Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 26, 2015

Nak pakai, pakailah tapi aku kena reserve dulu

Mahfuz beri jaminan tiada usaha PAS gabung dengan Umno
Published: 25 May 2015 6:00 PM
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS konsisten dengan ketetapannya bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan sesekali mengkhianati pegangan itu dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama BN. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.

Datuk Mahfuz Omar hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan wujudnya usaha dalaman ahli parti Islam itu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan parti itu berkata, PAS konsisten dengan ketetapannya bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan sesekali mengkhianati pegangan itu dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama BN.
"Usah terlalu mudah mempercayai khabar fitnah isu 'unity government' (kerajaan perpaduan) yang tidak berkesudahan ini, termasuk apa yang diucapkan mantan timbalan presiden PAS.
"Bahkan, Majlis Syura Ulama PAS turut membuat penafian kononnya majlis itu dan ahlinya ada yang berusaha membentuk kerajaan perpaduan PAS dengan Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau dipercayai merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang disebut oleh bekas pemimpin PAS Datuk Hassan Ali, dalam sebuah video lama tahun 2013, menyokong usaha gabungan itu.
Hassan dalam ucapannya dalam video itu mendakwa sememangnya wujud usul menggabungkan PAS dan Umno yang dinamakan 'usul UG' dibawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.
Katanya, usul menggabungkan PAS dan Umno itu disokong pelbagai pihak dalam PAS, termasuk Nasharudin dan beliau sendiri.
Hassan dalam video tersebut menegaskan Hadi sangat pro kepada penggabungan PAS dan BN, tetapi dihalang puak Anwarinas dan pro bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Video tersebut ialah rakaman sesi soal jawab pada satu program dihadiri penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka.
Mahfuz berkata, sekiranya benar wujud usaha melaksanakan kerajaan perpaduan itu, beliau pemimpin pertama dalam PAS yang akan menentangnya.
"Saya turut memberi jaminan tidak ada pihak di dalam PAS yang ingin membawa kepada penyertaan PAS ke dalam BN, tetapi sekiranya ada, saya sendiri menjadi orang pertama akan menentang usaha tersebut.
"Saya menyeru semua pihak dalam PR berjiwa besar dan optimis mempertahankan kerjasama ini. Usahlah bersifat negatif dan pesimis kerana ia hanya mengeruhkan lagi hubungan (PR) yang kian longgar," katanya.
Pada masa sama, Mahfuz turut membidas DAP yang dilihat terlalu menentang hasrat parti Islam itu melaksanakan hudud dengan menegaskan ia merupakan hak demokrasi parti Islam itu sejak 1990.
"Bukankah DAP sebagai parti yang mengaku pejuang demokrasi tulen sepatutnya menghormati hak dan suara pihak lain yang secara sah mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri Kelantan.
"Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya Parlimen memberi kelulusan," katanya.
Beliau berkata PAS tidak akan menghalang dan akur sekiranya DAP atau BN menolak Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) yang dibawa Hadi kerana ia merupakan keputusan Parlimen. – 25 Mei, 2015.

8 comments:

  1. Admin,
    Tak perlu reserve, join je DAP atau PKR biarkan saja PAS dengan pendiriannya.

    Cukuplah tu jaja fitnah, kan dah cakap banyak kali dah masih lagi jaja fitnah. Tak habis-habis bemain dengan dosa.

    ReplyDelete
  2. Mahfuz pernah terlibat dengan isu permit teksi semasa zaman Nazri kan?

    Demokrasi tulen apa benda nya Mahfuz?

    Ini pasal mungkir janji atas persetujuan se pakatan.

    Demokrasi tulen ialah pertebungan PR dan BN tapi dalam PR PAS ada janji nya yang telah di persetujui bersama-sama.

    Memang sah lah Mahfuz pun terlibat sama.

    ReplyDelete
  3. Dato Pesuruhjaya, kalau betullah PAS tak mahu bekerjasama dengan UMNO. Apa strategi PAS Kedah nak tawan balik Negeri Kedah dari UMNO/BN.

    Ni dah masuk 3 kali Mesyuarat Agung Kawasan selepas PRU13, tak nampakpun usaha nak tawan balik Negeri Kedah.

    Kalau dulu sebelum pra-kekalahan PAS Kedah, adalah usaha-usaha mencula, berkempen, daftar pengundi baru dan sebagainya. Sekarang ni jangankan cula... kertas senarai daftar pemilih baru pun aku tak nampak dan aku tak dengar mereka menyemak.

    HANGPA SEMUA MEMANG NAK SERAH TERUS NEGERI KEDAH PADA BN YE? MAKLUMLAH HANGPA SEMUA LEBIH MAHUKAN KEREDHAAN ALLAH DARI TAWAN PUTRAJAYA, MUNGKIN DI KEDAH HANGPA TAK MAU TAWAN ALOR SETAR... NAK REDHA ALLAH... MACAMLAH KALAU MENANG TAK DAPAT REDHA ALLAH.

    Tak bergabung tapi macam nak serah negeri Kedah pada UMNO/BN kira macam menikah di Siam... nikah mungkin sah, cuma tak daftar.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Geng yang hendak berdakap dgn UMNO dalam PAS adalah real jika perhatikan dari tindakan2 mereka. HH dan grupnya memang mahu berbuat demikian sehingga tindakan2 mereka membelakangkan perlembagaan PAS. Malah PAS dan organasasinya telah dihijack melalui penguasaan melalui jawatan2 penting parti untuk menrealisasikan cita-cita mereka. Tindakan2 ini terlalu glaring. Malah rancangan untuk memecahkan pimpinan melalui kumpulan ulamak dan bukan ulamak adalah agenda mereka yang dirancang. Pemisahan ini bukan atas sifat konservatisme sesetengah ulamak kerana lemisahan ini dicipta oleh HH dan grupnya dan grup ini yg mendominasi perbuatan untuk mewujudkan pemisahan ini.

    Mahfuz boleh keluar kenyataan menafikan wujudnya usaha untuk bersama UMNO.Begitu juga Dato Tuan Ibrahim. Tetapi dengan kegetiran dalam pemilihan PAS jun ini , kenyataan mereka berdua l3bih kepada untuk memancing undi.

    Pemilihan Jun ini akan memutamadkan isu ini. Ramai yang berpandangan yang puak HH dan UG akan menyapu bersih kesemua jawatan yang dipertandingkan. Saya mahu berbeza pendapat.

    Jumlah pencalonan yang diterima oleh TGHH dan TITM bukan ukuran seb3nar akan outcome pemilihan Jun ini. Jika mereka telah susun rancangan mereka untuk menghapuskan golongan bukan ulamak dalam p3milihan jun ini - indicatornya adalah apa yang berlaku dalam pemilihan peringkat kawasan. Disini kekuatan sebenar.

    Jika mereka sudah menguasai peringkat kawasan, tentunya nama-nama besar pemimpin bukan ulamak di peringkat nasional dan negeri yang memegang YDP kawasan tentulah hampir semuanya sudah kalah. Setakat ini hanya beberapa nama besar sahaja tumpas. Yang paling besar ialah Nizar Jamaludin. Kemudian beberapa pemimpin peringkat negeri di melaka dan kawasan di johor.

    PAS mempunyai 193 kawasan. Adakah puak HH bol3h menguasai kesemuanya? Kemudian ada faktor jumlah kawasan yang ada di sesatu negeri. Kelantan rasanya hanya ada 11. Terengganu walaupun kubu kuat HH hanya ada 9 kawasan. T3tapi Johor mempunyai 26 kawasan!

    Jadi all these factors menunjukkan propaganda yang sebar oleh puak HH dan UG lebih kepada psycho warfare. Saya rasa mereka xsekuat mana. Penguasaan mereka xmenyeluruh. Pockets here n there.

    Having said that, sama2 kita tunggu keputusannya dalam seminggu lebih nanti. Tambahan juga mutakhir ini banyak isu telah mengkantoikan mereka . Yang terbesar ialah keputusan xmau bentang RUUP dengan menangguhnya kesatu masa yg mereka tak nyatakan. Makanya tangguh kesatu masa yg tak tahu bila. Dengan urgency yang ekstrim yg mereka tunjukkan s3b3lum sidang parlim3n lepas, penangguhan ini benar2 menyerlahkan tujuan seb3nar mereka tentang hudud. Penangguhan ini juga bol3h ditafsirkan sebagai helah mereka sahaja untuk hijack platfo4m PAS untuk mencapai agenda mereka dan untuk menarik undi dalam pemilihan jun ini.....ini isu berat jika pandai diguna...

    ReplyDelete
  5. Keputusan dah nampak jelas, sekarang boleh lah jebon-jebon dan macai-macai DAP dan PKR perkemaskan diri dengan "life jacket" untuk terjun dari bahtera PAS sambil berenang ke bahtera atau rakit impian masing-masing.

    Tinggalkan Bahtera PAS, kamu tidak akan berjaya menukar haluan, kamu gagal untuk mengemudi bahtera PAS seperti yang diidamkan oleh tuan kamu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa dah sedia, jangan risau. Puak2 UG hangpa konfiden sgt ke menang sampai xmau buat persedian? Sekurang2 pi la ambik borang UMNO tu simpan. Bila dah terbongkang nanti....tunggu isi dan dantar ke borang tu ke PWTC. Tak le kalut macam ibu ayam ilang anak.....

      Keputusan nanti bukan hang yg putuskan. Itu hak Allah....xkan dah lupa!

      Delete
  6. 3.32...kalu bahtera pas dah hebat sangat, bila nak keluar dari PR?
    Meluat pulak tengok komen ko. Macamlah pas ada 10 juta ahli...

    ReplyDelete
  7. Bodoh ker pandai kalu nakhoda bahtera pas dah nampak batu besar kat depan tapi nak jugak jalan lurus terus walaupun tahu bahtera tersebut akan pecah dan tenggelam ke dalam laut?

    bodoh ker pandai?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa