Astro Awani |Kemas kini:Mei 24, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 24, 2015 21:45 MYT)

Video di sini
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menuduh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menikam Pakatan Rakyat dari belakang pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.
Katanya, selain tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon PRK Permatang Pauh, Abdul Hadi juga langsung tidak hadir ke Permatang Pauh bermula hari penamaan calon sehingga tiba hari pengundian.
Menurut Lim, itu tidak sepatutnya berlaku dan jelas menunjukkan Abdul Hadi tidak komited terhadap dasar bersama pakatan pembangkang.
“Kita tidak kacau PAS... kita hanya jawab bila PAS kacau kita dan bila PAS putar belitkan apa yang sebenarnya berlaku, saya rasa bahawa pemimpin-pemimpin PAS tidak kira Mahfuz atau mereka yang hendak sokong sama Hadi itu hak mereka, tetapi janganlah tutup mata ke atas hasrat PAS untuk menubuhkan kerajaan gabungan dengan UMNO itu amat nyata sekali.
“Dan PRK Permatang Pauh presiden mereka tidak hadir langsung itu tidak apa lah mungkin dia sibuk sangat... ada tugas lebih penting, tetapi bila ditanya samada sokong Kak Wan sebagai calon PR dekat Permatang Pauh keengganan beliau untuk sokong Kak Wan saya rasa adalah sesuatu yang boleh dianggap tikam belakang dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Lim mengulas tentang desas desus yang mengatakan PAS mahu bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi turut menyelar Abdul Hadi dengan menyifatkannya beliau sebagai perosak kerjasama antara DAP, PKR dan PAS.
Lim berkata, pemimpin-pemimpin PAS termasuk Mahfuz Omar tidak boleh menutup mata tentang hasrat parti itu yang mahu bergabung dengan UMNO.
“Jadi saya rasa itulah kalau nak sertai UMNO Barisan Nasional, pergilah tetapi jangan cari alasan dengan menghentam DAP supaya dapat membuka jalan untuk masuk UMNO... saya rasa ini budak-budak pun boleh tau apakah muslihat sebenar serangan macam ini ke atas DAP, saya melihat dia tidak membuat serangan sedemikian terhadap UMNO,” katanya.
Lim berkata demikian dalam sidang media selepas majlis kempen derma darah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Bendera pada Ahad.

Lim Guan eng
ReplyDeletePlease make a better offer to Hadi
Umno is offering 1billion of which you penangnites could hardly affored.
Year 2020 is about money esp for ularrmaks
.
ReplyDeletePatut lah Mahfuz senyap je. Husam bayangan Anwar. Mahfuz bayangan Ezam kotak. Hj Hadi ehmmmm bayangan Zul Nordin kot.
Walaupun semua orang tahu, kena cakap jugak sebab pemilihan bulan Jun. Pro ulama kena dedahkan niat mereka supaya perwakilan tidak tertipu.
Kenapa ya nak masuk UMNO mesti ada alasan dan bukan tujuan? Kalau alasan rasanya dah lebih dari cukup untuk bergabung dengan UMNO.
Apa lagi yang kamu nak dari TGHA? Semua tahu DAP dah putuskan hubungan dengan Presiden, buat apa
ReplyDeletelagi melalak macam manusia ketakutan?
Berlapang dada lah terima semuanya wahai Lim Guan Eng, kamu dah tak ada apa hubungan lagi dengan TGHA.
Situasi yang menakutkan para pemimpin DAP ialah Muktamar Tahunan PAS, melihat kepada pencalonan sekarang membuat mereka gelabah apabila kebencian mereka masih lagi kekal menerajui PAS.
PR akan hancur pada 4hb hingga 6hb Jun nanti kata LKS, Hebatkan PAS?
Anak muda tolak Pas....Pas memang tongkat umno @ barua umno! Nak laksanakan hudud ambil dulu putrajaya. Bukak berkicau setiap kali pru. Rakyat rapatkan saf masa pru...Pas pecahkan saf semasa pru...Dasar politikus pak lebai!
ReplyDelete