Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 14, 2015

Simpati pulak aku kat Mad Maslan ni!

Korang memang tak patut pun melibatkan bapak dia yang telah meniggal dunia
Kenapa begitu sekali walau pun benci.......bapa dia tiada kaitan dalam hal ini
Kalau pun dia tipu atau konar baring mendesak rakyat.......arwah bapa dia tidak terlibat

Kecewa nama bapa jadi permainan
 | May 14, 2015
MASLAN 3.85 Entended Version' dan 'Tampar Maslan' telah dipromosi di pelbagai laman sosial termasuk Whatsapp.
ahmad maslan,jangan hina
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi meluahkan rasa terkilan apabila nama bapanya dijadikan jenama permainan di telefon pintar.
‘MASLAN 3.85 Entended Version’ dan ‘Tampar Maslan’ telah dipromosi di pelbagai laman sosial termasuk Whatsapp.
“Ayah saya sudah tiada; tolong jangan hina dia. Maslan adalah seorang penoreh getah yang miskin dan buta huruf,” luahnya di laman Twitter
Luahan itu mendapat perhatian pengikutnya yang bersimpati dengan Ahmad.
Salah seorang daripada mereka mengakui walaupun tidak sependapat dengan Ahmad berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), perbuatan itu amat dikutuk.
“Saya pun tak bersetuju dengan datuk tapi sebarang unsur penghinaan pada manusia amat saya bantah!” komen illifadli.

2 comments:

  1. Ahmad Maslan menghina daya intelek makcik pakcik felda tu apa cerita? Menipu orang yg tidak berilmu tinggi malah menengah pun belum tentu juga, untuk mencuri duit poket hasil keringat dan air mata rakyat yg susah, maka dlm ramai2 rakyat yg dizalimi itu tentulah ada yg tidak dapat mengawal kemarahannya lagi. Sendiri yg mulakan, padan muka!!!

    ReplyDelete
  2. ala....macamlah ada satu orang saja atau satu benda aje dalam dunia ni yang bernama atau dinamakan maslan tu, perasanlah konon..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa