Aziz Bari
SUARA LANTANG: Jika berpandukan Perlembagaan, badan pembuat keputusan tertinggi di negara ini adalah Kabinet. Sama seperti negeri di mana kuasa ada pada barisan exco.
Dan badan ini perlu menjawab kepada – dan memang berada di bawah – Dewan; sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Bukan kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja atau Yang di-Pertua Negeri. Institusi lain, termasuk kehakiman dan perkhidmatan awam hanya untuk menjalankan rutin.
Isu kritikal dan penting perlu dikendalikan oleh politikus yang diundi, kerana mereka sahaja yang boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan (dan kegagalan bertindak) mereka. Penjawat awam, termasuk anggota polis dan tentera, tidak boleh mengambil alih peranan itu.
Keadaan Perdana Menteri Najib Razak tidak bertambah baik dalam beberapa minggu ini. Malah beliau nampaknya semakin dihanyutkan masalah, dengan ‘twist’ terbaru dakwaan ‘bail-out’ 1MDB yang melibatkan Tabung Haji.
Penggunaan wang Tabung Haji untuk menyelamatkan 1MDB jelas telah menyebabkan timbalannya Muhyiddin Yassin berani untuk bercakap dengan nada berbeza. Apatah lagi beliau sebelum ini menyalahkan GST – satu lagi dasar yang menunjukkan perbezaannya dengan Najib – ke atas kemerosotan majoriti BN dalam PRK Rompin. Beliau juga menyatakan hal sama berhubung kekalahan di Permatang Pauh.
Lebih memburukkan keadaan Najib, sepupunya dan naib presiden Umno, Hishamuddin Hussein juga telah ‘meninggalkan kapal’ selepas menggesa audit antarabangsa ke atas 1MDB. Ia menunjukkan Menteri Pertahanan itu tidak yakin dengan Jabatan Audit Negara, yang sebelum ini dikecam setiausaha agung PKR Rafizi Ramli kerana terlalu lembap.
Hishamuddin yang membidas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dua minggu lalu, nampaknya telah menyertai Muhyiddin dan Shafie Apdal, seorang lagi naib presiden Umno. Sementara Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin juga telah menjarakkan diri daripada Najib apabila mencadangkan urusniaga Tabung Haji dengan 1MDB dibatalkan.
Sementara itu, Mahathir dilaporkan telah merancang satu pertemuan dengan Sirul Azhar di Australia. Beliau sebelum ini membela bekas polis komando itu yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, yang mempunyai perkaitan dengan penasihat utama Najib. Model itu terlibat dalam pembelian dua kapal selam untuk Tentera Laut Diraja Malaysia beberapa tahun lalu, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.
Apa yang berlaku dalam beberapa hari ini memang menarik. Pertama, Mahathir baru sahaja mendakwa yang beliau keseorangan. Dan Najib dengan penuh yakin memberi respon yang berlawanan. Tetapi kita telah melihat semacam pertukaran peranan: kita boleh lihat siapa yang sebenarnya keseorangan dan semakin dipinggirkan.
Najib mungkin memegang jawatan, tetapi beliau seperti tidak memiliki kuasa. Sebagai perdana menteri, Najib adalah kerajaan. Tetapi ketika ini beliau seperti diabaikan oleh menterinya sendiri yang juga pemimpin kanan dalam Umno, parti utama gabungan pemerintah.
Tidak susah memahami masalah yang menyelubungi Najib. Walau apa sahaja yang dikatakan tentang tugas menteri di bawah doktrin tanggungjawab bersama, realiti yang berlaku kini sukar untuk diabsahkan. Dan Najib kelihatan seperti tidak berbincang dengan Kabinet. Walaupun menurut undang-undang beliua memiliki kuasa penuh untuk membuat keputusan sendiri, realiti politik menyatakan sebaliknya.
Perlu disebut disini; berbeza dengan 1MDB yang mungkin tidak difahami orang Melayu kebanyakan, terutama di kawasan pedalaman, isu Tabung Haji ini amat berbeza. Syarikat berkaitan kerajaan ini secara asasnya tentang Islam dan ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Haji adalah salah satu daripada Rukun Islam. Tambahan pula skandal ini muncul selepas pelaksanaan GST yang kontroversi.
Sedikit menghairankan apabila Muhyiddin, selaku orang nombor dua dalam Kabinet, dapat menerima kenyataan calon BN yang menggelarkan menteri GST Ahmad Maslan sebagai “bodoh” ketika kempen PRK Rompin.
Pada masa sama, Raja-raja sedang menunjukkan kuasa. Di Selangor, sultan menggesa agar perjanjian air dengan negerinya dipercepatkan. Di Perak, sultan dengan tidak semena-mena menegur adun-adun yang berpakaian hitam ketika majlis pembukaan sidang DUN bulan lalu.
Perlu dinyatakan di sini yang DUN, sama seperti Parlimen, adalah bebas dan tidak memerlukan arahan sesiapa, termasuk pihak istana. Minggu lalu, Sultan Johor menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap GST dan sistem pendidikan negara. Ada yang mengatakan, raja-raja berbuat demikian kerana kerajaan persekutuan tidak mampu menegaskan autoritinya.
Ia terjadi meskipun pasukan polis, yang menjadi sebahagian daripada eksekutif, kelihatan berada di pihak kerajaan. Namun cara jabatan itu berperanan ada masanya membangkitkan persoalan. Selain daripada cara badan itu berpihak kepada Najib dalam isu Tabung Haji – yang dikritik oleh bekas peguam negara Abu Talib Othman – kredibiliti polis semakin dipersoalkan mutakhir ini.
Tambah tidak menyenangkan apabila satu lagi badan keselamatan iaitu tentera juga seperti condong kepada kerajaan. Itulah yang berlaku ketika PRK Permatang Puah apabila petugas pilihanraya PKR menahan seorang anggota tentera yang sdang mengintip bagi pihak BN ketika hari mengundi.
Satu perkara baik tentang sistem Westminster yang kita amalkan adalah, sementara kerajaan (atau perdana menteri) bertukar ganti, keadaan negara kekal. Inilah prinsip yang menentukan mengapa institusi diraja, kehakiman dan perkhidmatan awam perlu mematuhi peranan yang ditentukan ke atas mereka, bukannya mengikut kerajaan yang memerintah.
Namun ini nampaknya tidak terjadi di Malaysia. Arahan politikus nampaknya telah mempengaruhi bagaimana sistem berjalan. Hal ini bertambah buruk dengan pemecatan Anwar Ibrahim oleh Dr Mahathir pada 1998. Perbezaan yang wujud antara dua politikus itu tidak akan menjejaskan seluruh sistem jika institusi lain memilih untuk kekal dengan fungsi perlembagaannya.
Atas sebab yang hanya mereka tahu, institusi ini bertindak sebaliknya. Dan ia sedikit sebanyak menjadi akar punca kepada masalah yang melanda negara hari ini.
Dr Abdul Aziz Bari adalah bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan kini mengajar di Universiti Selangor (Unisel)
Hancur
ReplyDeleteHancur
Hancur
Ini tanda tanda Negara nak menuju arah BANKRAP....jadi macam GREECE jugak lah.
Elok jugak , semua pendatang Asing akan chabut keluar ke Indonesia Thailand dan Singapore
Semua sekarang kerja makan gaji buta saja
Baik si Ketua Besar yang sibuk nak ber gaya gaya dan menteri menteri senyap membisu takut di soal Rafizi dan Lim Guan Eng.
Pemimpin PAS pulak tengah sibuk mimpi rancangan jadi Menteri Timbalan Menteri bila gabung dengan UMNO.
Nak beli keta apa , Bini Muda orang mana , rumah bangalow kat mana Damansara Height ke atau Bukit Jelutong ke
Ringgit sekarang nak jadi macam Ruppiah dah , apa ada kesah yang susah orang orang kanpong yang takde duit memsnjang saja.
Keta BMW X5 , Porsche Cayanne tak pernah cukup di jalan raya saja..... Orang Orang Melayu OKB ber tambah saja sejak ada MRT , 1MDB dan Tabung Haji
Yahoo!
Zaman Melayu Maju telah tiba......
Mamak !!!!!
Mee Goreng KANGKONG satu mari......