Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 17, 2015

Isu TH: Ini jawapan 1MDB RE

1MDB RE jawab isu pembelian tanah oleh TH
 | May 16, 2015
1MDB RE melabur sebanyak RM3.8 bilion untuk membina infrastruktur bertaraf antarabangsa di kawasan pembangunan itu sebelum menjual kepada pelabur.
Datuk Azmar Talib
PETALING JAYA: Rundingan untuk membeli tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) telah bermula awal 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Real Estate Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib berkata, ia dibuat menerusi bidaan menerusi proses memorandum pelaburan 1MDB RE.
Jelasnya, 1MDB RE menerima tawaran lebih tinggi untuk plot itu tetapi pihaknya mahu membangunkan TRX sebagai hab kewangan Islam antabangsa dengan penglibatan TH.
“Walaupun kami menerima tawaran lebih tinggi untuk plot yang sama, tetapi kami memilih untuk bekerjasama dengan Tabung Haji.
“Kami ingin membangunkan TRX sebagai hab kewangan antarabangsa dan penglibatan Tabung Haji yang menjadi satu dana Islam bertaraf global adalah sesuatu bernilai kepada kami,” katanya yang dilaporkan Utusan Malaysia.
Azmar berkata, tindak timbul dakwaan 1MDB mendapat keuntungan besar apabila menjual tanah berlipat kali ganda berbanding harga asal yang dibeli daripada kerajaan.
Katanya, 1MDB RE perlu melabur sebanyak RM3.8 bilion untuk membina infrastruktur bertaraf antarabangsa di kawasan pembangunan itu.
Katanya, harga yang dibayar itu termasuk kos mengalih legal and physical encumbrances, pampasan dan pemindahan sebelum mendapatkan tanah itu dan menjadikannya sesuai untuk pelaburan.
“Penjualan tanah adalah adalah salah satu langkah 1MDB RE untuk mengkormesilkan TRX,” katanya.
Azmar membuat penjelasan itu susulan dakwaan 1MDB mendapat keuntungan berlipat kali ganda hasil penjualan tanah kepada Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta.
Pembelian oleh Tabung Haji itu menimbulkan tidak puas hati banyak pihak yang mengaitkannya dengan cubaan untuk ‘bail out’ 1MDB yang menghadapi masalah aliran tunai.

3 comments:

  1. 'Story story' night.

    ( lagu asal stary night )

    ReplyDelete
  2. beli dari kerajaan najib banyak murah, lagi mau bising.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa