Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 12, 2015

Kenapa Mahathir fobia sangat?

Pakatan akan perintah negara jika Najib gagal tangani isu 1MDB - Tun M
Astro Awani |Kemas kini: Mei 11, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 11, 2015 20:55 MYT)

Pakatan akan perintah negara jika Najib gagal tangani isu 1MDB - Tun M
TUN M: Pakatan akan perintah negara jika Najib gagal tangani isu 1MDB - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dilihat akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 jika kerajaan gagal menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan segera.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia menjadi faktor penarikan sokongannya sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesan.

"Apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

"Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

"Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat," katanya dalam catatan terbaharu di blognya hari ini.

BACA: Pandangan, kritikan ayah saya bukan bertujuan lemahkan parti - Mukhriz Mahathir

BACA: Melayu Islam perlu bersatu atau hilang kuasa - Tun Mahathir

BACA: Beri saya peluang jelaskan kenapa 'serang' Najib - Tun Mahathir


Bagaimanapun kata Dr Mahathir, dia tidak dapat menerima negara diperintah oleh Pakatan.

"Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam.

"Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

"Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita," tegasnya.

BACA: 1MDB: MT UMNO mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara dipercepatkan

BACA: Siasatan 1MDB perlu pantas, rakyat sedang menunggu - Khairy

BACA: PAC akan mulakan siasatan terhadap 1MDB pada 19 Mei ini


Dalam perkembangan berasingan, Najib dilaporkan berkata anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB perlu dipercepatkan.

Najib berkata MT UMNO membuat gesaan tersebut supaya rakyat tahu hasil siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

5 comments:

  1. Habis tu yang bahalol2 Pakatan Rakyat sama2 mengikut rentak ular Tun tu bangang sangat ke?

    ReplyDelete
  2. Habis tu yang bahalol2 Pakatan Rakyat sama2 mengikut rentak ular Tun tu bangang sangat ke?

    ReplyDelete
  3. Habis tu yang bahalol2 Pakatan Rakyat sama2 mengikut rentak ular Tun tu bangang sangat ke?

    ReplyDelete
  4. Kelebihan ABC...Z

    A llah

    B eri kita hidup

    C uma seketika

    D i dunia ini...

    E lok kita muhasabah

    F ikir akan akhir hayat

    G erbang akhirat pun

    H ampir tiba

    I nilah hakikat hidup

    J anji Allah itu pasti

    K alimah syahadah

    L ailaha Illallah

    MuhammadurRasulullah

    N ak di ucap tak pasti

    O rang muda atau tua

    P asti merasai mati

    Q ualiti Iman jaminan syurga

    R asulullah s.a.w sabda :

    S iapa ucap jaminannya syurga

    T api..jika gagal...

    U ntuk mereka adalah neraka

    V isi kita adalah akhirat

    W alaupun dunia dpn kita

    Y ang pasti semua akan tinggal...

    Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...



    Ingin menceburi bidang forex?

    Please register through this link --- >>> http://www.fortfs.com/?8636125

    WhatsApp: +60138546275

    #PAGUH #GEMAS #TANGKAK #SEGAMAT #LABIS #ENDAU #MERSING #KLUANG #KOTATINGGI #PANCHOR #SGRENGIT #GELANGPATAH #KULAI #SIMPANGRENGGAM #BENUT #PONTIAN #BATUPAHAT #MUAR #AYERHITAM #UMBAI #MERLIMAU #JASIN #ALORGAJAH #SANDAKAN

    ReplyDelete
  5. Tun Mahathir sudah ber umur dan nampak masa depan malap jika Pakatan Rakyat yang professional bijak menguasai negara

    Orang Melayu majoriti BAHALOL papa kedana malas miskin akan jadi ANJING di tanahair sendiri


    Tun bagi cabaran pada UMNO tuk sedar hidup ini kena guna Otak dan BAHALOL tak tahan lama


    Tun cuba sedar kan Orang Melayu supaya hidup jadi Orang , jangan ber gantung pada Bangsa Mamak


    Tun ingat kan Orang Melayu bahawa Agama Islam saja tak cukup tuk elak LAHANAT aniaya bangsa sendiri

    Tun itu DOKTOR pasti bijak ada akal dari NELAYAN IKANG


    Eh , mana senyap saja TOK GURU IKANG ? Dah BAHALOL ke ????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa