Air mayat yang kotor dan berkuman itu digunakan semula sebagai air mandi kononnya untuk menghilangkan rindu kepada si mati, merawat kanak-kanak yang terkena badi mayat, sebagai air penerang hati dan mengubat ketagihan dadah.
Malah, ada juga ada yang meminta tali pengikat kain kafan dan sarung tangan digunakan tukang mandi mayat untuk membersihkan dubur si mati, juga dengan alasan dibuat ubat.
Tukang mandi jenazah wanita, Indong Awang, 66, yang berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang itu, berkata, ada juga individu yang percaya air mandi mayat mampu menyembuhkan penyakit AIDS.
“Perbuatan khurafat ini sudah lama berlarutan dan masih berlaku sekarang, menyebabkan kami serba salah. Ini kerana apabila kami menolak permintaan mereka, ada yang marah dan ada juga berkeras melakukannya sendiri,” katanya.
- sumber
Itu kerja hantu....
ReplyDeleteAda hantuuuuu ???????
Geng umno ke tu .....?????
Selagi sekular terajui negara benda benda kurafat bermaharajalela. Dah lah malu dengan kes bomoh MH370, namun rakyat masih tak sedar masih ramai pak menteri yang guna bomoh untuk tujuan duniawi mereka sebab itu mereka masih suka rasuah yang menyebabkan kita di tipu
ReplyDelete