Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 11, 2015

Aku dah kata mereka sama saja walau pun anak Tok Guru!

Najib tersenyum dan Rosmah masih lena tidur
Muhyiddin rela pencen dengan jawatan TPM
Yang masam meruntum adalah Mahathir dan Gurkhanya

'Tiada siapa dapat pecah belahkan kita, Muhyiddin'
mk - 8:26PM - 11 May 2015

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan hubungan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sesekali dapat dipecahbelahkan.

“Kita akan selalu bincang hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada pada keadaan selesa dan kukuh supaya tiada pihak cuba memecahbelahkan kita, terutama sekali saya dengan timbalan presiden,” katanya.

Najib berkata hasil perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin pagi tadi didapati kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada pada tahap kukuh.

“Jadi kalau ada apa-apa berita khabar angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini maka kecewalah mereka yang menyebar berita-berita palsu tersebut,” katanya.

Najib tidak merujuk secara langsung pihak itu.

Namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa keseluruhannya anggota MT telah menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Zainuddin juga berkata presiden Umno itu mungkin diberitahu secara ikhlas dan sopan berhubung perkara itu dalam mesyuarat MT hari ini.

Muhyiddin sebelum ini dispekulasi banyak pihak sedang mengintai peluang menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad bahawa Muhyiddin pilihan paling sesuai menjadi peneraju negara, walaupun bukanlah yang terbaik.

elain kenyataan tegas Muhyiddin dalam isu 1MDB, dakwaan “konspirasi Milan” antara Muhyddin dan dan beberapa pihak di Itali juga menguatkan khabar angin itu.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, antara nama dikaitkan, bagaimanapun menafikan bertemu Muhyiddin di negara Eropah itu bagi merangka pelan mengetepikan Najib
.

4 comments:

  1. DAH KUMPULAN LAHANAT

    iTU KAN MAT MONGOL & 40 THIEVES

    Sudah Agak Mah.....

    TOK GURU tak boleh kaya ber gaya

    BAHALOL JADIAN boleh kaya ber gaya , apa ada susah

    Bebudak PAS UG support sudah bagi , bila Najib pencen 2016 dapat Hadi jadi TPM

    Semua kerana WANG 42 BILION ADA kan ?

    Ingat LAHANAT BODOH ke ????

    Rakyat saja benggap

    ReplyDelete
  2. Tak semudah itu angin taufan dari kutub utara akan menjadi sepoi-sepoi bahasa. Semua penceritaan datang dari mulut Najib sahaja dan memang amat popular cara membaca berita atau sumber dari UMNO maka ianya kena baca secara kontra atau terbalik. Sekiranya Najib kata "tiada perpecahan" maka berita sebenarnya adalah "perpecahan". Berapa hari lagi Najib sanggup bertahan serangan dari Tun Mahathir dan Tun Daim yang dilihat sebagai mastermind politik sebenar di negara ini? Kalau setakat MT UMNO yang disuap kekenyangan oleh Najib memberi sokongan politik maka memang jangka hayat politik Najib akan tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi. Berapa ramai pemimpin dunia mampu bertahan dengan kontroversi dan salah urus tadbir negara tetapi tiada seorang pun pemimpin di dunia yang mampu bertahan dengan asakan rakyat akibat tekanan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup yang melampau. Satu lagi yang perlu rakyat tahu bahawa Najib bukan dikelilingi oleh Rahmat (Malaikat) tetapi beliau lebih banyak di kelilingi oleh Kezaliman (Iblis), maka itu ianya tidak akan boleh kekal lama memerintah, hanya ditangguhkan oleh Allah SWT sebagai panduan kepada rakyat yang tidak menggunakan akal yang sihat bagi memilih pemimpin yang beramanah. Tiada yang kekal abadi apalagi pengikut setia Iblis laknatullah.

    ReplyDelete
  3. depa duk gaduh rakyat duk susah serupa tu jugak selagi tak ganti bn
    tanggunglah

    ReplyDelete
  4. Reverse saiko

    Bila banyak makkumat yang mengatakan Najib berundur kerana tidak dapat sokongan MT tiba tiba sebaliknya yang terjadi maka sama sama lah kita nanti kan saat saat punah lingkup masa hadapan orang melayu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa