Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 26, 2015

Akan selesaikah masalah dengan hanya 'tunggu dan lihat'?

Cara bercakap tu ala-ala Saidina Umar.......tapi
Kenyataan ini menunjukkan dia tiada hasrat untuk membaiki keadaan dan menyelesaikan masalah dengan segera

Formula Abdul Hadi: Tunggu dan lihat
mk - 2:17PM - 26 May 2015

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut dalam Pakatan Rakyat ialah "tunggu dan lihat."

Menjawab soalan pemberita di parlimen hari ini, Abdul Hadi berkata, beliau akan "menunggu sehingga tiba masa" dan tidak menjelaskan lebih lanjut maksud kenyataan itu.

Kata Abdul Hadi, dia juga tidak boleh menjawab pertanyaan mengenai sesuatu yang belum berlaku.

Ditanya mengenai kemungkinan Pakatan akhirnya akan terbubar, Abdul Hadi berkata: "Mungkin, saya tak tahu. Mungkin akan datang. Saya tak tahu saya hidup atau tidak esok,"
Mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kiri) yang mendakwa "hati" Abdul Hadi kini tidak lagi bersama Pakatan, sebaliknya UMNO, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam hatinya.

"Saya tak tahu hati dia (Lim). Mana kita tahu (apa yang ada) dalam hati orang," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menyatakan PAS masih menganggotai Pakatan - sekurang-kurangnya setakat ini.

Beliau juga mengaku sedang memberi tumpuan kepada pemilihan dalam muktamar yang dijadual berlangsung di Kuala Selangor dua minggu lagi.

Dalam pemilihan kali ini, Abdul Hadi akan dicabar buat pertama kali oleh bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang.

Ketika pertembungan kumpulan proulama dan sederhana semakin panas, pemerhati berpendapat kumpulan Abdul Hadi dijangka akan memenangi persaingan nanti.

Kata Abdul Hadi, beliau juga "seronok" kerana mendakwa ada "parti lain" yang turun berkempen.

"Saya beri peluang kepada semua parti yang nak berkempen," katanya.

12 comments:

  1. Laaaa, Admin, takkan nak gelabah atau terpekik terlolong macam LKS dan LGE pulak, TGHA berbeza dengan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiks...buat macam sebelum ni le....cakap berdegar....ugut sana...ugut sini.....awat xkonfiden pemilihan ni ke pulak?

      Delete
  2. HADI ini Jenama GAGAL

    Ke mana pun pergi tiada akan tambah nilai kepada per sekitaran nya.

    Semua nya GAGAL. Hanya kelemahan ber fikir ahli ahli PAS yang membenar kan HADI terus di kerusi Presiden. Yang RUGI adalah Orang Orang MELAYU dan PAS.

    Lim Guan Eng , DAP dan CINA tetap maju dan bet kredibiliti sejak 5000 Tahun dulu , dan PAS hanya lah sampah tepian per jalanan CINA dalam negara ini.

    NABI SAW dulu lagi ikhtiraf CINA ini pulak budak kampong GAGAL cuba merendahkan CINA.

    Bodoh lah sesiapa sekongkol dengan pemikiran sempit ini.

    Hakikat nya PAS perlu UBAH dan orang orang PAS mesti hidup mengunakan Otak mereka untuk ber fikir.

    Rata rata Rakyat pasti ter tanya , "Apa kah mereka tidak ber fikir memilih se orang Ketua yang LEMAH ?"

    Apa kah orang orang Rohingya dapat membantu PAS ? Yang pasti Rohingys bukan BODOH malah berani ambil risiko dan ber fikir.

    ReplyDelete
  3. Orang tanya nasib PR. Kalau hidup mati tu kuasa Tuhan memang lah tak ada sesiapa pun tahu.

    Tindak-tanduk kita semua nya datang dari hati. Kalau baik hati itu maka baik lah tutur kata nya dan tingkah-laku nya. Jika sebaliknya maka buruk lah tutur kata nya dan tingkah laku nya.

    Hati yang baik selalu menyebut nama Allah. Orang yang mempunyai hati yang baik tidak menyakitkan hati orang lain.

    ReplyDelete
  4. Adi Awe sinis sana dan sinis sini......Kalau kalah pemilihan kelak siaplah 100 lori pasir akan dimakinya pesaing beliau dan parti sahabat yang mempromosikan beliau supaya jatuh tersungkur......Pemimpin biar yang bijak ekonomi dan bijak dalam ilmu politik dan bukannya dari Ulama yang hanya tahu menjatuh hukum halal haram dan kafir sana dan sini.....

    ReplyDelete
  5. "hati" itu METAFORA wahai presidenku... tahu apa itu metafora? Tak tahu pergi tanya yang tahu.

    ReplyDelete
  6. Jawapan sebegini......ulamak ke? Lagi membuat andaian yg menjurus ke fitnah. Patut lah umah akhir zaman celaru, ulamak tiada akhlak!

    ReplyDelete
  7. Wow hebat2 pak nujum kat sini yg boleh tafsir hati seseorang ! Ini mungkin macai avtar (avatar) kalau tak pun autar ................ nampaknya macai pkr dah sampai tahap tertinggi sejak bergurukan tuan guru LKS dan LGE !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah pi skolah tak? Pe4nah dengar komen dan pendapat?....kalau xpernah dengar pi balik dari mana datang. Kalau dari hutan balik ke hutan. Kalau dari gua balik ke ke gua. Takde urusan kamu berada didalam masyarakat zaman abad 21.

      Delete
  8. Hj hadi jd presedeng Pas....Pru14...tungu dan lihat pe kan jdi pada semua krusi2 dun & parlimen wakil PAs..

    ReplyDelete
  9. Bahtera PAS akan belayar dengan lancar dan tenang dengan bernakhodakan TGHA dan dibantu oleh TITM selepas "pit stop" nanti. Mai la cai-cai DAP dan PKR join sekali.

    ReplyDelete
  10. bahtera pas dah nak tergolek,
    HA dan TITM akan terjun masuk laut,
    kami tak nak ikut terjun, kami ambik bot dan belayar dengan selamat.
    ko nak terjun sama, ko punya pasal
    ko boleh terjun ramai2 ikut labu2 HA dan TITM

    sebab kami bukan keturunan si luncai

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa