei oleh Sultan Hassanal Bolkiah, pendedahan gaya hidup boros dan bergelumang dengan maksiat melibatkan pemerintah dan kerabatnya didedahkan media barat.
Media berkenaan mengkritik kehidupan peribadi Sultan Brunei dan kerabatnya dan pendedahan melibatkan anakanda Sultan, Putera Abdul Azim dan adiknya, Putera Jefri Bolkiah dilakukan.
Majalah atas talian barat, Frontpage Mag (www.frontpagemag.com), menuduh anak kesayangan Sultan Brunei, Azim sebagai seorang yang gemar mengadakan parti liar dengan selebriti Hollywood.
Azim juga didedahkan pernah minum arak sehingga mabuk bersama mendiang Michael Jackson yang diketahui ada kecenderungan dalam hubungan sejenis dan ia didedahkan sendiri oleh selebriti  Amerika Syarikat, Aaron Paul Sturtevant."Putera Azim, anak kesayangan Sultan Brunei juga menghabiskan banyak wang untuk menjemput bintang ke sambutan ulang tahunnya dan menghabiskan masa berparti di Barat," kata penulis majalah itu, Daniel Greenfield dalam artikelnya.
Selain itu, adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah, juga didakwa sebagai teman akrab kepada sultan untuk berhibur dan mempunyai hampir 40 pelacur yang disimpan di hotel Dorchester, London.
Jefri juga dikatakan seorang yang boros dan menghabiskan wangnya membeli pelbagai koleksi bernilai jutaan ringgit.
Malah, Jefri juga sebelum ini dilaporkan oleh Reuters cuba menghalang daripada gambar "statut erotik" yang menunjukkan beliau sedang membuat hubungan kelamin didedahkan dalam satu perbicaraan mahkamah di New York.
Daniel berkata, selebriti di Hollywood membantah pelaksanaan undang-undang Islam di negara tersebut kerama menyifatkan ia sebagai tidak adil.
"Bukan undang-undang Islam itu yang kejam, tetapi ia tidak dilaksanakan ke atas kumpulan elitis sebaliknya rotan, rejam dan pukul hanya ke atas rakyatnya," katanya.
Pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei menerima kritikan banyak pihak, malah selebriti Hollywood juga memprotes usaha tersebut.
Terbaru, pengasas kumpulan Virgin, Richard Branson memboikot hotel milik Sultan Brunei, termasuk The Dorchester di London dan Hotel Beverly Hills di Los Angeles.
Selain Branson, beberapa selebriti lain seperti Stephen Fry, pengacara TV Sharon Osbourne dan pelawak, Ellen DeGeneres juga memboikotnya.
Kumpulan aktivis dan sivil di barat juga memprotes pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pada tahun lalu negara kecil itu akan melaksanakan hudud bermula April 2014. Gambar fail.Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pada tahun lalu negara kecil itu akan melaksanakan hudud bermula April 2014. Gambar fail.Tahun lalu, Sultan Hassanal Bolkiah, yang merupakan pemerintah mutlak negara kecil yang kaya dengan hasil minyak itu, berkata menerusi pengenalan hudud ke dalam sistem perundangan negara itu, "akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah".
Mulai April lalu, Brunei secara beransur-ansur menginstitusikan hukuman seperti sebatan, memotong anggota badan dan merejam, susulan daripada pengenalan kepada Kod Penal Syariah yang baru.
Lazimnya rakyat Brunei tidak mempersoalkan arahan istana, namun beberapa suara kritikan meresap ke dalam media sosial mengkritik usaha ke arah melaksanakan hudud, dan ini menyebabkan Sultan Hassanal memberi amaran keras.
Usaha Brunei itu bagaimanapun mendapat pujian beberapa ahli politik konservatif di Malaysia, termasuk daripada parti PAS.
Disember lalu, kurang dua bulan selepas pengumuman Sultan Brunei itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub mengetuai delegasi Kelantan yang dianggotai beberapa pemimpin kanan negeri itu ke Bandar Seri Begawan, bagi menyampaikan ucapan tahniah atas keputusan Sultan Brunei itu.
Delegasi berkenaan turut diberi taklimat oleh pelbagai pihak berkuasa agama di Brunei mengenai pelaksanaan hudud, iaitu sesuatu yang mencetuskan perdebatan sepanjang dua dekad sejak kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS memberi lampu hijau untuk enakmen hudud.
Kerajaan negeri Kelantan juga akan membawa Usul Persendirian ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan restu untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk Hudud di Kelantan.
Bagaimanapun, usaha tersebut mendapat tentangan banyak pihak khususnya daripada parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan parti komponen Barisan Nasional, MCA. – 9 Mei, 2014. - MI

4 comments:

  1. Selagi seseorang itu taubat dari hal hal jahil yang di laku kan dahulu , seseorang itu perlu di terima baik sebagai pemimpin selagi ia akur skan hukum hakam Allah SWT...

    Sesungguhnya dajjal itu wujud dan benar.... Umno itu benar , dan mati itu juga benar.

    ReplyDelete
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Jangan terlalu kolot la Bro Mountdweller . Jika Sultan Brunei dan kerabatnya tak nak di hukum dengan Hukuman Allah ( Hudud) lantak dia la Bro Mountdweller. Takkan Lu Bro Mountdweller nak ikut dia???
    Kita sebagai orang Islam kena ikut lah perintah Allah . Jika kita nak Allah sebagai Tuhan kita , kita wajib kan diri kita dan kena ikut apa yang Allah telah tetapkan untuk kita. Alhmadulilah Sultan Brunei nak juga laksanakan Hukum Allah .. yang Lu Bro Mountdweller mewar warkan dalam N3 lu keburukkan perilaku Sultan Brunei kenapa seolah olah Pemimpin Islam yang jahil tak layak untuk melaksanakan Hukum Allah ????? . Selama ini kita dan Pemimpin Islam kita (warga malaysia yg Islam )yang bertuhankan Allah SWT sebagai Tuhan kita tapi ambil Hukuman Lord Reid untuk menjatuhkan hukuman buat persalah . Bro Mountdweller.... lu tak tentu pasal nak di kecuali dari Hukuman Allah apa pasal da buang tabiat ke ??? Jealous tak tentu pasal kenapa?????

    ReplyDelete
  3. MCA & DAP tentang hudud kerana tak dapat penerangan bersabit dg keindahan undang2 Islam dan hudud. Selama ini mereka dimomokan dg perkara yang tak baik (fitnah) mengenai Islam demi untuk kepentingan diri dan parti. Salah siapa? Tuhan tunjukan kebenaan kepada kita... senjata dah nak makan tuan.

    ReplyDelete
  4. aku kn tetap taat stia pda raja dan menyokong sgala usaha baginda dlm menegakkan undang2 islam..we dont care for what happened in the past.the bright future of islam is more important.
    -salam muhibah dari Brunei-

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa