Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 9, 2015

Kewujudan yang menghabiskan boreh!

Panel bebas SPRM tak boleh diarah siasat kes
mk - 11:35AM - 9 May 2015

Merujuk kepada blog Chedet bertajuk 1MDB, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas tentang Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim:  "And as member of the Anti-Corruption Commission, he can make a full investigation of my record to find out how many billions I stole from the Government as he seems to imply."

Blog tersebut menyatakan Tunku Aziz, sebagai ahli salah satu badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), seharusnya menjalankan siasatan penuh berhubung “wang  yang dikatakan dicuri dari kerajaan".

Pada pandangan saya, fungsi hakiki LPPR hanya sebagai penasihat kepada SPRM. Begitu juga empat badan bebas lain yang memantau perjalanan SPRM.

LPPR dan empat badan bebas yang lain iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Panel Penilaian Operasi, Jawatankuasa Aduan dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), sebenarnya mewakili masyarakat dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyiasat atau mengarahkan SPRM menjalankan siasatan.

Ini kerana SPRM merupakan sebuah suruhanjaya yang bebas.

LPPR merupakan salah satu badan bebas yang bertindak sebagai check and balance terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsinya.

Masyarakat perlu memahami fungsi sebenar LPPR dan ahli-ahlinya mewakili  rakyat bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM.  Antara terma rujukan LPPR adalah:

  • Untuk menasihati SPRM tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;
  • Untuk menasihati SPRM mengenai dasar dan strategi dalam usahanya untuk membanteras rasuah;
  • Untuk menerima, meneliti dan meluluskan cadangan daripada SPRM ke arah perjalanan cekap dan berkesan; dan
  • Untuk mengemukakan ulasannya tentang perjalanan SPRM sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
LPPR dan empat badan bebas yang lain boleh meminta SPRM untuk menjelaskan mana-mana isu berhubung rasuah tetapi tidak ada kuasa untuk menyiasat sesuatu kes.

Perlu difahami, siasatan yang dilakukan oleh SPRM bukan mengikut kehendak dan keperluan ahli-ahli panel bebas SPRM, sebaliknya siasatan yang dijalankan perlu berteraskan peruntukan atau semangat Akta SPRM 2009. SPRM hanya boleh menyiasat jika ada unsur rasuah selaras dengan Akta SPRM 2009.

Diharap orang ramai faham kedudukan ini.

Seperti dikatakan Tunku Aziz baru-baru ini, SPRM tidak akan teragak-agak untuk menjalankan siasatan sekiranya ada bukti kukuh wujudnya unsur rasuah.

Sehubungan itu, masyarakat perlu memberi kepercayaan dan perlu yakin bahawa SPRM akan menjalankan tanggungjawab menyiasat sebarang isu yang ada unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.



DATUK TAKIYUDDIN HASSAN adalah Ahli Parlimen Kota Bharu dan Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

4 comments:

  1. Kalau kerajaan nak buat cost-cutting measure, hapuskan saje Sprm yg tak berguna nie. Mana ada menteri yg kena siasat walaupun kehidupan penuh mewah tak padan dgn gaji mereka.

    ReplyDelete
  2. Bila bela LAHANAT untuk LAHANAT maka ini lah hasil nya

    Muka muka LAHANAT sama saja , tidak ber seri badan besar , perut besar dan sekali pandang rupa macam JERANGKONG

    Mereka ber kawanan se sama mereka saja

    Rakyat saja yang rugi

    LAHANAT ini semua nya ber nama Islam jugak pon

    Orang orang MELAYU saja

    ReplyDelete
  3. De barua sprm 1mdb dan tabung haji tunggu sampai arahan najib ke

    ReplyDelete
  4. DALAM KES TABUNG HAJI INI PENCARUM JADI HAKIM TIDAK PERLU POLIS TIDAK PERLU SPRM CINA GILA TENGKU TU HANTAR BALIK TONGSAN TIDAK PERLU GHANI TIMBANG TAIL.SEMUA PENCARUM BERHAK.BINATANG PENGKHIANAT LAKHANTULLAH SUDAH BERGAJI DAN BERALAUN BERJUTA JUTA DITABUNG YANG MANA KAMI RAKYAT HIDUP KAIS PAGI MAKAN PAGI MEREKA BERSENANG DGN DAN RAKYAT.RAKYAT HARUS BANGKIT DAN TANGKAP MEREKA SEBAB POLIS DAH TAK MAHU TANGKAP PENGKHIANAT LAKHANTULLAH INI

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa