Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 30, 2015

Kah..kah....lawak giler!

Aku tanak komen sebab belum tentu kes ini benar tau tidak
Walau bagaimana pun.........korang fikir dan nilailah pada tahap masing-masing

Banyak bertanya, jabatan agama dakwa
mk - 9:50PM - 29 May 2015

'Pencarian' seorang lelaki untuk mendalami Islam membawanya ke tempat yang tidak pernah diingininya - masalah.

Wan Sulaiman Wan Ismail, 54, dari Perak, sebelum ini membangkitkan persoalan mengenai perbezaan antara apa yang tertulis dalam al-Quran dengan amalan Muslim.

Antara tempat yang dituju untuk mencari jawapan ialah pejabat Mufti Perak.

"Saya menganggap mereka sebagai guru. Sebab itu saya pergi ke sana untuk bertanya dan mendapatkan nasihat.

"Bagaimanapun mereka cuma memberitahu saya supaya ikut saja apa yang mereka kata," jelas Wan Sulaiman dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.


Tidak serik dengan itu, Wan Sulaiman mengemukakan soalan kepada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipp), pegawai Masjid Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada laman sesawang mereka.

Kesannya, Wan Sulaiman didakwa mengikut Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Perak 1992 oleh Jaipp.

Menurut seksyen itu, seseorang boleh didakwa jika didapati mempersenda, memperolok atau menghina al-Quran dan hadis secara perkataan atau perbuatan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda RM5,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya.

Kata Wan Sulaiman, dia tetap beragama Islam dan menyayangi agama.
"Saya cuma mahu mendalami Islam," katanya.

Dakwaan terhadap ahli perniagaan itu juga mendorong Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menggelarnya pembohong dan menyampaikan ajaran Islam tanpa tauliah.

3 comments:

  1. lu jgn lawak bhai.

    cuba lu cari dlm Qur'an, ada tak ayat yg suruh basuh kaki ketika wudhuk. jgn baca terjemahan.

    dlm terjemahan melayu - sapu kepala dan (basuh) kaki. knp (basuh) tu dlm kurungan? SEBABNYA ialah ia tiada dlm ayat Qur'an tsb.

    lu pikir sendirilah. nak ikut apa yg Allah swt suruh atau nak ikut manusia?

    ReplyDelete
  2. Anon 8:22 AM

    Lu pun satu jenis yang payah faham macam Harussani juga.......tajuk aku berikan 'lawak' tu, aku tujukan kat sape?

    Sebelum komen jubalah lu faham betul2
    Ada pulak tanya pun tak boleh!

    ReplyDelete
  3. salah satu fungsi mufti sepatutnya menjawab persoalan tentang agama jika timbul sesuatu yang kurang difahami oleh penganutnya. Tak kanlah orng tak faham, bertanya, kemudian kena saman? Nasib baik dia jadi mufti, kalau dia jadi cikgu mungkin dah banyak anak murid dia kena saman!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa