Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 27, 2015

Harapkan rimau menjaga kambing?

Kubur besar: Polis tidak tolak kemungkinan pembabitan anggota keselamatan

Tan Su Lin,Astro Awani |Kemas kini:Mei 27, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 27, 2015 12:18 MYT)

Kubur besar: Polis tidak tolak kemungkinan pembabitan anggota keselamatan
Khalid (gambar) menegaskan tiada pihak yang akan terkecuali termasuk anggota polis dan kakitangan kerajaan sekalipun. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Siasatan akan dijalankan akan kemungkinan pembabitan anggota keselamatan negara dengan sindiket penyeludupan manusia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tiada pihak yang akan terkecuali termasuk anggota polis dan kakitangan kerajaan sekalipun.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program lawatan hospital di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-208.


Menurut  beliau, polis sedang mengambil keterangan daripada semua pihak dan siasatan masih dijalankan.

“Kita tidak percaya ada lagi sebab kita telah buat screening dan combing yang menyeluruh daripada Tangga 100 hingga ke Kampung Y. Maknanya kami yakin tiada lagi kubur atau khemah yang mungkin didirikan oleh pendatang,” katanya.

“Setakat ini tiada maklumat baharu tentang jumlah mayat,” katanya lagi.

“Kita tak tahu, tunggu kita korek dulu. Semalam kita dapat exhume(gali) satu lagi. Kerana hujan kita tak boleh buat kerja-kerja itu sebab kita akan runding dengan rakan kita di Thailand untuk guna laluan darat melalui Satun.

BACA: Kakitangan PBT suspek dalang sindiket seludup pelarian Rohingya

“Kita cuba masuk bersama-sama pihak berkuasa Thailand,” katanya lagi.

18 Mei lalu, Khalid dilaporkan berkata, kira-kira 300 anggota pasukan komando VAT-69 telah diarahkan untuk menggeledah hutan tebal di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan aktiviti pemerdagangan manusia.

Operasi itu dilancar selepas pihak berkuasa Thailand menemukan beberapa kubur besar pendatang asing di dua kem milik sindiket pemerdagangan manusia di sekitar Padang Besar, Songkhla, awal bulan ini.

1 comment:

  1. Semua orang nak duit senang dan banyak boleh pergi holiday ke Jakarta Singapore , beli honda accord dan 2 - 3 biji rumah sewa....

    Ini mentaliti orang orang Melayu

    Kerja gomen banyak mana saja gaji pon tapi banyak sudah ada 2 - 3 rumah sewa

    Biasa lah

    Kalau tidak bila lagi nak rasa hidup senang pon

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa