Maka jadilah sipenuduh macam sijampok yang berkokok malam.....
Aku pun naik hairan.......kalau dah benci sangat dengan Cina ni dan golongannya, kenapa masih nak tidur dalam satu kelambu?
Tidakkah bodoh namanya memendam rasa tanpa kesudahan sedangkan bila-bila masa saja boleh bebaskan diri?
Kit Siang masih tunggu bukti hina Islam di Kota Baru
TMI - Published: 14 May 2015 6:47 PM
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata sudah 3 hari beliau menunggu pihak yang menuduhnya menghina Islam, hudud, umat Islam dan PAS tampil menunjukkan bukti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mei, 2015.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menuntut pihak yang menuduhnya menghina Islam dalam sebuah anjuran PAS di Kota Bharu Ahad lalu supaya mengemukakan bukti.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata sudah 3 hari beliau menunggu pihak yang menuduhnya menghina Islam, hudud, umat Islam dan PAS tampil menunjukkan bukti.
"Tapi tak apa, saya sedia menanti 48 jam lagi sehingga bukti dakwaan tersebut dikemukakan," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau juga berkata sedia diperbetulkan kesilapannya sekiranya silap dalam ucapannya di ceramah perdana "Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan" itu.
"Sekiranya saya ada membuat sebarang kesilapan dalam ucapan saya di Kota Baru pada hari Ahad, sama ada dalam rujukan saya terhadap Sheikh Yusuf Al-Qardawi ataupun Rashid Ghannoushi, saya bersedia untuk belajar dan diperbetulkan. Tetapi tidak ada pun teguran memperbetulkan saya sepanjang 3 hari lalu.
Sebelum ini, ucapan Lim yang dikatakan mengkritik usaha pelaksanaan hudud di Kelantan dipertikaikan beberapa pimpinan PAS.
Sementara itu, pengguna media sosial mempertahankan Lim dan menyangkal kenyataan menuduhnya mengeluarkan ucapan menghina Islam.
Pengguna Facebook, @Pelaut Tua berkata: "Sya dgr ucapan lks dari mula sampai habis... apa yg kurang ajarnya... lks tak tentang hudud pun, tak anti Islam pun,.. soal boleh atau tak boleh laksana hudud dalam negara yg majmuk boleh dibincang kemudian."
@Afifi Albarr pula berpendapat seperti Lim, dengan berkata: "Tak faham, apa yang kurang ajarnya? Dia tak hina Islam, dia tak hina hudud, dia tak hina Muslim, dia tak hina PAS, dia cakap benda yang ulama Islam sendiri cakap."
Begitu juga @Norol Hayati: "Sy pun tak faham...kat mane dlm transkrip ucapan lks yg menghina Islam dan kenyataan yg kurang ajar? He makes effort to study and understand Islam... kita ni yg Islam bagilah contoh terbaik dan try to educate non muslim about the beauty of Islam... sy rasa malu pulak baca komen2 by nik amar sekiranya betul statement tu dtg dr dia."
Pada ceramah itu, Lim berkata DAP tidak bersikap anti Islam apabila menentang hudud kerana ia dibuat berdasarkan pertentangannya dengan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga mengakui DAP berusaha memahami isu hudud dengan menghantar rombongan ke negara Islam di Timur Tengah dan beliau sendiri membaca buku tulisan sarjana dan ulama Islam mengenainya.
"Kami ke Jordan dan Mesir berjumpa pelajar-pelajar kita di sana serta berbincang dengan tokoh-tokoh Islam.
"Di Jordan dan Mesir juga, yang majoriti umat Islamnya sangat tinggi, tidak ada hudud. Dan ada debat di sana (mengenai) patutkah utamakan hudud atau tidak," katanya di program yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. – 14 Mei, 2015
Bayangkan kalau PAS memerintah negara...agaknya dasar apa yang akan dilaksanakan berkaitan hak bersuara rakyat? Wala kepada pemimpin akan dijadikan undang-undang kut.. kalau tak wala dianggap menghasut. Apa definisi wala kepada pemimpin? Ustaz-ustaz muda lulusan timur tengah akan rangkakan..
ReplyDeleteSaya sokong sgt 12.44. Dulu berminat juga dgn PAS tapi sekarang takut pulak rasanya kalau PAS yg perintah Malaysia haru biru jd nya..baru dalam pakatan rakyat dah tunjuk perangai pelik...kata ustaz Islam tapi tuduhan2 sembarangan bukannya akhlak Islam, merosakkn nama baik agama islam je, tambah dekat muktamar, bertambah buruk perangai yg bergelar penyokong ulamak..TAKUT Islam d gunakan untuk kepentingan sendiri .
ReplyDelete