Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 14, 2015

Bukankah perkara yang Kit Siang ungkit ini Prof. Dr. Mahmood Zuhdi dah suarakan sebelum ini?

Kalau tak silap aku Dr. Mahmood Zuhdi juga produk Mesir

Disebalik isu Kit Siang 'ajar' Pas hudud
OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 13 MAY 2015 

Ramai menyifatkan tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bercakap mengenai hukum hudud dalam satu ceramah di Kelantan baru-baru ini keterlaluan.
Kit Siang dituduh cuba 'mengajar' Pas mengenai hudud yang memang menjadi wadah parti itu sejak sekian lama.
Kebetulan lokasinya pula di Kelantan - kubu kuat Pas dan negeri yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Baru-baru ini, Kit Siang dalam ucapannya di hadapan penyokong dan ahli Pas dalam program anjuran parti itu di Padang Perdana dengan yakin tidak menerima hudud atas dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR).
Walaupun mengakui beliau bukan anti Islam tetapi mendakwa mengetahui mengenai hukum hudud selepas bertukar-tukar fikiran dengan pelajar Malaysia di Jordan dan Mesir ketika membuat lawatan ke negara itu baru-baru ini.
Beliau juga mendakwa melalui pembacaannya, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan selagi keperluan asas dan ekonomi rakyat di sesebuah negara itu
terjamin.
"Saya bukan orang Islam tetapi dalam Jordan dalam Mesir, Jordan 92 peratus penduduk- penduduk orang Islam. Di Mesir 95 peratus penduduk- penduduk orang Islam. Dan pun di Jordan dan di Mesir tidak ada hudud.
"Dan ada pun pandangan, ada pertikaian, ada debate sama ada patutkah untuk utamakan hudud atau tidak. Apabila saya melawat pergi Jordan, melawat selain daripada Amman pergi Mafraq pergi Karak, Irbid dan baca bahawa adalah sarjana- sarjana dan ustaz- ustaz ulama-ulama Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada undang- undang syariah dan adalah syarat-syarat sebelum ia dilaksanakan.
"Syeikh Qaradawi Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pun ada berpendapat bahawa kalau undang- undang syariah tidak boleh dilaksanakan, masa tak sampai untuk melaksanakan hudud.
"Dan pun ada prioriti keutamaan, saya baca bahawa kalau mahu melaksanakan hudud perlulah ada syarat- syarat di mana basic needs, keperluan pokok semacam pekerjaaan, semacam perumahan semacam kesihatan dan transport lain- lain semua dibekalkan keselamatan," kata Kit Siang dalam sebahagian ucapannya baru-baru ini.
Mengenai ucapan Kit Siang, seorang pimpinan Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kesal kerana Kit Siang membawa isu hudud seolah-olah cuba 'mengajar' Pas.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, Kit Siang boleh berceramah di negeri itu dan bercakap soal isu semasa seperti GST tetapi kenapa membawa sekali isu hudud?
Lebih sinis, anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Nik Aziz menganggap 'keberanian' Kit Siang mempertikaikan hudud yang sudah diluluskan di Kelantan kerana dorongan beberapa pimpinan Pas dan PKR sendiri.
Ahli Parlimen Pasir Mas dilihat tetap konsisten mengkritik pimpinan PR yang tidak setuju perlaksanaan hudud termasuk pimpinan partinya sendiri.
Walaupun nampak bersatu ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini tetapi insiden ceramah Kit Siang itu telah menimbulkan rasa tidak senang kepada pemimpin-pemimpin Pas pro ulama.
Walaupun sudah berkali-kali pemimpin Pas mengulang yang Pas dan DAP sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam PR namun nampaknya DAP tidak faham-faham.
Nampaknya mereka makin tidak serasi. Walaupun sayang kepada PR namun jika terus-terusan diasak, retak yang ada bakal menunggu belah.
Apa pun ada sumber mendakwa taktik membawa Kit Siang berceramah di Kelantan kerana ada pimpinan Pas mahu membuktikan pentingnya kerjasama PR dan mendapat sokongan golongan sealirannya semasa pemilihan parti Jun ini.
Kepada pimpinan pro ulama, ia dijadikan bahan menyerang dan mempertahankan hukum hudud dan mendapat simpati undi semasa pemilihan yang sama.
Namun kalau ada PRK dalam masa terdekat, mereka akan tetap bersatu atas kepentingan bersama iaitu melawan Barisan Nasional.-- MalaysiaGazette

11 comments:

  1. Pasma adalah satu NGO didalam PAS yg menyokung pluralisma dan lgbt.

    ReplyDelete
  2. LKS sggup pergi ke Mesir-95% muslim

    LKS gi kat Jordan-92% muslim


    Rakyat Mesir & Jordan tentu ramai skali yg mahir faseh n fakeh berbahasa Arab SERTA lebih mmahami isi Quran & hadis.


    DAN

    Hadi Awang sndiri pernah mnyebut bhw 'hudud' adalah bukan isu UTAMA krn isu "KEADILAN" agihan ekonomi yg adil serta GAJI minima majoriti rakyat WAJIB dilaksanakan trlebih dulu..

    DAN lg..

    Klu Hang Nadim sbg budak kecil boleh mmberi pandangan yg jitu & bernas utk sama2 diHARGAI diINSAFI..jd,

    Jd, salahkah LKS mngingatkan Hadi & walaun2 UG betapa mrk itu slalu sgt suka "MEMBELIT"-putar-Uturn-KHIANAT serta mlanggar & mnodai JANJI!?

    Hudud apakah yg ingin dihajati dgn puak2 yg jls dgn watak setan2 yg dikenali itu..dan bukankah dgn isu hudud yg seolah2 sgguh suci ini mnjd kan setan2 itu sgt GUMBIRA skali sama sprt mrk GUMBIRA bila berita FITNAH pilkuda diwar2kan ddlm TV oleh Hadi swktu pru13 t.hari???

    JADI

    Apa bezanya isu hudud & Pilkuda ini klu bukan utk mngGUMBIRAkan setan2 yg dikenali mnjd sentiasa CERIA mndpt TONGKAT dgn idea2 onar-makar-FITNAH yg sengaja direka cipta oleh Hadi & juga WALAUN2 yg setia bermain FITNAH bersama2 dgn nya!?

    DAN..wajib sama2 diinsafi,,

    Brp kah "HARGA" onar-FITNAH yg brsarang ddlm gelap itu..dan RAHSIA inilah yg sgt2 mrk takuti ?????

    ReplyDelete
  3. Kalau cina kafiaq boleh becerita bab hudud dan orang islam melayu dan melayu islam boleh faham kenapa islam melayu PAS dan PAS melayu islam tidak boleh memaham orang melayu islam dam islam melayu,kenapa hendak benci dan marah pada cina DAP yang bernama LKS itu dasar PAS hendakkan sokongan secara paksa itulah sebabnya pada semua ahli dan pengikut PAS disuruh bersumpah setia pada pemimpin walau pun pemimpin ajak terjun longkang atau lubang biawak.Fikirlah sendiri wahai pengikut PAS yang mewal" membuta tuli.Sekarang zaman teklnologi tinggi semua berada dihujung jari.

    ReplyDelete
  4. Rakyat Kelantan diperbodohkan oleh LKS. Patut ke LKS yang perlu beri kefahaman kepada rakyat Kelantan?

    Memang satu kesilapan yang dilakukan oleh PAS Kelantan. Silap menjemput kafir tetapi bercerita pasal Islam bukan kepada kafir tapi kepada rakyat Kelantan yang rata-rata Islam macam Kelantan dah tiada ustaz atau ulama.

    ReplyDelete
  5. Kepala banana kau macai pkr, pasma dan jebon ! Kau ingat asal boleh bercakap pasal islam walaupun dia bukan islam kira hebat la tu ..............kat amerika dan eropah sana ramai bukan islam pakar tentang islam ttp dia org bukan islam krn depa tu orientalis yg menjahanamkan islam ........... sama lah dgn tok2 guru macai dpd Dap dan PKR ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enaknya mengutuk....awakpun tak berakhlak islam....

      Delete
  6. Anon 7:40 PM

    Haha.....dia ingat Dr. Mahmood Zuhdi tu kepala haprak macam dia kot?

    ReplyDelete
  7. Anon 5:51 PM

    Aku percaya kau orang melayu beragama islam.... kau kata...ingat asal boleh bercakap pasal islam walaupun dia bukan islam kira hebat la tu ......

    Bagi aku kau adalah melayu bebal yang ketinggalan zaman. Pernah kah kau baca berita yang berlaku dalam Malaysia bahawa pada 21 Jun 2013, panel 3 hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan bersejarah iaitu peguam bukan Islam layak bertindak sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan....?

    Ini bermakna peguam bukan islam juga boleh bercakap tentang islam, malah mereka dibenarkan berhujah dan berdebat berkaitan dengan undang-undang islam bagi mempertahankan orang islam dari dihukum oleh undang-undang agamanya sendiri.

    Kepala banana kau macai celaka....

    ReplyDelete
  8. Abe

    Puak2 tok lebai yg dok pertikai ceramah LKS tu dengar tak ceramah tu samada hadir mlm tu atau tengok rakaman utube?

    Kalau tengok kepada komen mereka, ia adalah kes hasad dengki semata-mata. Mereka cuba menutup hakikat yang ceramah yg dihadiri oleh LKS tu menarik lebih ramai rakyat kelantan berbanding dgn majlis solat hajat anjuran puak mereka.

    Maka mereka naik berang dan cuba menutup apa maksud kehadiran yg berbeza diantara kedua-dua ceramah bermotif politik itu. Maksudnya agenda UG yang mereka bawa tidak mendapat sokongan yang diharapkan dari rakyat kelantan. Mereka takut hakikat ini diketahui oleh rakyat di negeri-negeri lain kerana di Kelantan lun mereka ditolak sedangkan kelantan adalah negeri terkuat PAS.

    Itu yg ambo nampak....dengar kata Nik Amar pun naik berang. Nik Amar pun 2 x 5, pura2 xfaham mesej rakyat jelantan kerana dialah ketua majlis solat hajat lpuak itu.

    ReplyDelete
  9. Walaupun LKS itu bukan Islam ulama tentulah bukan, tetapi tidak pernah aku dengar dia buat fitnah pil kuda, menuduh ahli partinya dgn gelaran barua, jebon, broker, parasit dll spt seorang 'ulama' itu lakukan. Menyebut haramjadah macam orang yg hendak diajak tidur sekelambu oleh ulama pil kuda itu pun LKS tidak lakukan. Dari segi akhlak kelihatannya akhlak LKS adalah boleh diberikan pujian tetapi dari segi keimanan, orang yg berserban sebesar busut jantan itu pun belum tentu betul lagi. Ini bukannya hendak membela LKS, jika geng sarban dapat membuktikan sebaliknya aku akan pergi hempuk LKS itu. Sekarang berikan bukti itu.

    ReplyDelete
  10. bat8

    Yang nyata mereka-mereka ni bebal dan melulu!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa