Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 16, 2014

PAS Bijak Tapi PKR?

PAS bijak, PKR salah langkah dalam percaturan permainan kuasa di Terengganu
oleh Alyaa Alhadjri 07:30PM Mei 15 2014
KOMEN: Sungguh tidak masuk akal apabila PKR Terengganu mencadangkan untuk membuka pintunya kepada ketiga-tiga  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu yang melafazkan "cerai sepantas kilat" dari Umno - hanya 48 jam - sebelum membuat satu pusingan semula ke pangkuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pertama sekali, pengundi di Terengganu tidak layak untuk dikira sebagai bidak dalam pergolakan politik Umno.

Sejak dari awal lagi, PKR telah sibuk dengan dakwaan berkongsi "DNA Umno" yang berlebihan kerana menyambut pemimpin yang tidak berprinsip itu yang sudah pasti akan menjejaskan reputasi parti itu lagi.

Bagaimanapun, lihatlah, dalam jangka masa dua hari, apa yang digambarkan sebagai "krisis politik" di Terengganu akan senyap dan lenyap begitu saja sekali gus hanya menjadi satu lagi skrip drama politik dibintangi bekas Menteri Besar Terengganu, Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil Datuk Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud.

Dalam satu kenyataan awal pagi Selasa lalu, Ahmad Said mengumumkan bahawa beliau telah meletak jawatan dari Umno untuk menjadi Adun bebas dan kemudiannya disusuli dengan Ghazali dan Roslee, mencetuskan spekulasi kemungkinan besar kejatuhan BN di Terengganu dengan Pakatan Rakyat mempunyai 15 kerusi DUN, BN 14 kerusi DUN dan tiga DUN bebas.

PKR hanya mempunyai seorang wakil rakyat di Terengganu daripada pengerusi PKR negeri itu, Azan Ismail yang memenangi kerusi DUN kawasan Bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) manakala baki 14 kerusi DUN dipegang oleh PAS.

Parti Islam itu, bagaimanapun, menahan dirinya daripada mencuri hati ketiga-tiga ahli Umno bagi memudahkan pembentukan sebuah kerajaan negeri yang baru. Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu baharu pada malam Isnin lepas bagi menggantikan Ahmad Said.

Najib dan Ahmad dikatakan mempunyai perjanjian bersama sebelum ini bahawa Ahmad akan meninggalkan pejabat selepas setahun menjawat jawatan Menteri Besar berikutan prestasi merosot BN pada PRU13 di negeri itu. Tempoh setahun sudah berlalu.

Walaupun parti pembangkang seolah-olah "dihidangkan" dengan satu peluang keemasan untuk mendapatkan semula peluang "membalas dendam" di atas kehilangan Perak pada tahun 2009, pemimpin-pemimpin PAS di Terengganu di sebaliknya hanya sebulat suara menyokong pembubaran DUN dan mahu pilihan raya baru diadakan.

Ternyata PAS lebih bijak dan lebih mengetahui taktik percaturan politik sedang berlaku di depan mata mereka.

Ini adalah bertentangan dengan tindakan serta percaturan Azan pada Rabu lalu yang mendakwa bahawa PKR bersedia mengalu-alukan kemasukan ketiga-tiga mereka ke dalam parti "demi masa depan rakyat Terengganu".

Walau bagaimanapun, beliau pantas menegaskan bahawa PKR tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan krisis politik terkini yang berlaku di Terengganu.

"Terengganu PKR tidak akan menutup pintu kepada mereka. Sekiranya perlu ada satu proses rundingan atau sebagai PM (Najib) akan memanggil mereka, jalan perdamaian, maka biarkanlah ia dilakukan terlebih dahulu," Azan dilaporkan berkata di Terengganu walaupun Ahmad telah mengadakan satu sidang akhbar di rumahnya untuk mengumumkan kembali ke Umno.

Ahmad berkata Najib memohon maaf kerana timbulnya "salah faham" berhubung tarikh peletakan jawatannya dan beliau juga membalas dengan permohonan maaf semula kepada Najib kerana hampir menyebabkan kekalahan BN di Terengganu.

Secara khususnya, Ahmad dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau memaafkan Najib apabila timbul salah faham berkaitan dengan perkahwinan anak perempuannya "kerana beliau telah meminta untuk meletak jawatan selepas majlis perkahwinan itu berakhir".

"Najib pula beranggapan bahawa majlis perkahwinan itu berakhir tanggal 10 haribulan pada bulan ini, tetapi sebenarnya terdapat satu lagi majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada 17 Mei dan satu lagi pada 31 Mei di Kuala Lumpur,"  jelas Ahmad dipetik sebagai berkata.

Sama ada benar atau di sebaliknya berhubung kebenaran terhadap dakwaan Najib seolah-olah memegang watak 'Don Corleone dalam filem Godfather', telah membuat tawaran kepada ketiga-tiga mereka yang "menyebabkan mereka tidak boleh menolak" sekali gus untuk menarik mereka kembali ke dalam Umno adalah sesuatu yang akan kekal sebagai spekulasi semata-mata tetapi hakikatnya bahawa Azan telah membuat satu kesilapan besar yang boleh mencemarkan reputasi PKR.

Di sebalik tindakan ketiga-tiga pemimpin Umno, Azan telah dilaporkan menyatakan simpati beliau terhadap mereka kerana mereka masih dilihat sebagai "pengkhianat" di atas tindakan mereka.

Dalam satu maklum balas pantas PKR berhubung kenyataan Azan, pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil, bagaimanapun, berkata keputusan itu tidak pernah diputuskan oleh kepimpinan pusat parti dan sepatutnya disifatkan sebagai "pandangan peribadi" bekas ahli parti itu.

Semua pemimpin PKR perlu belajar daripada kesilapan mereka dan berhenti melibatkan diri cuba untuk membayangi watak-watak itu yang kelihatan lebih berminat untuk mendapatkan kepentingan peribadi mereka sendiri dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sebaliknya mereka akan dikritik hebat kerana tindakan itu, ada yang datang dari dalam PKR sendiri, dengan membawa senjata untuk menjenamakan parti itu mengumpul bekas ahli Umno, menawarkan mereka sedikit perubahan yang amat diperlukan dengan membawa semangat Reformasi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa