Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 12, 2014

Cina Ini Sokong ISMA

'Saya Cina & saya sokong ISMA'
Di tengah-tengah kritikan ekoran yang mengaitkan masyarakat Cina sebagai “penceroboh”, seorang wanita Cina beragama Islam tampil menyatakan sokongan terhadap NGO kontroversi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Sehari selepas Cina Muslim Muhammad Ooi menuntut presiden ISMA menyatakan motifnya, Alifah Ting Abdullah, anggota PEMBINA, sayap belia NGO itu, tampil menyatakan sokongannya.

Seperti disiarkan di laman web ISMA, Alifah berkata, beliau “darah Cina yang sedar asal usul” itu percaya Malaysia akan sentiasa menjadi milik orang Melayu.

“Sebabnya dari dulu, kini dan selamanya Malaysia akan menjadi hak milik orang Melayu (Islam).

"Jadi corak kepimpinan mesti mengikut orang Melayu (Islam),” beliau dipetik sebagai berkata.

Alifah malah bersikap sinis dengan masyarakat Cina yang tidak mampu bertolak ansur dan mempunyai rasa hormat seperti generasi kaum itu sebelum ini yang menandatangani kontrak sosial dengan Melayu sebagai “tuan punya tanah”.

Golongan itu, tambahnya, “elok juga untuk memohon kewarganegaraan (negara) China”

Beliau juga berkata, sepanjang mengenali organisasi itu, ISMA lantang mengeluarkan pendapat berdasarkan fakta dan bukti dengan mengambil kira al-Quran sebagai rujukan.

NGO itu juga, tambahnya, sangat konsisten dalam mentarbiah ahlinya iaitu termasuk beliau sendiri.

“Bukan lepas baling batu sorok tangan, tidak... itu bukan ISMA!” katanya.

Alifah juga berkata, beliau terbuka hati menjadi orang Islam setelah mengenali pejuang-pejuang ISMA dan melalui tarbiah mereka. - mk

3 comments:

  1. penceroboh sebenar adalah britis
    itu jangan lupa pulak
    penjajah tidak takut melayu tapi takut kepada Islam pegang kuasa
    100% di tanah melayu
    sebab tu dibuat syarat kalau nak lalu puak tu pun setuju
    sekarang baru nak cakap pun takguna

    ReplyDelete
  2. My spouse and I stumbled over here by a different web
    page and thought I may as well check things out. I like what I see so now i'm following you.
    Look forward to going over your web page repeatedly.


    Also visit my website; Book of Ra online spielen

    ReplyDelete
  3. Dok bising bising pasal pendatang itu ini la.cuba selidik tgok ketua isma n the gang dr susur galur mana....serabut arrr bangsa2 neh...yg kawin campur melayu siam pastu anak lnya kawin india pastu cucu kawin cina cicit kawin british kawin tibet kawin monggol nak letak bangsa haperr..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa