Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 30, 2015

Tak payah ugut, dah nyata DAP mahu PAS berambus!

Berhenti serang PAS atau hadapi risiko PR berpecah - Ahmad Yakob

Bernama |Kemas kini:Mei 29, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 29, 2015 07:19 MYT)

Berhenti serang PAS atau hadapi risiko PR berpecah - Ahmad Yakob
AHMAD YAKOB: "Nasihat saya kalau sayang Pakatan, jangan serang lagi pimpinan kita (PAS), ini sebenarnya bukan bawa kebaikan tetapi bawa rebah (kejatuhan). - Gambar Fail
MACHANG: DAP perlu berhenti menyerang PAS jika tidak mahu melihat pakatan pembangkang berpecah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pemimpin DAP terutamanya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng perlu berhenti mengkritik PAS kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada Pakatan.

"Nasihat saya kalau sayang Pakatan, jangan serang lagi pimpinan kita (PAS), ini sebenarnya bukan bawa kebaikan tetapi bawa rebah (kejatuhan).

"Kalau semua saling serang-menyerang dalam Pakatan, sah pakatan akan pecah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Rumah Mampu Milik Kelantan di sini, pada Khamis.

BACA:Abdul Hadi telah fikir panjang hubungan PAS dan DAP - MB Kelantan

BACA:DAP konsisten suruh PAS keluar Pakatan Rakyat - Nik Abduh

BACA:Guan Eng dakwa Abdul Hadi tikam Pakatan Rakyat dari belakang

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang sentiasa mengkritik PAS sejak kebelakangan ini, selain tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata keputusan PAS untuk kekal atau sebaliknya dalam pakatan pembangkang juga dijangka diputuskan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berlangsung awal Jun ini.

"Itu (keputusan keluar dari pakatan) tunggu Muktamar kerana ia merupakan suara paling tinggi... jadi kita perlu tunggu," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata Muktamar berkenaan akan menjadi medan penentu sama ada PAS akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Muktamar Tahunan PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor.

8 comments:

  1. Harap pasma take over dr geng ug ni.. Geng ug ni adalah anjing amno....

    ReplyDelete
  2. DAP bukan serang PAS

    DAP lebih matang ber kualiti politik tanpa PAS yang akan menghancur sendiri

    Apa yang DAP laku kan hanya lah untuk menyedar kan orang orang PAS yang tidur lena sehingga tak sedar di tipu oleh pemimpin PAS sendiri dari jenis GAGAL dan tidak ber Fikir

    Itu saja

    Bila ahli ahli PAS sedar akan masalah di hadapi dengan pemimpin tidak cerdik macam Ahmad Yaakob , Nik Amat dan Hadi Al-Tolol maka nya dapat memilih ke pimpinan yang lebih bijak di Muktamar akan datang ini.

    Bangsa Cina sokong DAP ; tapi PAS di sokong Melayu yang jenis GAGAL hidup gaya Mat Kampau dan BR1M

    Susah kan Rakyat semua kelak.

    ReplyDelete
  3. si anon tu sebut mat kampau......aku mula teringat cerita dolu dolu

    ReplyDelete
  4. bagaimana dengan konsensus nasional tajaan sungai buloh al-ketumi? adakah al-ketumi barua umno??

    ReplyDelete
  5. bagaimana dengan konsensus nasional tajaan sungai buloh al-ketumi? adakah al-ketumi barua umno??

    ReplyDelete
  6. Sejak TGNA ada dulu muka ni senyap je.bila dah TGNA pergi meninggalkan kita baru mamat ni buka topeng mukanya,hairan kita dengan ualamk jenis ni,mengapa mereka tidak berfikir matang seperti TGNA,mereka sekarng ni menjemput semua kebencian dan kehinaan pada mereka.menyampahnya aku pada peminpin Pas jenis alamak suk.

    ReplyDelete
  7. Geng ug mereka yg gagal dlm membawa masyarakat kearah yg lebih baik akibat prasaannrendah diri xboleh nk berdebat dan communicate dgn bukan islam... Ambil contob nik abduh berapa kali dia berdebat dlm parlimen atau pi berckp depan masyarakt lain.. Tetapi byk dokbawah tempurung ketakutan dan akhirnya paranoid dgn DAP yg bertanding xsampai pun 50 kerusi... Ni le geng ug lebai yg cuma tau hal agama tetapi xpandai nak praktik agama... Tinggalkan geng ug ni... Masih ramai ulamak baik yg sanggup mendidik masyarakat dan memberi masyarakat bukan islam memahami islam.. Geng ug adalah mereka yg perlu makan ubat sebab terlalu byk paranoid dan bersangka buruk...

    ReplyDelete
  8. Kalau pas rasa dah boleh berdiri sendiri, pas bolehlah keluar drp pakatan. Kalau rasa diri tu tak sekuat mana, tukarlah pemimpin tu. Selagi pemimpin tu tak ditukar, sampai bila2 pun masalah ni tak akan selesai.Orang bawahan kenalah bijak memilih. Kalau sayangkan parti, buang pemimpin yang ada sekarang. kalau sayangkan pemimpin, terima sajalah kenyataan parti kita tu akan pupus sedikit masa lagi. Kita bukan duduk bawah tempurung era 1960-an hingga 1980-an. Kita dah duduk era internet dan facebook! Ini bukan zaman boleh sorok2, bukan zaman boleh angguk2. Ini zaman facebook zaman orang mentaarif, mentafsir dan memikir...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa