12 anggota polis ditahan bantu siasatan penemuan kubur di Perlis
Wan Junaidi enggan mendedahkan pangkat 12 anggota yang ditahan tersebut kerana siasatan masih dijalankan.
KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang anggota polis ditahan bagi menyiasat penemuan kes 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas kira-kira 11 kilometer persegi di Gunung Wan Kelian, Perlis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lapan anggota polis telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala empat orang lagi ditahan oleh polis sendiri.
Bagaimanapun, Wan Junaidi enggan mendedahkan pangkat 12 anggota yang ditahan tersebut.
“Tidak payah tahu samada ‘senior officer’ atau tidak,” katanya kepada media di Parlimen pada Rabu.
Wan Junaidi berkata, pihaknya kini juga sedang menyiasat semua anggota keselamatan dan ia tidak tertumpu kepada anggota polis sahaja.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong turut memberitahu bahawa tidak ada keperluan untuk kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat 139 kubur yang dipercayai mangsa aktiviti sindiket pemerdagangan manusia.
“Pada saya, tidak semua benda kita perlu adakan RCI, kalau tidak semua benda berlaku akan ada RCI,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Pi LA Mampos dgn RCI.kes ic kat Sabah pun tak selesai nak Buat Lawak pulak Mamat Tua ni .
ReplyDeletebetoi juga kata tim dalam negeri tu.tubuh RCI pun tak kemana gak.kalau RCI berfungsi lama dah tangan2'ghaib'duduk dalam penjara.yang kena pun ikan2 bilis,jerung,paus terlepas bebas.1malaysia boleh!
ReplyDeleteMat Kampau jugak
ReplyDeleteMerata rata mesti ada Mat Kampau
Mat Kampau nsk hidup senang jugak
Kalau Ketua Besar ambik 4 2 Bilion , bebudak dapat Nasi Bungkus cukup lah
Kalau bukan Mat Kampau , tak kan pak haji ustad pulak ksn
Ini kan tanah melayu , bukan tanah jepang
benda ni amat mengejutkan semua orang bukan saja di malaysia malah di seluruh dunia. Benda ni bukan bahan lawak.Benda ni bukan macam kejadian hilangnya seekor kambing. sebab tu perlu diadakan RCI untuk mengetahui perkara yang sebenar sekaligus membersihkan nama baik negara di mata dunia!!!
ReplyDeletetak kan itu pun tak faham.
Bagaimana menilai badan kehakiman dan penguatkuasaan di negara ini sekiranya dalam kes Anwar yang terbukti nyata tidak bersalah dan boleh dipenjarakan, apalagi kes-kes besar seperti kehilangan MH370 dan MH17?
ReplyDeleteKalau setakat bunuh orang dan tanam dalam hutan kawasan operasi polis PGA, apa nak diherankan? Semuanya boleh jadi di zaman Najib.......(Sebab beliau bertuhankan Sami Hindu yang dibawakan dari India).