Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 9, 2015

1MDB: Mukhriz baru naik jantan

Tanya Mukhriz kepada Najib: Mengapa murah sangat?
mk - 2:46PM - 9 May 2015

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir 'menyertai' bapanya mempertikaikan cara Putrajaya mengendalikan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Secara khusus Mukhriz bertanya kepada Kementerian Kewangan - yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - bagaimana tanah di kawasan Tun Razak Exchange di tengah ibu kota boleh dijual begitu murah kepada 1MDB.

Melalui Twitter, Mukhriz bertanya: "Kalau TH (Tabung Haji) sanggup bayar harga begitu tinggi utk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kem Kewangan jualnya pd harga begitu murah kpd 1MDB dulu?"

Sejak beberapa hari lalu tumpuan ramai terarah kepada pendedahan mengenai pembelian tanah milik 1MDB di Jalan Tun Razak kepada Tabung Haji.

Tanah seluas setengah ekar itu dilaporkan dijual kepada Tabung  Haji pada harga RM188.5 juta dan ia adalah sebahagian daripada 70 ekar jumlah keseluruhan dimilik 1MDB.

1MDB membeli seluruh tanah itu daripada kerajaan dengan harga hanya RM194.1 juta.

3 comments:

  1. Mukhriz Bapok eeh eeh Anoak Bapak... Ada suara rupanyer...ingat mcm kilaun emas tak leh bukak mulut.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik Senyap saja

    Sekarang TANYA sudah tunjuk BACUL

    NAJIB dah nampak sikap anak Firsoun ini

    Budak Bahalol jugak gaya nya.

    ReplyDelete
  3. Lebai SUDIN .. AWAK KAT MANE SEKARANG .. ? NAJIB SUDAH LEMAS .. MANA KIPAS NYA..??

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa