Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 26, 2015

Op Wawasan Khas: Lagi penemuan di sempadan (foto)

Operasi di sempadan temui tiga bahagian mayat mereput
Adie Sufian Zulkefli,Astro Awani |Kemas kini:Mei 25, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 25, 2015 21:31 MYT)

Operasi di sempadan temui tiga bahagian mayat mereput
Kelihatan beberapa anggota forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang membawa beg plastik berisi rangka mayat mangsa pemerdagangan manusia yang pertama berjaya diturunkan ke Markas Tektikal (MARTEK) Wang Kelian hari ini. - Foto Bernama
WANG KELIAN: Proses pencarian di bawah Op Wawasan Khas yang dilakukan sepasukan anggota polis dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menemui 3 bahagian mayat yang tercerai dan hampir reput hari ini.

Mayat ditemui di sebuah bangsal di Bukit Wang Burma di sini hanya beberapa meter dari tembok sempadan negara.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizani Che Ismail, proses pencarian itu bermula jam 9.20 pagi tadi dengan kekuatan seramai tujuh pegawai dan 24 anggota forensik dari Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Unit Pemusnah Bom dan turut dibantu anggota PGA.

BACA:139 kubur, 28 kem pemerdagangan manusia ditemukan

BACA:Kubur besar pelarian disyaki ada kaitan aktiviti pemerdagangan manusia - Zahid

Pendakian selama dua jam ke lokasi berkenaan membawa kepada penemuan 3 bahagian mayat terbabit yang hampir reput dan tercerai antara bahagian kepala, badan serta kaki.

Kubur Bernama
Penemuan itu hasil 'Op Wawasan Khas JKDNKA 2015' oleh 300 anggota polis Komando VAT 69 dan Pasukan Gerak Am (PGA) dari 11 Mei hingga Sabtu lepas. - Foto Bernama

“Selepas lebih kurang tiga jam berada di lokasi bagi membuat tugas operasi dan sebagainya kami telah menjumpai mayat reput di dalam sebuah bangsal berukuran 48 kali 22 kaki.

"Mayat tercerai dalam tiga bahagian turut ditemui ialah dua pakaian panas dua selimut dan seluar panjang,” kata Rizani ketika ditemui di Markas Tektikal (MARTEK) Wang Kelian, siang tadi.

Selain itu Rizani juga memaklumkan proses penggalian kubur masih belum bermula ekoran daripada penemuan mayat tersebut selain identiti mayat yang masih belum dapat dikenal pasti.

Ia dijangka dimulakan esok.

Kubur Bernama
Gambar keadaan kem pemerdagangan manusia berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
Kem tersebut dikesan hasil 'Op Wawasan Khas JKDNKA 2015'. - Foto Bernama

Sementara itu, menurut laporan Bernama, satu rangka manusia dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dibawa keluar dari hutan Wang Kelian, petang tadi.

Rangka  dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem haram yang dipercayai digunakan oleh sindiket pemerdagangan manusia di sebelah Malaysia di Wang Kelian.

Lagi gambar di sini

3 comments:

  1. Mcm cerita Rambo jadi tahanan di Vietnam

    ReplyDelete
  2. kehhh... ni bukan kes pemerdangan manusia... ni kes penghapusan etnik n pembunuhan umat islam.

    ReplyDelete
  3. .

    .

    Tuan Mountdweller

    Saya hairan bagaimana Mat mat Ranger yang bekerja di Perlis bolih

    tak tahu menahu hal di celak kangkang mereka?

    .
    Saya rasa [my gut feeling] mereka sudah tahu 3/4 tahun lalu. Mereka

    sudah pun inform Federal pasal hal ini. Tapi Federal memilih untuk

    tutup mata dan buat derk aje. UN, US dan Australia telah pun

    kenal pasti Malaysia sebagai 'launching pad' untuk human trafickking

    sejak 1/2 tahun lalu. Saya ada menukil di blog ko song yang

    Malaysia bolih claim sebagai No 1 di dalam human trafickking ...



    .

    Saya sedih dan terperanjat sikap tidak pemimpin kita atas keperitan

    pelarian Rohingya! Adalah wajar gomen hantar pulang semua pekerja

    Myanmar [bukan Ialam ] balek ke Myanmar. Gomen patut ambil

    Rohingyas untuk mengisi keperluan buruh Negara.



    .

    khong khek khuat

    .


    .


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa