Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 16, 2015

Hahaa......Abang Mat tibai sape ni?

Iktiraf ulama kerana akhlak, bukan kelulusan
mk - 11:16AM - 16 May 2015

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, ulama dalam parti itu mendapat penghormatan tinggi di kalangan ahli kerana menunjukkan akhlak yang baik, bukannya disebabkan latar dan kelulusan pengajian agama yang pernah diikuti.

Merujuk kepada dua nama pemimpintertinggi PAS iaitu allahyarham Yusof Rawa, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor (kanan), Mohamad berkata "tidak kena" jika ada anggota parti menilai seseorang ulama dalam parti berkenaan berdasarkan latar belakang pengajian agama semata-mata.

Bagi Mohamad, status ulama seseorang itu terhasil daripada ilmu, amal dan akhlaknya.

"Kenapa Nik Aziz dihormati? Kerana akhlaknya. Antara akhlaknya yang disegani, apabila mendapat kuasa, beliau kekal hidup amat sederhana bahkan dia menolak hak-hak yang sepatutnya diterima.

"Ertinya beliau buat apa yang beliau cakap. Maka timbulah penghormatan kepada beliau. begitu (juga) orang bukan Islam menghormati Nik Aziz," katanya.

Balik 'mengaji' mahu diiktiraf

Mengenai Fadzil, Mohamad berkata, sehingga akhir hayat ahli politik kelahiran Kedah itu, beliau gigih berjuang menegakkan kebenaran, hak asasi manusia dan menentang akta polis yang mengharam rapat umum.

"Dan penghormatan kepadanya begitu tinggi. Inilah kita minta, siapa nak jadi ulama (dalam PAS) mesti berakhlak begitu, bukan berdasarkan kelulusan. Kamu balik dari pengajian agama, maka hendak diiktiraf ulama? Tak kena," katanya kepada Malaysiakini.

PAS akan mengadakan muktamar tahunannya di Kuala Selangor pada bulan depan.

Muktamar kali ini memperlihatkan perpecahan ketara sesama ahli PAS apabila berlaku pertembungan dua kumpulan - proulama dan profesional - membabitkan semua peringkat.

Jawatan presiden sendiri menampakkan pertandingan apabila bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang mengesahkan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad pula bakal berdepan sekurang-kurangnya seorang pencabar untuk jawatan timbalan presiden, iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad berkata beliau mahu ulama seumpama seperti Fadzil dan Nik Aziz ditonjolkan dalam PAS walaupun wujud kecenderungan anggota PAS menilai ulama dalam parti itu berdasarkan latar belakang pengajian mereka semata-mata.

Ulama PAS berakhir dalam Umno

Menurut beliau yang mesra dengan panggilan Abang Mat itu, pujian terhadap tokoh PAS yang telah meninggal dunia dibuat kerana "orang yang hidup kita tak tahu berakhirnya di mana."

Malah, katanya, ramai ulama dalam PAS berakhir dalam Umno.

"Mereka keras melawan Umno dan meletakkan mereka diri seolah-oleh ulama tapi akhirnya menjadi penentang kepada PAS dan menjadi petugas-petugas Umno," katanya.

Enggan meramalkan sama ada kumpulan proulama atau profesional bakal menguasai PAS dalam pemilihan parti bulan depan, Mohamad yakin PAS memerlukan gabungan kedua-dua kumpulan ini yang dianggapnya sebagai pendokong dasar Islam.

Katanya, perkara itu bukan satu perkara baru memandangkan sebelum ini kedua-dua kumpulan berkenaan pernah bergandingan sewaktu pentadbiran beberapa orang presiden PAS yang berkelulusan profesional.

"Saya yakin PAS sentiasa ada gabungan ini, dari penubuhan sampai sekarang. Gabungan ini tetap ada, dan diperlukan untuk masa akan datang," katanya.

Menurutnya lagi, isu pertembungan antara kumpulan proulama dan profesional juga disebabkan mainan media yang mempunyai kaitan dengan Umno untuk memecah-belahkan perpaduan dalam parti.

"Sebab mereka tahu bahawa kalau PAS terus kuat dan bersama Pakatan Rakyat. Umno akan tumbang pilihan raya akan datang. Kalau nak menang, pecahkan Pakatan dan salah satunya (caranya ialah) pecahkan ulama dengan profesional dalam PAS.

"Dalam hal pemilihan PAS, mereka cenderung puak mana menang? Saya yakin Umno bukan sokong ulama pun, tapi mereka nak memecah-belah perpaduan supaya BN kekal menang. Cuma ada di kalangan kita terperangkap dengan permainan musuh ini," katanya.

Mohamad juga optimis kemelut dalam PAS termasuk isu pertembungan ulama dan profesional bakal selesai dalam muktamar nanti.

Bahagian 1: Mat Sabu: PM bubar Parlimen, Pakatan menang

Bahagian 2: Mat Sabu: Pakatan lebih kuat jika adanya saya

6 comments:

  1. Mat Sabu, atas dasar apa pulak kamu menghormati LKS dan LGE melebehi TGHH presiden kamu sendiri? Boleh jelaskan?

    Kan dah lama kamu dalam PAS dan PR, kenapa pulak kamu cakap tanpa kamu PR akan lemah?

    Kalau TGHH cakap macam tu mesti orang cakap TGHH takbur. Oleh kerana kamu yang cakap tidak timbul pulak isu takbur. Donia, donia.....

    ReplyDelete
  2. PAS BAHALOL

    Ada ke Hadi itu Ulamak ????

    Petaling Street ada banyak Hadi....


    BODOH kalau bukan Orang Orang PAS itu bukan BODOH.

    ReplyDelete
  3. Bodon dan bahalol menjadi zikir harian kamu anom 4:448. Bagus dan terserlah sifat mulia kamu. Teruskan dengan zikir kamu tu semoga terselamat dari seksa kubur.

    ReplyDelete
  4. tgk dulu akhlak pemimpin ustaz skrg berbanding tgna dan fadzil noor. kebanyakkan non muslim tertarik kpd islam krn akhlak org islam yg mrk kenali bukan resume ilmu yg mrk miliki.

    ReplyDelete
  5. Psl tu cina berani pijak kepala melayu Islam kerana terlampau hormat dan tunduk dengan kafir....TGNA dan TGFN memecahkan tembok perkauman bukan untuk cina melepasi tembok masuk kawasan melayu Islam dan cuba mengajar Islam, bukan itu Tuan Gurur kita nak, lain yang diharap lain pulak jadinya.

    ReplyDelete
  6. Kalo pemimpin PAs pun dah umno beli...akhlak umno je yg ada dlm PAs skrg.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa