03:30PM Mei 10 2015
KOMEN pembaca Semut Harian
Cynic View: Penyampai maklumat bagi urus niaga TH-1MDB perlu diberi anugerah, kerana menegakkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti.
Jangan pula dia menjadi mangsa. Ia memberi isyarat salah kepada pihak lain yang juga memiliki maklumat tentang urus niaga yang boleh dipertikai.
Hakikatnya TH melakukan urus niaga dengan 1MDB yang kini sedang diaudit. Ini tidak boleh dirahsiakan sekiranya segalanya dilakukan dengan jujur, telus dan tanpa konflik kepentingan bagi semua pihak terlibat. Tetapi fakta tidak menyebelahi penjelasan TH.
Penasihat dan lembaga pengarah TH dan 1MDB sedar urus niaga ini dan tidak menentangnya. Siapa yang mencadangkan urusniaga tersebut?
Ini 10 kali lebih buruk dari skandal PKFZ Klang. Terdapat kesamaran di peringkat tertinggi di Kementerian Kewangan.
Ianya begitu mengecewakan dan lubang hitam 1MDB semakin membesar. Nampaknya seakan tidak kejayaan dapat dihasilkan.
Surin Khairil Sabri: Pemberi maklumat perlu diberi perlindungan kerana mendedahkan skandal ini.
Maaf! Saya terlupa ini Malaysia di mana pihak yang benar dipenjara manakala perompak terlepas begitu saja.
Roger 5201: Paul Low percaya benar pada ketelusan. Mengapa senyap hari ini!
Colin Nathan: Ada kata ada dua jalan penyelesaian? Saya terfikir penyelesaian ketiga, singkirkan pihak yang cuba menutup skandal ini.
Rizal Hassan: Apa nak dikata? Ini negara di mana pedofil mendapat sokongan beberapa agensi dan dianggap aset nasional, sedangkan pemberi maklumat tentang kesalahan negara disiasat dan mungkin dipenjara.
Tuhan lindungi Malaysia!
Fadzli Fadhilah: Wang itu milik rakyat dan pendeposit perlu tahu tentang urusniaga yang melibatkan wang mereka.
Michael Khaw: Lebih kuat opresi, lebih kuat penentangan. Kebenaran akan timbul tak kira bagaimana anda cuba menutupnya.
Kejujuran dan integriti paling mustahak dalam kehidupan.
Leo Nathan: TPM Muhyiddin Yassin dan menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin perlu bersuara! Apa terjadi pada ahli Umno ini?
Rahman Yii: Nampaknya seperti perjanjian rahsia, namun pemberi maklumat akan disiasat di bawah OSA! Keadilan apa ini?
Miszc Jung Sap: Mereka bijak, maksud saya pemimpin negara…mereka bercakap soal kepentingan rakyat tetapi hakikatnya melindungi diri sendiri!
Hulam Rasol: Di negara ini, pihak bersalah seakan dilindungi undang-undang.
Loo Beng Siew: Apa boleh diharapkan dari government?
Cheah Kien: Pemberi maklumat wajar dianggap aset dan hero negara. Bukannya pedofil! Come on lah!
Anthony Das: Penjenayah bebas manakala orang baik terpenjara!
Tigercb Lim: Apa dah jadi? Polis memburu pemberi maklumat?
Steven Loh: We seem to protect the thieves and catch the informers.
David Tan: Undang-undang seharusnya melindungi pemberi maklumat.
Di Malaysia, polis tersasar dalam menjalankan tugas! Mereka perlu lindungi pihak yang memberi maklumat dan bukan memburu mereka.
Florence Cho: Ini sebab mengapa penyampai maklumat sentiasa diburu. Agar kita semua membisu dan membiarkan segalanya berlaku…
Komen pembaca ini bagi rencana, “Tabung Haji-1MDB deal: Why shoot the messenger?” diterbitkan pada 8 Mei.
BAHALOL
ReplyDeleteYang Suroh Buat OSA pun muka BOSOH.
Ada tak dalam osa tu mengariskan peraturan bahawa osa tidak akan terpakai keatas seseorang yang membocorkan maklumat demi kepentingan rakyat/negara. Kalau tidak ada makanya itulah tujuan osa digubal.
ReplyDelete