Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 17, 2015

Gesa sahut cabaran Mahathir: Apakah rahsia mereka?

Kenapa PAS campur tangan dalam cabaran ni.......sedangkan sebelum ini Presiden mereka beria-ia mahukan Najib dikekalkan?
Bukankah nanti sekiranya debat ini menjadi kenyataan semua perkara akan terburai.......dan kemungkinannya populariti Najib akan menunam.......dan tahta yang didudukan tidak akan bertahan
Walau pun aku yakin debat ini tidak akan berlaku namun adakah PAS mahu begitu?
Jangan ler sekali gitu.....sekali gini......macam lalang tua!

PAS gesa Najib sahut cabaran debat Dr Mahathir
mk - Published: 17 May 2015 10:10 AM
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyatakan di Ipoh kesediaannya berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 17 Mei, 2015.

PAS menyifatkan pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam, yang hutang RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini tersimpan dalam bentuk 2 bidang tanah di "lombong emas" di Kuala Lumpur, satu pengakuan yang 1MDB sudah habis menggunakan wang RM42 bilion yang dipinjamnya itu.
Oleh itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib harus menyahut cabaran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan kesediaannya berdebat secara terbuka dengan Najib mengenai isu 1MDB.  
"Ia pengakuan yang 1MDB sudah habis menggunakan RM42 bilion yang dipinjamnya dan sekarang terpaksa bergantung pada pembangunan TRX dan Bandar Malaysia untuk melangsaikan hutangnya.
"Bukankah ini satu bola tanggung kepada Dr Mahathir untuk berkata yang dakwaannya mengenai 1MDB benar selama ini?
"Oleh itu, wajarlah Najib berdebat dengan Dr Mahathir apabila bekas perdana menteri itu sudah menyatakan kesudiannya dan menuduh beliau ‘tak pernah cakap betul, selalu bohong’. 
 "Itu satu tuduhan yang berat bagi seorang perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Ini peluang Najib membuktikan siapa sebenarnya yang berbohong antara beliau dan Dr Mahathir, terutamanya apabila bekas bosnya baru sahaja terbukti silap mengenai perletakan jawatan Speaker Parlimen," kata Tuan Ibrahim.
Pada satu program di Ipoh semalam, Dr Mahathir menyatakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan kepadanya peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat. 
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika dihubungi, dan Pandikar sendiri dalam satu kenyataan lewat malam tadi. –17 Mei, 2015.

4 comments:

  1. Titim, mahukah hadi berdebat dengan Ahmad Awang? Sila perhatikan parti sendiri dulu ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:54 AM.
      tak boleh A.Awang debat HHA.
      nanti ketulah..boleh su'ul Khotimah.
      tak caya tanya razman psj perak..(aku cuba sangka baik h.p dia kena hack)kalo betul mapuhhh laaaa..jenuh nak jawab dgn macai umngok

      Delete
  2. Orang2 PAS ini tidak cerdik kan ?

    ReplyDelete
  3. Sebab dia tahu di Malaysia perkara ini tak mungkin berlaku. Sebab itulah dia cabar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa