Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 14, 2015

1MDB: Pemimpin UMNO pun sudah nampak semakin gelisah!

Sudah ramai pemimpin di kalangan UMNO bercakap.......

1MDB: Pembayaran hutang awal mesti diperjelas, jangan membisu! - Reezal Merican
Media Statement |Kemas kini: Mei 13, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 13, 2015 19:16 MYT)

1MDB: Pembayaran hutang awal mesti diperjelas, jangan membisu! - Reezal Merican
'Kelewatan untuk memberikan respon akan merosakkan lagi imej 1MDB' - Reezal Merican. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak pengurusan harus menjawab isu kedudukan semasa kewangan syarikat itu.

Beliau juga menyeru untuk pihak pengurusan untuk pantas menjawab segala persoalan, kerana tanpa sebarang jawapan ia akan terus mencabar integriti kerajaan.

Berikut adalah kenyataan penuh Reezal Merican: 

1. Beberapa laporan yang dibuat oleh akhbar, termasuk The Malay Mail Online baru-baru ini memerlukan jawapan yang cepat dan tangkas oleh pihak pengurusan 1MDB. Perkara ini telah acapkali disebutkan - bahawa kelewatan dan kegagalan pihak pengurusan 1MDB menjawab isu akan memberikan kesan dan impak kepada imej kerajaan dan pimpinan.

2. Isu berkaitan keperluan 1MDB membayar lebih awal, komitmen hutang berjumlah USD975 juta (RM3.52 bilion) ini sudah disebutkan banyak akhbar, malah sudah menjadi isu di dalam media baru. Sayangnya, tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh pihak pengurusan 1MDB.

3. Kelewatan untuk memberikan respon seperti inilah yang merosakkan lagi imej 1MDB. Adalah mustahil, isu dan perkara yang sebesar itu tidak mampu dijawab dan diberikan pencerahan oleh pihak pengurusan. Ini melibatkan angka yang besar; juga kelompok pihak perbankan yang bertaraf antarabangsa.

4. Saya menggesa pengurusan 1MDB menjawab dahulu isu yang dilaporkan oleh pihak media ini. Tempoh mutakhir ini bukan waktunya untuk 1MDB berdiam diri dan membisu. Tidak ada istilah 'elegant silence' dalam isu seperti ini.

5. Kemampuan 1MDB untuk tampil, memberikan rasional dan melaporkan kedudukan semasa kewangan akan banyak membantu rakyat membuat pertimbangan yang wajar kepada isu yang sedang hangat ini.

6. Saya secara peribadi, menganggap kegagalan pengurusan 1MDB untuk tampil memberikan penjelasan adalah suatu perkara yang sangat tidak bertanggungjawab.

7. Saya cukup yakin, sebagai kumpulan 'profesional', pengurusan kanan 1MDB ada jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini. Sayangnya, mereka tidak mengambil tindakan yang cepat dan gemar melihat persepsi buruk terbina terlebih dahulu. Saya cukup musykil, jika dalam keadaan begini pun, tidak ada keinginan pihak pengurusan 1MDB menganggap ianya sebagai 'krisis imej dan komunikasi' kepada syarikat.

8. Selagi mereka lewat membuat tindakan, selagi itulah isu 1MDB 'bernanah' di mata rakyat, sekaligus mencabar wibawa dan integriti kerajaan. Ada ungkapan, '...beritahu perkara sebenar; atau ada orang lain yang buat begitu' (Tell the truth, or someone will tell it for you). 1MDB mesti lebih pantas menjawab isu.
________________________________________________________________________
*Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican adalah Ahli Parlimen Kepala Batas.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

8 comments:

  1. Mana dia dapat 3.5 bilion untuk bayar hutang tu? Hal ini pun perlu dijelaskan jugak. Jangan main kenyit2 sebelah mata.....

    ReplyDelete
  2. Ini pon Melayu ke?

    Muka Khordhing ghell macam LEMBAGA HITAM saja....

    Nak job si budak Azeez lah ni

    Standard biawak saja !!!!

    ReplyDelete
  3. Boleh di jawab dengan pantas tapi kena berbohong dan menipu lah

    ReplyDelete
  4. Itu pengerusi Amanahraya kan? Ada yg teselindung ke?

    ReplyDelete
  5. Kalo mcm tu... kene membohong dan menipu dgn pantas la... tak susah pun mmg keje puak depa...

    ReplyDelete
  6. Jawapan pantas - itu semua fitnah

    ReplyDelete
  7. Jawapan lagi power " dia orang sumer dengki ngan kejayaan mesia "

    ReplyDelete
  8. harap amanah raya
    tidak terlibat dengan
    pembelian tanah 1mdb.
    kalau berlaku memang
    parialah si reezal ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa