Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 12, 2015

Patutlah dalam apa hal pun yang melibatkan Najib dia diam!

Rupanya penyokong tegar Najib ada dalam PAS!

Atau adakah ini adalah stratergi politik supaya UMNO makin lemah di bawah Najib justeru memupuk sentimen rakyat untuk mempertikaikan Najib di dalam PRU14 nanti?
Walau bagaimana pun adakah adil kepada rakyat dengan dia membiarkan Najib buat apa saja perkara yang merugikan rakyat?
Bertanggung jawabkah begitu bagi seorang MP/wakil rakyat?

Hadi bercakap berkenaan demokrasi yang sihat?
Sihatkah demokrasi dalam PAS?

Najib Tak Perlu Letak Jawatan - Abdul Hadi
Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 1:20 PM
Oleh: FIRDAOUS FADZIL

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri kerana beliau dipilih menerusi sistem yang adil, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
"Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan bahawa beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya," katanya pada Selasa.
Abdul Hadi berkata, adalah sia-sia untuk mendesak perdana menteri supaya meletakkan jawatan berhubung kontroversi mengenai dakwaan penglibatan presiden Umno itu dengan 1malaysia Development Berhad (1MDB). 
"Sesuatu yang memalukan apabila mendesak beliau supaya meletakkan jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat," katanya.
Tambah Abdul Hadi, desakan Najib untuk meletakkan jawatan itu merupakan senario yang berlaku semasa kepimpinan perdana menteri terdahulu.
"Ini bukan perkara baharu. Sebelum 1MDB, kita juga berhadapan dengan masalah Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sekadar menyebut beberapa nama," katanya.

15 comments:

  1. aku bukan penyokong tghh tapi apa yg dikatakan itu betul biar najib jadi pm sampai pru14 senang umno dan bn tumbang kerana ini yg paling ditakuti olih mamaak madey kalau najib tak letak jawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno akan melakunkan mahyudin sebagai Mr. Suci bersih Kalau najip tak boleh suci sebelum pru. Sama drama tun m dan abd badawi. Melayu sekarang makan buah kurma Dan madu tidak lupa lagi.

      Delete
  2. parti sendiri pun tak boleh nak urus, sebok dengan parti orang. p mabuk pilkuda la hadi...

    ReplyDelete
  3. Kalau demokrasi segar kat malaysia, sudah tentu najib tak jadi PM. Aku sokong mat sabu, najib perlu dapat semula mandat dari rakyat. Haji ni pendek fikiran.......pandanganya sama dgn geng walaun.

    ReplyDelete
  4. Patut pun sepatah komen pun tak keluar dr mulutnya tentang TH, GST dan KWAP. Barangkali dia redho dgn najib lantas ketikadilan terhadap DSAI diizinkan atas dasar menyelamatkan ketuanan melayu. Elok lah hadi dan najib sama2 turun.

    ReplyDelete
  5. Betul tu opisboi....Pandangan kamu memang amat sesuai sebagai Officeboy.
    Biarlah Najib jadi PM sampai PRU14 (3 tahun lagi), sekarang pun budak belum lahir lagi dah di kategorikan berhutang kerana hutang negara terlalu tinggi di bawah pemerintahan PM yang hanya tahu menghabiskan wang dan harta rakyat dan tidak tahu langsung bagaimana menambahkan hasil dan ekonomi negara dan rakyat, yang beliau tahu mengemukkan Iblis Betina yang sentiasa gilakan beg tangan mewah Birkin, cincin permata 24 juta dollar US dan sebagainya. Biarlah Najib memerintah selama 3 tahun lagi supaya rakyat akan menambah derita kesan ekonomi yang merudum. Bagi opisboi tidak mengapa, kalau susah sangat untuk survival dengan ekonomi sekarang, boleh sahaja kamu lacurkan bini kamu di malam hari supaya ekonomi keluarga kamu terjamin. Cubalah.....(aku tak berbini lagi).

    ReplyDelete
  6. Ada betul juga kata opisboy tu.

    Ahli umno dan orang melayu suka bagi peluang Pelajar pintar video lucah pun depa sanggup bagi peluang.

    Kalau najib di ganti maka ahli umno dan orang melayu akan bagi peluang pada PM baru dan kerana itu lah mahathir minta najib berundur

    ReplyDelete
  7. Letak jawatan lah yang paling baik.

    Menjimat masa dan wang ringgit.

    ReplyDelete
  8. Gila kau...nak sokong/suruh orang letak jawatan...buatnya Najib terima kemudian penyokong PAS pula tanya HAJI bila lagi nak letak jawatan, selalu sakit-sakit dan flip-flop macam mabuk pil kuda, ikutlah macam Najib buat...tak ke haru. Sedangkan Haji kalau boleh nak tengok anak ayam tumbuh bulu dan pandai terbang baru lah nak mikir pasal letak jawatan.

    Sekarang ni bukan ulamak saja yang jadi bisu. Pemimpin PAS pun boleh jadi bisu dan enggan menegur salah laku. PM Malaysia tu banyak membawa kerosakan kepada negara la Haji...makin lama dia memerintah makin musnah negara ini. Najib turun naik mana-mana pengganti dari UMNO akan membawa penyakit yang sama. Pemimpin UMNO ini tak boleh dipercayai Haji, tak payahla nak berbaik-baik dengan mereka.

    Kalau Haji dah penat melawan UMNO elok Haji turun bagi orang lain amik aleh.

    ReplyDelete
  9. Kenyataan bodoh.
    BN tak akan kalah dgn PRU,spr membaruakan diri untuk umno,jadi sangat mustahil bn akan kalah.

    Lihat rompin dan permatang pauh berapa puluh ribu yg undi bn.

    Dulu khairy J dah kalah tetiba masukkan karung undi yg menangkan KJ.
    Ini semua ada batu sebalik batang yuji yuji dan juga dengki khianat pada Anwar Ibrahim agar terus berapa dalam pinjara.

    Umno sudah patah tongkat,untuk 10sen dan jadi opis boy mereka sanggup hulurkan tongkat.
    Mustapa ali tak nak hulurkan tongkat dia ke?

    ReplyDelete
  10. Rafizi juga mendakwa Najib paling bijak apabila membeli kapal terbang terpakai dengan harga lebih RM400 juta.

    Kemudian diubahsuai pula dengan kos RM28 juta.

    “Di dunia ini hanya ada dua sahaja syarikat yang membuat kapalterbang iaitu Boeing dan Airbus. Jet yang dibeli Najib kalau dibeli baru hanya sekitar RM200 juta sahaja.

    “Saya semak jet terpakai yang dibeli perdana menteri itu dari mana. Ooo rupa-rupanya daripada keluarga besannya di Kazakhstan,” dakwa Rafizi.

    ReplyDelete
  11. Ulamak UG saja yang boleh kaya ber gaya

    Hadi BIJAK.... Mana kerja yang FREE. Mesti ada MASOKKK punyea

    Orang Orang PAS yang BODOH

    ReplyDelete
  12. Ni lah gaya politik baru...tak perlu UG
    Dari dalam PAs TGHH lagi senang buat keja
    Sbb apa yg keluar dari mulut TGHH pengikug kena wala....kan TGHH nak bawa pengikut semua masuk syurga

    ReplyDelete
  13. kalau najib letak jawatan sekarang, umno akan kembali kuat dapat sokongan atas pagar..nampaknya korang yg mmg nak umno dan bn berkuasa selama-lamanya

    ReplyDelete
  14. Ini kah rupa pemipin islam... Bila rakyat menderita langsung xingat... TH kena balun pun dia ni senyap memang le lebai pil kuda ni...........

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa