Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 12, 2015

Mahathir Berkeras: Adakah caranya memaksa?

Tun M Berkeras Mahu Najib Letak Jawatan
Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 12:14 AM
Oleh: SHARANPAL SINGH RANDHAWA

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendirian tegasnya yang mahu Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Menerusi kemaskini terbaharu blog chedet.cc pada Isnin, Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai pilihan dengan mendesak peletakan jawatan Najib berikutan kontroversi yang semakin meningkat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian loji janakuasa dengan harga yang jauh lebih tinggi dan pelaburan dan usaha sama dengan Petro Saudi.
"Berbilion Ringgit telah hilang dan tidak mungkin akan kembali. Secara langsung atau tidak langsung, Najib bertanggungjawab untuk kerugian besar-besaran ini. Oleh kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab itu, Najib tidak lagi layak menjadi Perdana menteri," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedar pembangkang akan memanfaatkan keengganannya menyokong Najib, sambil menambah bahawa Barisan Nasional akan menerima musibah sekiranya Najib terus kekal.

Beliau juga berkata, jika Umno dan kepimpinan BN perlu berubah, ia perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-14.

Dr Mahathir berkata beliau merasakan kontroversi mengenai 1MDB sangat serius dari kali pertama mengetahui tentang berita itu.

"Pada masa itu, tidak banyak maklumat mengenainya. Saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menghantar surat yang menyatakan saya menarik balik sokongan terhadap beliau. Sejak itu, saya menerima banyak maklumat mengenai 1MDB dan saya terkejut dengan jumlah hutang.

"1MDB juga gagal untuk membayar pinjaman RM42bil, wang dikatakan melabur di Kepulauan Cayman. Butiran mengenai pelaburan dan usaha sama dengan Petro Saudi juga tidak jelas," katanya.

2 comments:

  1. TUN MAHATHIR ini Bijak Praktikal

    Orang GAGAL BAHALOL mana boleh tahan lama

    42 Bilion tuk Rasuah itu pun duit Rakyat

    Rakyat bukan BODOH

    Ekonomi Orang UMNO tak pegang. Bangsa Cina keluar melabor luar negeri , anak Bangsa papa kedana saja


    Orang lapar skan mengsmuk , si KETUA BAHALOL kena tendang hina jugak

    TUN kaya zaman Rakyat pun kaya

    MAT MONGOL kaya zaman Rakyat papa kedana , ini LAHANAT saja


    Si BAHALOL kena tendang jugak nanti bila MT UMNO mula pikir guna Otak

    Kesian Arwah Siti Aminah

    ReplyDelete
  2. Bgilah peluang kerajaan lain memerintah. Selagi nk UMNO je berkuasa yg ganti Najib pun 2x5. Kalau dh buat silap dulu buat lah perkara yg betul. Doa teraniaya akan dimakbulkan Allah.. Segala halangan2 ni pasti ada hikmah & sebabnya..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa