Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 11, 2014

Polis Mohon Maaf

Ini di Thailand laa...bukan di sini!

Polis Mohon Maaf Kepada Penyokong Anti-Kerajaan

BANGKOK: Penyokong anti-kerajaan menuntut maaf daripada polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap mereka semalam dan sejurus kemudian menerima permohonan maaf. 

Langkah pantas polis itu berjaya mengelakkan konflik keganasan daripada menjadi bertambah buruk. 

Di pinggir ibu negara, lebih 50,000 penyokong pro-kerajaan telah berkumpul dalam usaha untuk mendapatkan sokongan lebih besar berikutan penyingkiran bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra. 

Buddha Issara, seorang sami kanan yang juga ketua pemprotes anti-kerajaan membawa penyokongnya ke pejabat Pusat Pentadbiran bagi Keamanan dan Ketenteraman (CAPO). 

Beliau ke balai polis itu pada sebelah pagi untuk memfail tuduhan bunuh terhadap polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap pemprotes di hadapan pejabat CAPO semalam mengakibatkan enam cedera. 
 
"Kami ke sini hari ini kerana mahu kamu (polis) meminta maaf kepada kami kerana melepas gas pemedih mata. 
 
"Jika anda datang dan minta maaf pada kami, kami akan tarik balik semua tuduhan," katanya kepada polis. 

Akhirnya, seorang wakil polis muncul dan memohon maaf. 

Pemprotes yang berkumpul di hadapan pejabat CAPO sejak tengah hari bersurai empat jam kemudian. 

Semasa protes itu, kumpulan berkenaan menghalang trafik ke dan dari Lapangan Terbang Don Muang, hingga melumpuhkan lalu lintas dan menjejas orang ramai yang melakukan perjalanan. 

Sementara itu, di Aksa Road di pinggir ibu negara, penyokong baju merah pro-kerajaan mula berkumpul dengan membawa fasiliti dan bekalan untuk para penyokong yang mengadakan tunjuk perasaan dijadualkan berlangsung beberapa hari.

Lautan manusia berjumlah kira-kira 50,000 tengah hari ini mendengar ucapan para pemimpin mereka yang mengutuk Suthep Thaugsuban, pemimpin kumpulan anti-kerajaan, Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC). - mStar

2 comments:

  1. Bukan semua sedar tangan yang bagi makan minum tidak elok di gigit....

    ReplyDelete
  2. Kami hanya ikut arahan!makna nya tiada langsung kemampuan berfikir.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa