Perhatian beralih dari Najib ke Muhyiddin
mk - 3:45PM - 21 May 2015
Semua mata sepatutnya tertumpu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang membentang Rancangan Malaysia ke-11 yang menggariskan hala tuju negara bagi tempoh lima tahun akan datang.
Tetapi ketika beliau menggariskan visinya dalam pembentangan tersebut, yang berakhir lebih daripada satu jam, muncul pula berita mengenai sebuah video.
Rakaman itu menunjukkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa tindakan diambil terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau mahu lembaga pengarahnya dipecat dan pihak pengurusan atasannya disiasat. Beliau juga mengadu yang Najib tidak mendengar cakapnya.
Walaupun ucapan itu dibuat pada hari Sabtu, rakaman tersebut, bagaimanapun dimuat naik di YouTube semalam oleh seorang bekas editor New Straits Times.
Wartawan veteran itu, Firdaus Abdullah, diketahui rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah blognya juga dinamakan sempena sebutan yang sering digunakan oleh bekas perdana menteri itu - Apanama.
Oleh itu, persoalannya ialah sama ada video itu sengaja dimuat naik dan diedarkan bagi mengalih perhatian daripada pembentangan RMK11 oleh perdana menteri.
Dan seperti yang dijangka, kenyataan Muhyiddin mengenai 1MDB telah menjadi tumpuan berbanding dengan RMK-11.
Cetuskan spekulasi
Berikutan ucapan Najib, timbalan perdana menteri mengulangi di Parlimen bahawa beliau tetap dengan pendirian menggesa lembaga 1MDB dipecat dan menegaskan bahawa ia pandangan
peribadi, yang berbeza dengan bosnya.
Sekali lagi, ia mencetuskan spekulasi sama ada timbalan perdana menteri telah "menyambut tangan Dr Mahathir" untuk menyingkirkan Najib.
Pendirian Muhyiddin dalam isu ini telah menjadi kabur, jika pun tidak mengelirukan.
Apabila Mahathir mula melancarkan kritikan pedasnya, Muhyiddin meminta bekas perdana menteri itu memberi peluang kepada Najib untuk membuktikan kemampuannya.
Kemudian, apabila Dr Mahathir mengeluh bahawa beliau bersendirian dalam mengejar kebenaran, Muhyiddin memberitahu bekas perdana menteri itu sebaliknya.
Kemudian Najib menarik Muhyiddin dua kali ke dalam gelanggangnya.
Yang pertama apabila beliau memetik nenek moyangnya orang Bugis dan pelaut yang berani, dengan berkata beliau mahupun timbalannya tidak akan tunduk kepada tekanan.
Kedua, apabila beliau mendedahkan bahawa Majlis Tertinggi Umno menyokong kepimpinannya dan Muhyiddin.
Bagaimanapun, rakaman video terbaru itu telah mengubahnya sekali lagi, dan menimbulkan persoalan sama ada Najib akan dapat bertahan sehingga selesai rangka tindakan lima tahunnya mengenai ekonomi dan sosial?
A kadir menyambut lidah Muhyiddin: Siasat 1MDB gaya AirAsia Indonesia
Kedua dua PM dan TPM harus dijatuhkan........Tg. Razali adalah orang yg lebih layak drpd kedua2 nya dan tidak mesra mahathir juga!
ReplyDeleteApahal pulak Najib yang membongkok bila bersalaman dengan Muhyiddin.
ReplyDeleteDalam Clip Video sudah jelas Muhyideen takut hanya pada ALLAH SWT dan ini cukup untuk yang lain berani kerana benar dan menjadi waras mula kan undi tak percaya pada si BACUL LAHANAT BANGSA.
ReplyDeleteSatu takut pada BON BON apakah Rakyat patut ikut takut pada BON BON jugak?
JJ sudah KIOK jadi Arwah pon ; tak kemana nak menongkat langit pon.