Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 11, 2014

MCA Takut Terima Kemaluan Lagi!

MCA elak malu lebih besar dengan tidak bertanding di Bukit Gelugor
Francis Paul Siah
SEKILAS PANDANG: Nampaknya "kajian saintifik" telah memaksa MCA untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor25 Mei.
Tetapi sudah pasti tidak perlu mana-mana ahli sains politik untuk memberitahu MCA atau mana-mana pihak yang kerusi itu adalah milik DAP. Siapakah yang boleh merampas takhta DAP di Bukit Gelugor, yang dimenangi mendiang Karpal Singh tahun lalu dengan majoriti 41,778 undi.
Jika MCA mempertandingkan Teh Beng Yeam sekali lagi, calon parti itu pada tahun 2013 yang hanya berjaya meraih 14,061 undi daripada sejumlah 70,691 undi, beliau mungkin akan memecut lebih cepat daripada Usain Bolt untuk keluar jauh dari Bukit Gelugor.
Ia adalah kerusi yang tidak dimahukan sesiapa, samaada disebabkan kebijaksanaan atau kecut, MCA tidak bertanding.
Ini adalah realiti di Bukit Gelugor. Ramkarpal Singh, yang dipilih hari ini oleh DAP untuk mempertahankan kerusi itu, hampir boleh pulang ke rumah dan lena selepas memfailkan kertas pencalonannya pada 12 Mei dan hanya bangun pada malam 25 Mei, untuk pergi ke pusat pengiraan undi, Dewan Sri Pinang, untuk diisytiharkan sebagai ahli parlimen baru Bukit Gelugor.
Tidak hairanlah, MCA terpaksa buat-buat berani sewaktu mengumumkan apa yang tidak pernah berlaku baru-baru ini - tidak bertanding di kerusi tradisional.
Walaupun presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak hadir untuk membuat pengumuman itu, menunjukkan yang beliau tidak berminat dalam usaha sia-sia, meninggalkan setiausaha agungnya, Datuk Ong Ka Chuan untuk memberitahu media bahawa MCA telah "menyerah diri" di Bukit Gelugor.
Tetapi Ong menjelaskan keputusan parti itu dengan baik hari ini, mengatakan bahawa parti itu telah membuat keputusan itu selepas mengkaji senario politik, dan selepas berunding dengan anggota parti mengenai perkara itu.
Parti itu sebelum ini telah mengkaji sama ada untuk bertanding atau tidak, dan telah menjalankan "kajian saintifik" di kalangan 400 pengundi di Bukit Gelugor untuk membantu membuat keputusan yang tepat, katanya.
"MCA tidak akan mengambil bahagian di dalam pilihanraya itu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya mengenai isu hudud bagi melindungi perlembagaan persekutuan," kata Ong.
"Jika kami bertanding, beberapa isu mungkin timbul dan mengalihkan perhatian kami daripada tumpuan utama, iaitu untuk menghentikan rang undang-undang PAS daripada dibentangkan di Parlimen pada 9 Jun," katanya.
Apa yang turut menarik ialah jawapan Ong ketika ditanya mengenai permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada parti itu sebelum itu.
Ong mendedahkan bahawa Najib telah meminta mereka untuk mencari faktor-faktor positif yang akan memastikan kemenangan dalam pilihan raya kecil itu.
"Kami berusaha keras dan merasakan bahawa kami tidak dapat mencari satu faktor yang utama untuk memulihkan keputusan pilihan raya kecil ini," Ong dipetik Malaysiakini sebagai berkata.
Ong dan MCA tepat. Tiada apa yang mereka boleh lakukan untuk menjadikan keputusan berpihak kepada mereka, dan sudah tentu bukannya di Pulau Pinang di mana parti itu telah ditolak dengan meyakinkan dalam dua pilihan raya umum terdahulu.
Ditanya oleh media jika MCA merasakan ia akan tewas dalam parti itu, Ong berkata walaupun parti itu bertanding, mereka "akan ada dimalukan".
 "Kami juga perlu menjaga sumber kami dan bersedia untuk pilihan raya umum ke-14 akan datang," katanya.
Ong dan rakan-rakan MCA beliau berjaya menjaga air muka mereka dalam sidang akhbar hari ini, walaupun hanya untuk menyelamatkan diri mereka daripada malu lebih besar. Kajang mungkin masih segar dalam ingatan mereka.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa