Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 10, 2015

Soalan atau remarks?

Tak tahulah siapa yang silap di sini
Wartawan salah petik atau IGP yang salah faham?
Atau memang orang politik ni kaki belit?
Kalau sekadar bertanya kenapa IGP marah-marah?

Nak komen banyak pun tak boleh sebab aku tidak ada di sana

Azmin Dakwa Beliau Cuma Bertanya Soalan Kepada KPN
Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 6:56 PM

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa ceramah di Permatang Pauh baru-baru ini. 

Azmin berkata beliau cuma bertanya soalan kepada Khalid semasa ceramah dan bahawa beliau telah mengemukakan salinan klip video itu kepada peguamnya.

"Saya bertanya soalan kepada IGP, bukan tuduhan tapi soalan. Adakah sekarang soalan pun tak boleh. Adakah saya perlu memohon maaf untuk bertanya soalan," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada pelajar sekolah kebangsaan Tamil di Selangor, di sini, Sabtu.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan beliau yang dikatakan menghina Khalid dengan menggelarnya "barua UMNO" semasa ceramah politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini. 

Beliau mengulangi bahawa kenyataannya itu hanya ditujukan kepada Ketua Polis Negara dan bukan seluruh pasukan polis. - sumber

1 comment:

  1. Tak salah tuk tanya saja

    Kalau yakin bukan barua , cakap saja lah

    Kenaps nak ikut gsya Mat Mongol pulak


    Maksn gaji pencen Rskyat bayar nak buat perangai macam budak pandai pulak


    Buang masa Rskyat saja , kalau sedar diri itu barua dan bahalol (2B) elok pencen hidup sama Abang tu cabut semua palsng T tukar kepada O.


    Bahalol. Badan saja besar , Otsk jenis Peanut saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa