Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 14, 2015

Soalan Rafizi yang PNB Boleh berpinar mata nak menjawabnya

Kenapa PNB nafi selepas setahun, tanya Rafizi

 | May 13, 2015
PNB menyiarkan notis ringkas di laman sesawangnya menafikan institusi pelaburan itu meminjamkan wang kepada 1MDB dan tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk 1MDB.
rafizif,pnb
PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menafikan dakwaan bahawa institusi pelaburan itu telah meminjamkan sejumlah wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pembelian RM1.5 bilion Sukuk.
PNB juga menafikan menerima sebarang tawaran jualan daripada 1MDB.
“PNB tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk yang dikeluarkan oleh syarikat 1MDB.
“PNB juga tidak pernah menerima sebarang tawaran jualan daripada 1MDB,” tulis PNB menerusi satu notis ringkas yang disiarkan di laman sesawangnya.
FMT cuba menghubungi PNB untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi seorang kakitangan memaklumkan tiada ulasan lanjut namun dia mengesahkan notis itu dikeluarkan PNB.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbar pada Selasa berkata, 1MDB mengeluarkan Sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lalu kepada PNB dan Lembaga Tabung Haji (TH), berdasarkan akhbar The Star bertarikh 1Mac 2014.
Katanya, sejumlah M920.8 juta telah dipinjamkan oleh TH kepada 1MDB manakala baki RM579.2 jua pula telah dipinjamkan oleh PNB.
Mengulas penafian PNB itu, Rafizi berkata, mengapa baru sekarang menafikan dan bukan selepas akhbar The Star menerbitkan artikel itu pada tahun lalu.
“Sekiranya tidak pernah ada rundingan atau PNB tidak pernah membeli bon sukuk tersebut, apakah PNB pernah membuat penafian pantas sejurus selepas laporan oleh akhbar The Star itu disiarkan tahun lalu?
“Jika PNB tidak pernah membuat penafian pantas tahun lalu sekitar tarikh laporan itu disiarkan, kenapa penafian itu baru dibuat sekarang ketika kesedaran rakyat mengenai masalah 1MDB semakin tinggi?,” katanya.

2 comments:

  1. Masa tu tak masyukk lgg..skrg dah kenyang daa..dah kenyang kentut laa..spe nk mengaku bile dh terkentut..

    ReplyDelete
  2. Abe

    1MDB ni scam la. Ceritanya ialah seorang budak cina boleh guna ketua kerajaan untuk berhutang dgn jaminan kerajaan menggunakan syarikat kerajaan sendiri, kemudian budak ni wat lari pitih....itulah penerangan dlm bahasa mudah cerita 1MDB ni.

    Bila scam ni pecah, budok tu cuci tangan, pitih buleh banyok. Yang dok kena pikul bewok hidup ialah Najib. Pitih 1MDB xdok skepeng, pitih kerajaan pun xdok mano...jadi kena gomol pitih rakyat melalui GLC.

    Bakpo budok tu tok keno igak? Budok tu mastermind, dok rancang dan jong suruh buat jah. Hok jong buat ialah pok jib dan 1MDB. Tangan budok tu cuci...

    Jadi hok gong dan keno tipu hidup2 sapo? Bakpo keno tipu sampai gitu mo? Kesan dio pada negara amat besar. Duit kito jatuh pun ada keba mengena jugok dgn benda ni. Bila duit jatuh, harga impot jadi mahal. Bakpo barang mahal? Ni sebabnya....duit jatuh, beli barang impot mahal. Beli mahal....mano buleh jual murah. Akhirnya kito jugok hok susah.

    Benda begini besar TGHH kata masaalah dalaman UMNO....Raso nok nyupohhhhh jah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa