Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 28, 2015

Mahathir menyambung pembohongan pembangkang?

Dalam hal ini aku masih ragu........
Mahathir atau Najib yang cakap tak betul?
Takkanlah apabila dari pembangkang yang disambung lidah Mahathir semuannya fitnah dan bohong?

Najib persoal motif Tun Mahathir

Bernama |Kemas kini:Mei 27, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 27, 2015 22:22 MYT)

Najib persoal motif Tun Mahathir
Apa yang diperkatakan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali, kata Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata banyak daripada apa yang diperkatakan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali.

Beliau berkata persoalan yang perlu dibangkitkan adalah apakah motif Dr Mahathir yang memilih saat ini untuk meluahkan kecaman yang direka-reka  kumpulan pembangkang yang dahulunya dikecam beliau sebagai pembohong.

Najib menegaskan bahawa Dr Mahathir sering mendakwa bahawa beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu disebabkan apa yang dimaklumkan orang kepadanya  apabila mereka datang menemuinya.

"Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada perkhabaran dan dakwaan yang itu mempunyai sebarang bukti atau kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tahu benar bahawa banyak daripada dakwaan itu dibuat tentang perkara semasa di bawah pentadbiran beliau.

"...dan seperti biasa jawapan Tun adalah: 'Mana buktinya?" Beliau seharusnya menerapkan ujian sama kepada apa yang didengarinya," kata Najib dalam blog beliau, NajibRazak.com..

Respons terkini Najib terhadap dakwaan Dr Mahathir yang menyentuh beberapa isu di samping kritikan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dimuat naik ke bahagian 'Soalan Lazim' dalam blog beliau.

Najib berkata meskipun banyak pencapaian dicatat dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran beliau, namun semua kemajuan yang dilakukan Malaysia dan Barisan Nasional (BN) tidak diendahkan, sebaliknya lebih memihak kepada dakwaan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan pembangkang.

Perdana menteri menegaskan bahawa Dr Mahathir, yang memegang kuasa selama 22 tahun, sentiasa berkeras supaya anggota parti menyokong kepimpinan beliau, lebih-lebih lagi ketika berdepan masa yang mencabar.

"Kami melaksanakan tugas kami ketika itu, dan saya menyokong beliau di masa senang dan susah. Saya berbuat demikian kerana saya percaya ketika itu, seperti mana yang saya lakukan sekarang, bahawa perpaduan parti adalah prasyarat kepada apa yang ingin dicapai untuk negara," katanya.

Beliau berkata sebahagian besar anggota UMNO masih mengiktiraf bahawa kesetiaan sebenar bermakna bersama-sama berusaha untuk membina parti demi kebaikan rakyat.

"Salah bagi Tun dan mana-mana anggota UMNO untuk merendah-rendahkan kepimpinan parti hari ini hanya disebabkan kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi," kata Najib, dan menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan parti jauh lebih penting daripada mana-mana individu tertentu.

Perdana menteri turut menegaskan bahawa beliau dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan memandangkan beliau memperoleh mandat, beliau akan melengkapkan penggal sebagai presiden parti dan perdana menteri.

"Keutamaan saya adalah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 dan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia," katanya, sambil merujuk kepada matlamat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun berkenaan.

Perdana menteri turut mengambil peluang untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang disifatkannya sebagai "tidak adil atau mengelirukan" berhubung kritikan yang dilontarkan Dr Mahathir.

Mengambil contoh kes GST, Najib berkata: "Beliau (Dr Mahathir) menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya bahawa asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilaksanakan.

"Perolehan itu akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, cadangan ini mula diutarakan semasa pentadbiran beliau."

Najib juga berkata Dr Mahathir telah mengulangi khabar angin berniat jahat yang disebar pembangkang membabitkan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga, termasuk berkaitan sebentuk cincin yang mahal.

"Ia satu pembohongan, dan syarikat yang memiliki cincin itu telahpun memperjelaskan secara terperinci ... bahawa cincin seperti itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah. Amat dikesalkan apabila seorang yang berkedudukan seperti Tun menyebarkan fitnah seperti itu kepada rakyat," katanya.

Najib berkata Dr Mahathir turut mengulangi dakwaan pembangkang yang mempersoalkan tentang pembelian jet baharu kerajaan, dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong tidak menggunakan jet itu, serta menyatakan bahawa beliau berbohong.

"Namun begitu ini juga palsu - Seri Paduka Baginda sebenarnya penumpang VIP pertama menggunakan pesawat yang baru tiba untuk lawatan ke Langkawi, dan akan terus berbuat demikian," katanya.

Walaupun pelbagai cemuhan dilemparkan, Najib berkata beliau menerima kritikan dengan fikiran terbuka dan akan terus menangani segala urusan serta maklum balas yang sewajarnya.

"Kita mesti juga sentiasa menghormati orang lebih tua yang telah banyak berjasa kepada Malaysia. Namun begitu, saya tahu ramai yang percaya bahawa sudah tiba masanya mereka membenarkan generasi berikutnya untuk mentadbir negara, dan ini termasuk mengatasi sendiri segala masalah dan cabaran mendatang," katanya.

Menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi, Najib berkata beliau dipilih oleh UMNO dan rakyat negara ini, untuk memimpin mereka.

"Oleh itu, saya memperoleh mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu tertentu," kata perdana menteri.

Beliau berkata pada pilihan raya umum dan pemilihan parti yang akan datang, parti dan rakyat boleh melaksanakan hak demokratik mereka menerusi peti undi.

12 comments:

  1. Setuju! Rosmah memang tak pernah MEMBELI cincin berpuluh juta itu...tak mungkin perasuah tegar akan membeli cincin sedemikian mahal menggunakan duit sendiri. Hakikatnya cincin tersebut dihadiahkan sebagai RASUAH kepada Rosmah oleh seorang China Tembam bernama Jho Taik Low. Hakikatnya cincin tersebut telah dipulangkan kepada Jacobs apabila 1Malaysia sudah tahu, apabila tembelang sudah pecah, apabila pegawai kastam sendiri mengirimkan salinan Customs Declaration untuk disiarkan kepada umum. Faktanya berbagai jawapan penipuan telah diberikan...penafian bahawa cincin BUKAN untuk Rosmah (walaupun jelas pada borang deklarasai Kastam nama penerima jelas tertera: Anak Badak binti Mansor), kemudian dilaporkan pula cincin tersebut dibeli menggunakan wang tabungan sejak kecil dan akhirnya dihikayatkan bahawa cincin tersebut ditempah oleh bakal besan pulak untuk hantaran kawin..... cuma alasan bahawa cincin tersebut dihantar oleh jin 1MDB saja yang belum diberikan setakat ini. Bukankah ini bukti yang PM sekarang ini adalah seorang PENIPU @ PENYANGAK berhati kering yang tidak mempunyai perasaan bersalah dan tidak menghiraukan kemusnahan ekonomi negara serta kesusahan rakyat jelata.

    Apakah soalan TDM "Siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya" boleh disifatkan sebagai tidak adil atau berniat jahat? 1Malaysia ingin tahu wahai anak Bugis. Adakah pertanyaan "Bagaimana syarikat yang baru berusia 6 tahun boleh menjana hutang sebanyak RM 42 bilion" mengandungi maksud yang tidak baik? Bukan saja TDM, tapi 1Mesia juga ingin tahu macam mana PM dan Jho Taik Low menipu rakyat Malaysia dalam skandal kewangan terbesar di negara ini. Skandal seorang Menteri dengan penyanyi di sebuah hotel di PD, rakyat tak susah hati bang.......

    ReplyDelete
  2. Najib mempersoalkan MOTIF? Bior betui YEOP......bukankah Hakim Beruk Mahkamah Kanggaroo kata dalam negara Malaysia ni MOTIF TIDAK PENTING.....sebab apa anggota UTK bunuh dan letupkan Tuya itu tidak penting.
    TERLALU BANYAK PEMBOHONGAN!

    ReplyDelete
  3. Najib mempersoalkan MOTIF? Bior betui YEOP......bukankah Hakim Beruk Mahkamah Kanggaroo kata dalam negara Malaysia ni MOTIF TIDAK PENTING.....sebab apa anggota UTK bunuh dan letupkan Tuya itu tidak penting.
    TERLALU BANYAK PEMBOHONGAN!

    ReplyDelete
  4. Tak payah dengar si pembohong tegar nie kelenting. najib nie seotang pembohong, dulu kini dan selamanye...

    ReplyDelete
  5. Kenapa najib berbohong di parlimen. Samaada dia tau, buat xtau, tak tau langsung, atau memang najib bodoh,, jwb najib

    ReplyDelete
  6. Madey pon byk brgntung pd pembangkang sbagai sumber maklumat utk blasah najib.
    Tanpa pembangkang sapa lah madey..
    Tpi pembangkang yg byk cetuskan isu ialah keadilan...harap UG..nik abduh @ tentawi welfire...madey bole bingung ....

    ReplyDelete
  7. Najib ni sah PM kaki penipu.....sekejap cakaap itu sekejap cakap ini...hakikatnye satu pun tak ada yang betol...memang dikalangan menteri Barisan Nasional kaki penipu.....selama mana u all nk menipu sudahnya terbongkar jgk...Ini lah kebesaran kuasa allah taala..terimalah akibatnye wahai penipu...tunggu lah...dimuka bumi ni jgk balasan kalian akan terima...

    ReplyDelete
  8. x sabar nak tengok sapa dikalangan org BN yang nak masuk jel...huhuhu.

    ReplyDelete
  9. kisahnye betul ke atau tak betul itu x menjadi soal...sbbnye dua2 org tu dah memang x betul dari dulu lagi...yang menjadi persoalan nye sekarang siapa yg nk huni sel sungai buloh atau sel kajang??dulu kau org seronok lah membuli rakyat...sekarang hhaa..sapa yang nk kencing dalam seluar dulu...khir toyol dah berak dalam seluar pun dah tak rasa...ni giliran sapa la pulak?...huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  10. Budak BUGIS ini sudah buat taik sekarang nak bagi rakyat pening agar lupa taik yang di buat nya.

    Mahathir nak jaga Rakyat

    Mahathir sudah dapat apa yang dia nak dalam hidup nya


    Budak Bugis brlum puas lagi , entot pun tak cukup kot.

    ReplyDelete
  11. Najib ni hanya layak berjawatan sebagai budak pejabat sahaja. KEbijaksanaan, bakat, kredibiliti, kejujuran dan keadilan terhadap sesama insan langsung tidak beliau miliki.

    Kalau zaman Tun Mahathir, rakyat hanya marah sebab beliau menzalimi Anwar dengan tuduhan liwat sahaja tetapi ekonomi, taraf kehidupan dan inflasi negara dijaga dan dipelihara dengan begitu baik. Berlainan pula di zaman Najib, khazanah negara dijual sewenang-wenangnya, rakyat hidup terhimpit, ekonomi lembab dan lebih kepada defesit, tiada wujud keadilan terhadap rakyat dan inflasi melonjak tinggi. Sebenarnya rakyat yang bijak dan celik maklumat telalu benci kepada Najib ini jauh melebihi "Ariel Sharon"(mantan PM Israel), tetapi beliau cuma bertahan sebab BN terlalu kuat disokong oleh Melayu tiada otak, orang Asli Sabah dan Sarawak serta juak-juak perompak, lanun dan pembelot seperti SPR,pihak penguasa pengkhianat amanah rakyat dan badan kehakiman kangaroo yang telah dikenyangkan oleh "Ariel Sharon Malaysia" ini.

    Apa yang Tun Mahathir nyatakan semuanya realiti dan bukan jawapan fantasi dari Najib bini Rosmah yang rakyat perlukan. Kalau di luar negara sudah lama Najib bini Rosmah dan Suaminya Rosmah laki Najib sudah disumbatkan di dalam penjara tetapi di negara yang mempunyai Raja teramai di dunia ini Najib bini Rosmah masih boleh bermaharaja lela dan berbuat apa sahaja tanpa halangan dari Majoriti bangsa Melayu yang kononnya beragama Islam itu......

    ReplyDelete
  12. Jawapan dari ketua lanun.......persoalan pokok tak jawab......bunga juga cerita! Lanun bugis takde telor rupanya!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa