Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 16, 2014

Penyebaran Kristian: Orang Yang Sedang Mengalami Delusi Saja Yang Takut!

Ibarat membandingkan manggis dengan pisang kaki
Ahmad Mustapha Hassan
SUARA LANTANG: Dilaporkan dalam sebuah seminar baru-baru ini mengenai Kristian dan isu kalimah ‘Allah’, seorang penceramah bercakap tentang bilangan penganut Kristian di negara ini yang bakal mengatasi jumlah umat Islam pada tahun 2100. Beliau memetik Republik Korea di mana adanya jumlah ketara penganut Kristian yang besar.
Jika pernah sesiapa mahu membuat perbandingan, ia perlu dilakukan dengan cara ibarat 'epal dengan epal' dan bukannya 'epal dengan oren’. Dalam erti kata lain, perbandingan mestilah sama dan bukannya perbandingan yang sama sekali berbeza.
Dalam kes membandingkan keadaan di Republik Korea dengan Malaysia, ia adalah seperti membandingkan buah manggis dengan pisang kaki, dua spesies buah-buahan yang berlainan sama sekali.
Republik Korea (Korea Selatan) adalah sebuah republik dan tidak mempunyai agama rasmi negara. Ia mengamalkan demokrasi dan setiap warganegara bebas untuk memilih untuk menganuti apa sahaja agama. Tiada sekatan sekalipun.
Tetapi agama yang utama masih Buddha tradisional dan kedua-dua Kristian dan Buddha amat dipengaruhi oleh warisan Konfusianisme Korea.
Penyebaran agama terutamanya Kristian dijalankan tanpa ada apa-apa sekatan. Dahulunya terdapat undang-undang anti Kristian dan di awal abad ke-19, ribuan penganut Kristian telah dibunuh. Tetapi orang-orang Kristian memainkan peranan yang sangat penting dalam perjuangan menuntuk kemerdekaan daripada Jepun. Mereka telah membentuk barisan hadapan perjuangan itu.
Jadi ia bukannya penyebaran yang lancar seperti yang telah didakwa di dalam seminar itu.
Di Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, Islam telah mendapat tempat apabila pemerintah Melaka memeluk agama Islam. Dan orang Melayu dengan pemikiran feudal mereka mengikuti apa yang raja-raja mereka anuti, dan dalam kes ini ia adalah Islam.
Portugis bukan sebuah kuasa mubaligh. Mereka tidak secara terang-terangan berminat untuk mengkristiankan penduduk Melaka. Hanya orang-orang yang berkahwin dengan penduduk tempatan yang membentuk sebilangan besar penganut Kristian di tanah jajahan Portugis itu dahulunya.
Di negeri-negeri Melayu, Kristian langsung tidak mendapat tempat di kalangan penduduk Melayu kerana semua raja-raja Melayu merupakan penganut Islam yang warak. Hanya orang bukan Melayu, terutamanya penduduk asal negara ini yang memeluk agama Kristian kerana golongan mubaligh Kristian aktif di kalangan kaum-kaum mereka.
Hanya selepas kemerdekaan barulah usaha dijalankan untuk mengislamkan penduduk asal tanah ini, Orang Asli.
Ia begitu berbeza di negeri-negeri komponen lain di Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah wilayah jajahan langsung British dan mubaligh Kristian sangat aktif di sana. Oleh itu kebanyakan penduduk asal Sabah dan Sarawak menganuti kepercayaan Kristian.
Adakah senario ini menimbulkan ancaman kepada Islam secara keseluruhannya? Hanya mereka yang buta fakta sejarah akan merasa takut.
Adalah menarik jika penceramah seminar itu dapat melakukan kajian mengenai penduduk Islam di negara ini. Kita boleh mempelajari peratusan penganut Islam yang mengamalkan semua aspek Islam, dan peratusan penduduk yang Islam hanya pada namanya.
Saya takut bahawa melalui trend semasa pelampau agama di negara ini, tahun 2100 tidak akan melihat jumlah penganut Kristian mengatasi bilangan umat Islam di negara ini. Pada masa itu ia mungkin akan menjadi sebuah negara yang dikendalikan oleh mullah pelampau, manakala golongan bukan Islam dan seluruh umat Islam lain yang tidak mahu menuruti jenama Islam mereka akan meninggalkan tanah ini bagi tempat-tempat lain yang lebih bertamadun .
Mungkin juga perlembagaan akan diubah supaya hanya agama Islam versi Melayu Malaysia yang menjadi agama rasmi tunggal di negara ini.
Tambahan pula, mungkin pendakwah Islam dari Malaysia yang akan ke Timur Tengah dan cuba untuk menukar orang-orang Arab kepada Islam versi Melayu Malaysia.
Mungkin ini senario yang akan berlaku, dan bukannya apa yang diceritakan dalam seminar itu.
Saya merasakan bahawa dia ini dan orang lain seperti beliau sedang mengalami delusi. Mereka hanya takutkan bayang-bayang sendiri. Mereka tidak dapat memahami mengapa bayang-bayang ini mengekori mereka. Apabila mereka berjalan, bayang-bayang berjalan menyaingi mereka, dan apabila mereka berlari bayang-bayang ini menghambat mereka. Mungkin satu hari nanti bayang-bayang ini akan memotong mereka. Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya bayang-bayang mereka sendiri.
Mereka memerlukan rawatan psikiatri segera sebelum mereka hilang akal dan melakukan banyak kemudaratan kepada masyarakat.

3 comments:

  1. yang ditakuti sekarang ada orang Islam yang pelece Islam
    ada sifat syak dzon waham
    kalau makin bertambah ramai puak ni
    makin kuat suara penentangan terhadap Islam

    ReplyDelete
  2. Hello, I enjoy reading through your article post.
    I wanted to write a little comment to support you.


    Here is my webpage: plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  3. Asking questions are really pleasant thing if you are
    not understanding something entirely, but this article provides nice understanding yet.


    Here is my web page plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa