Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 16, 2015

Apa macam? 1MDB ada berani?

Pemimpin PAS dok sibuk dengan mempertahankan Hadi dalam Muktamar.......dok mengutuk antara satu sama lain
Kepentingan rakyat ada mereka peduli.......siap mempertahankan lagi segala kebobrokan....siap dengan dalil lagi kononnya dilantik dengan demokrasi dan bersih!

Cer tengok pemimpin lain yang lebil prihatin.......walau pun DAP dikatakan biadap dan segala.......dan ada yang berani bersuara walau pun kedudukannya sebagai adik kepada PM

Ada yang dikatakan bermulut ceret beret......tapi kenapa dalam isu hak yang melibatkan kepentingan rakyat marhaen tidak pula berlaku ceret beret.......ke mana mulut luas mereka?

Ke mana ketegasan mereka....ke manakah berani mereka?

Semalam aku tanya pada Dato' Wan Rahim sambil bergurau "Ada ker yang berkereta besar dan mewah sampai ke sini (kaw. banjir)? Beliau menjawab dan bertanya sambil tersengih dengan sepatah perkataan "Vellfire"? Nop! (dimaksudkan bukan hanya Vellfire tetapi mana-mana pemimpin lantang dan hidup mewah bergaya)

Sila heret saya dan Nazir Razak ke mahkamah, Pua beritahu 1MDB
Published: 16 May 2015 9:20 AM
Ahli ParlimenPetaling Jaya Utara Tony Pua berkata dengan mengheret pengkritik ke mahkamah, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat akhirnya mendengar sendiri jawapan 1MDB terhadap isu yang dibangkitkan daripada kandang saksi. – Gambar The Malaysian Insider, 16 Mei, 2015.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini mencabar lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengheret beliau dan pengerusi CIMB Group ke mahkamah, beberapa jam selepas syarikat itu mengugut akan menyaman pengkritik yang membuat tuduhan fitnah.
"Silakan, ambil tindakan mahkamah terhadap Datuk Seri Nazir Razak dan saya," kata Pua merujuk pengerusi CIMB Group yang juga merupakan adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai lembaga penasihat 1MDB.
Malam semalam, 1MDB bertegas kewangannya sudah melalui audit oleh firma antarabangsa, dan memberi amaran akan menyaman pihak yang melemparkan kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap syarikat pelaburan milik kerajaan itu.
"Lembaga melihat dengan serius tuduhan berniat jahat dan fitnah, dan berhak mengambil tindakan undang-undang," kata kenyataan 1MDB yang dibebani hutang mencecah RM42 bilion, di samping pelbagai pendedahan dan dakwaan salah urus.
Pua berkata dengan mengheret pengkritik ke mahkamah, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat akhirnya mendengar sendiri jawapan 1MDB terhadap isu yang dibangkitkan daripada kandang saksi.
Kelmarin, Nazir mempersoalkan sikap berlengah lembaga pengarah 1MDB dalam melantik juru audit bebas bagi menangkis pelbagai tuduhan dan kritikan berkenaan hutang RM42 yang ditanggungnya.
Menurutnya, sekiranya 1MDB tidak berbuat demikian, ahli lembaga dan pengurusannya perlu meletak jawatan.
"Ia adalah tanggungjawab asas. Terdapat ketidakyakinan yang besar terhadap kewangan anda. Anda perlu menanganinya dengan rasa tanggungjawab. Tetapi anda duduk di situ menunggu ketua audit negara.
"Bagi saya, ini tidak bertanggungjawab. Jika ini tindakannya, lebih baik letak jawatan dan biar orang lain ambil alih," kata Nazir seperti dipetik The Star.
Pua berkata banyak tuduhan ke atas 1MDB tidak dijawab termasuklah keengganan lembaga dan pengurusannya menjelaskan sama ada entiti tersebut mampu membayar kembali pinjaman US$75 juta kepada Deutsche Bank.
"Tidak ada satu pun soalan amat penting dan mendesak yang memerlukan audit menyeluruh Ketua Audit Negara dijawab. Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab untuk meyakinkan pembayar cukai Malaysia dan pasaran kewangan dengan fakta dan bukti semua di atas adalah benar atau mungkin wajar," katanya.
Deutsche Bank antara 6 bank yang sebelum ini dilaporkan mahu 1MDB melangsaikan segera hutang berjumlah RM3.6 billion.
Pua berkata pasaran berada dalam keadaaan cemas kerana jelas 1MDB merupakan syarikat muflis dan tidak mampu membayar hutang.
"Sekiranya 1MDB benar tidak mempunyai masalah seperti mana diaudit oleh firma reputasi tinggi iaitu Deloitte, kenapa mereka memerlukan kebenaran Kabinet untuk meluluskan pinjaman kecemasan sebanyak RM950 juta pada Februari?
"Jika segala kritikan dan pendedahan tidak benar, kenapa 1MDB dilihat cuba untuk segera menyelesaikan semua tanah yang dibeli pada harga murah kepada dana kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Amanah Wang Persaraan (KWAP) dengan harga tinggi?" soal beliau.
Pua juga berkata lembaga pengarah 1MDB tidak berhak menuntut rakyat Malaysia bersabar walhal mereka sebenarnya yang tidak bertanggungjawab dan telus dalam segala transaksi dan aktiviti syarikat itu.
“Amat melucukan apabila lembaga mengugut menyaman pengkritik,” katanya.
“Kenapa tunggu sehingga hari ini untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan yang dikatakan merosakkan itu sudah tersebar kepada masyarakat umum hampir setahun?” – 16 Mei, 2015. - sumber

2 comments:

  1. Orang Orang PAS sudah dapat masyookkk dari Ulamak UMNO ikut sokong senyap cukup lah.

    Ekonomi sudah burok , 50 Ringgit kira kaya jugak lah...

    Orang Melayu asal usul kaya raya ke ???

    ReplyDelete
  2. Org pas ckp agama mcm dia nak msuk syurga walhal depa le yg hipokrit... Ckp lain buat lain.. Org suruh bersedekah depa sediri kemut nak mati... Depa dok suruh org solat... Depa sendiri dok melalut... Depa larang orng ckp kasar... Yg dok doa bala dan buruk sesama islam tu bknnhya dari dap tp dari pas... Parti yg tidak menunjukkan keislaman sebenar...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa