Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 16, 2014

Meresahkan: Keselamatan Kita Terancam?

Waspada, Ancaman Menanti...
ANCAMAN kepada negara dari anasir-anasir asing boleh dikatakan tinggi pada ketika ini.
Mungkin ramai di antara kita tidak mahu mengaku tanahair kita adalah di dalam keadaan yang merunsingkan tapi pencerobohan berulang kali di perairan Sabah dan kes-kes penculikan di pulau dan pusat peranginan di rantauan negeri itu memberi isyarat yang tidak menyenangkan.
Ini bermaksud negara kita menghadapi kemungkinan besar akan terus diserang.
Sesungguhnya, rakyat Malaysia, telah pun mempelajari dari kisah-kisah lampau, seperti  yang melibatkan pelarian-pelarian Vietnam di sekitar tahun 80-an, di mana sebahagian mereka telah dikesan membawa senjata api dan berusaha membuat huru-hara.
Puak Militan Gagal
Sejauh ini,  ancaman luar negara yang paling ketara adalah dari perairan Sabah melalui pendatang dari selatan Filipina. Dikhuatiri yang mendalangi pencerobohan ini adalah para penentang pemeteraian pelan damai di antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang terhasil daripada dorongan dan kerjasama Malaysia.
Sejak beberapa bulan lalu, pihak MILF dan pasukan keselamatan Filipina berusaha mempertahankan imbangan di antara kedua-dua pihak agar tidak berlaku sebarang pertempuran. Namun, beberapa puak masih menimbulkan huru-hara, seperti  kejadian pengeboman ke atas sebuah konvoi tentera di Mindanao pada 12 Mei.
Lima orang askar dilaporkan terkorban.
Tapi, jangan kita leka dan ingat ancaman bakal datang hanya dari perairan Sabah dan dari selatan Filipina.
Kita sudah melihat dan mendengar tentang pemberontakan dan rusuhan di kawasan-kawasan lain di rantau ini seperti di Thailand, di Myanmar, Indonesia dan kerakusan lanun di Selat Melaka.
Beberapa puak militan yang gagal di negara mereka sendiri mula berusaha menapak di luar negara dengan alasan, seperti tentera Sulu yang menceroboh bumi Sabah tahun lalu, mereka hendak menuntut hak turun temurun bangsa mereka.
Keadaan menunjukkan betapa bahayanya peristiwa-peristiwa kecil ini jika tidak dikawal dan dipantau secara teliti.
Selain itu, pihak pemerintah harus meneliti juga dasar memberi perlindungan kepada mereka yang dikatakan orang pelarian atau mereka yang mencari suaka politik kerana ramai disyaki mempunyai muslihat yang jahat di sebalik meminta bantuan dan ihsan dari Malaysia.
Kita menyaksikan perkara seumpama ini berulang di Lahad Datu dan Semporna yang mengakibatkan ramai wira kita tumbang kerana mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanahair.
Walaupun bukan semua yang mendarat di pantai Sabah menjadi ancaman kepada negara kita; seharusnya kita mesti sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga agar penduduk-penduduk di Negeri Di Bawah Bayu itu dan para pelancong ke sana tidak berdepan dengan trauma akibat ancaman ini.
Kerjasama Mencari Keamanan
Sememangnya, keadaan di Sabah amat merisaukan pihak yang ketika ini sedang mempromosikan ‘Tahun Melawat Malaysia 2014’ yang diharapkan menarik berjuta-juta  pelancong asing ke negara melalui pelaburan dan dana yang besar.
Namun, keadaan di Sabah dan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370, dengan membawa seramai 239 orang, mahu tidak mahu sedikit sebanyak telah menjejaskan sasaran yang ditetapkan dan, ekoran dari peristiwa itu serta kejadian-kejadian di Sabah, pelawat-pelawat dari Cina adalah yang paling ramai membatalkan perjalanan ke Malaysia tahun ini.
Keadaan seperti ini  sepatutnya membangkitkan kesedaran dan rasa marah di kalangan pemastautin yang ingin hidup senang dan sejahtera di bumi Sabah dan Malaysia. Maka, mereka seharusnya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Kita mestilah berwaspada mengenai keadaan yang tidak menentu dan, lebih utama, mesti menghindari menjadikan perpaduan negara lebih rapuh apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Beri keyakinan kepada mereka yang menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Cemuhan Yang Keterlaluan
Sudah tentu, ada pihak yang menganggap ia semua adalah sandiwara dan lakonan belaka, dan akan memanipulasi kenyataan  bukan atas dasar membangun  tetapi kerana kekurangan maklumat, ia bertujuan mengaibkan negara pada kacamata dunia.
Ini juga termasuk apa yang dikatakan “character assassination” atau cemuhan yang bersifat keterlaluan ke atas pemimpin-pemimpin negara serta keluaga mereka.
Aib, hina dan provokasi adalah sesuatu yang biasa dalam politik tetapi ia, kekadang dibawa ke luar domain siasah dan menyentuh keperibadian atau imej negara dan rakyat keseluruhannya.
Kita bernasib baik kerana mempunyai kepimpinan yang bersikap cuba memberi kisah dan teladan berteraskan kepada kepentingan umum dari diri sendiri.
Saya percaya, tiada rakyat Malaysia yang tulin yang ingin memberi muka kepada penceroboh-penceroboh yang mungkin datang ke halaman  kita untuk mencetuskan perbalahan di antara kaum dan penganut ugama yang berlainan di negara kita.
Hakikatnya, ada pasang surut dari segi keselamatan di dalam negara, namun ia tidak teruk , tidak memanjang dan tidak mengakibatkan kesengsaraan di kalangan rakyat jelata, mahupun para pengunjung  dan pelawat yang sahih.
Apa pun, rakyat Malaysia, pada keseluruhannya, mempunyai daya ketahanan dan jati diri yang kental dalam menghadapi bakal-bakal musuh dari luar dan dari dalam. - sumber

8 comments:

  1. Dari segi keselamatan negara,Malaysia sudah lama bolos - bermakna negara sudah dimasuki musuh.Hampir 3 juta pendatang tanpa izin berada dinegara ini bermakna keselamtan negara sudah bolos.Siapa mereka? Dari mana mereka datang? Siapa yg buat tapisan? Baca aje dlm akhbar-akhbar tempatan betapa pendatang tanpa izin ni jadi pengedar dadah,mengilang dadah,menipu rakyat,black money,rosakkan wanita tempatan,bawa masuk senjata - sebut aje apa jenis jenayah,depa semua terlibat.Saban hari jumlah meningkat konon jadi pelajar,education hub konon,nah inilah akibatnya.Keadaan mereka ni tak jauh dengan keadaan Trojan Horse" strategy Greek Tua menawan Troy.Cuma depa ni masuk melalui pintu- pintu yg terbuka luas atas nama pekerja asing,pelajar,refugee dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yang selalu tertangkap membawa dadah di lapangan terbang? bangsa apa? klu kau cakap orang Suluk atau Bajau ini pendatang haram, siapa Mat Salleh? siapa tun Mustapha? dulu sabah baru merdeka Suluk adalah di interpretasi orang nataive, pemimpin2 .suluk berkuasa dan berhak atas .budayanya sendiri,, sekerang orang asli palsu .yang mengambil ahli jawatan, suluk dan bajau .di singkirkan di negeri sendiri, surat beranak anak .anak mereka tidak di layak memohon ic,, oleh sebab diskriminasi si orang asli palsu, sehingga pelajaran mereka .terjejas kerana tidak diterimah, ... apakah .interpritasi orang asli sabah? siapa ke sebenarnya yang pendatang? pbs menindas pelarian sulu, dan menuntut perjanjian 20, apakah syarat ke 9-10 ? pbs, pbrs, dan upko suda 30 tahun memohon kpd kerajaan pusat untuk menghalau suluk dan bajau dari tanah air sendiri, nanti kita lihat dan dengar apa lagi huruhara yang di cipta oleh si orang asli palsu ini , sudalah mereka berjaya mencipta tsunami politik seperti sindiran mereka dulu kpd kerajaan pusat, dan mempersabungkan prti parti melayu UMNO vs PAS namun berjaya lagi membuat hasutan antarabangsa Melayu vs MelayuSulu. barulah mereka melekek.

      Delete
    2. puki mak kau....

      Delete
  2. Bagaimana dengan pendatang dari Negara China, masuk dengan permit kemudian tidak keluar. Ke mana mereka?

    ReplyDelete
  3. Maafkn saya. Saya sndiri pun tk yakin dgn kmmpuan dan kekuatan angkatan brsenjata negara. Samada dr segi kualiti senjata dan tentera atau kecerdasan keupayaan pnglima2 tentera terutamanya atm .. darat, udara dn laut. Penglmn di lahad datu dan trkini insiden brturutn di sabah sdh cukup utk rakyat seperti saya mncurigai kewibaan pasukan keselamtn negara. Maafkn saya ..

    ReplyDelete
  4. tzmr

    Kebimbangan saudara berfakta. Begitulah juga keupayaan menteri kita bertindak

    ReplyDelete
  5. ancaman berterusan selagi hidup dari segi keselamatan negara dan jangan lupa ancaman akidah umat Islam sendiri yang cuba diracun oleh berbagai pihak musuh
    lagi satu jangan pandang ringan ancaman dari amarika yang ingin menguasai setiap pelosok bumi
    amarika negara pariah moden yang mau semua negara tunduk kepada nya

    ReplyDelete
  6. Keselamatan negara - kerajaan Malaysia tidak serious,perancangan sambil lewa dan tidak menganggapnya penting.Semua nak dipolitikkan.Mana ada mana-mana negara didunua ni yg lemah macam Malaysia menangani isu pendatang tanpa izin dan yg masuk tak keluar.Lihat aje sikap jiran kita Singapura yg tegas dan berwawasan.Peduli apa orang luar cakap,ini negara kita,hak kita mentadbirkannya.Atas sikap inilah maka Malaysia jadi tumpuan dan sasar pendatang asing kerana mereka tau Malaysia lemah,tak ada ketegasan,terlalu beri muka dan takut ditegur negara-negara yg terlibat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa