Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 10, 2015

Rasanya tidak ada sesiapa pun yang berani nyatakan bertanggungjawab

Akan timbul bermacam dalih dan helah
Jauhlah lagi nak meletak jawatan.......mana ada tahu malu?

Pertubuhan Islam mahu yang bertanggungjawab dalam Tabung Haji letak jawatan
Published: 9 May 2015 7:17 PM
Bagi memastikan keyakinan rakyat dapat terus dipertahankan, keempat-empat pengurusan tertinggi TH yang terlibat dengan 1MDB mesti mengundurkan diri atau digantung tugas, kata Abim dan Ikram hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Mei, 2015.

Eksekutif kanan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) mesti meletak jawatan bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap dana simpanan bagi jemaah haji negara itu, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini.
Mengalu-alukan langkah TH menjual tanah yang dibelinya pada harga RM188.5 juta dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibebani hutang itu, Abim menyifatkan ia satu permulaan untuk membersihkan badan pengelola dana simpanan itu daripada unsur manipulasi, khususnya dari 1MDB.
"Langkah ini dilihat mampu untuk memulihkan keyakinan pendeposit terhadap pengurusan Tabung Haji.
"Namun, bagi memastikan keyakinan ini dapat terus dipertahankan, keempat-empat pengurusan tertinggi TH yang terlibat dengan 1MDB di pelbagai peringkat mesti mengundurkan diri.
"Begitu juga dengan  Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, selaku pengerusi TH, yang dilihat gagal menguruskan jual beli tersebut dengan baik sehingga menimbulkan pertikaian," kata Presiden Abim, Amidi Abd Manan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Abim menuntut siasatan dijalankan dan penjelasan diberikan berhubung pembelian hartanah 1MDB seluas 0.63 hektar di projek Tun Razak Exchange (TRX) itu oleh Tabung Haji.
Empat eksekutif yang dimaksudkan itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Tan Sri Ismee Ismail, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Datuk Johan Abdullah, Ahli Panel Pelaburan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias dan Ahli Lembaga Pengarah Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah - juga memegang jawatan tertinggi dalam 1MDB.
Sementara itu, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menggesa penggantungan tugas ketua pegawai eksekutif, timbalan ketua pegawai eksekutif dan ahli Panel Pelaburan TH yang terlibat secara langsung dalam perkara tersebut.
Selain mahu laporan Audit Negara mengenai kedudukan kewangan sebenar 1MDB dipercepatkan, pertubuhan dakwah dan kebajikan Islam itu mendesak kerajaan membekukan untuk sementara waktu semua transaksi kewangan antara TH dan 1MDB.
"Juga, jika ada urusan pembelian aset 1MDB oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan(GLIC), ia harus diberhentikan dengan serta merta.
"Kerajaan juga harus mengelakkan dari mengambil ahli politik menganggotai lembaga pengarah GLIC, selaras dengan pelan transfomasi syarikat berkaitan kerajaan, iaitu memisahkan pengaruh politik dalam bisnes," kata Presiden Ikram Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.
Ikram membangkitkan soal percanggahan kepentingan melibatkan empat individu peneraju TH itu, yang juga terkait dengan 1MDB - Ismee merupakan ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Johan pengerusi anak syarikat 1MDB, Edra Energy Sdn Bhd, sementara Samad dan Irwan, ahli Panel Penasihat 1MDB.
"Ini menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan pertembungan kepentingan di dalam proses jual beli tanah tersebut dan keraguan terhadap penjagaan kepentingan TH dan pendepositnya dalam urusniaga berkenaan," kata Parid.
1MDB, yang dimiliki Kementerian Kewangan, menjadi perhatian banyak pihak kerana hutangnya yang menimbun dan operasinya yang agak kabur.
Pembelian tanah itu, tujuan asalnya bagi pembinaan kondominium mewah, menimbulkan kemarahan pendeposit TH apabila sesetengahnya bertindak mengeluarkan simpanan mereka dari cawangan di Shah Alam pada Khamis.
Hari ini, Azeez berkata, atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, TH akan menjual tanah itu semula bagi menjaga sensitiviti pendeposit yang tidak mahu simpanan mereka "tercemar".
Pemimpin pembangkang menyifatkan pembelian itu satu tindakan menyelamat atau bailout terhadap 1MDB yang dibebani hutang.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengkritik perjanjian jual beli tanah itu kerana katanya, hutang RM42 bilion 1MDB itu memang diketahui umum. – 9 Mei, 2015. - sumber

9 comments:

  1. Nak suruh letak jawatan???...apa kau orang ingat ini Jepun ke negara eropah. Ini Bolehland.... penipu penyangak lanun yang pegang kuasa. Keling pungkoq hitam macam bontot kuali pun boleh jadi Melayu.

    ReplyDelete
  2. Cara paksa azeez letak jawatan ialah dgn kluar wang tabung haji secepat mungkin... Selagi dia xletak jawatan jgn masuk duit tu balik...

    ReplyDelete
  3. Apa abim dan NGO yang lain lebih besar dari PM yang melantik barua UMNO BN ini. Begitu juga barua dalam badan kerajaan yang lain. Boleh menyalak jee, Tiba PRU UMNO BN juga penyelamat Melayu Islam.
    Terbukti dah, betapa orang melayu tak sayang bangsa sendiri apalagi Negara,

    ReplyDelete
  4. Kalau tanah tu mempunyai nilai yg sebegitu tinggi, kenapa 1MDB tidak terus je jual, kenapa jual pada TH ......thambey azeez! Cukup la nak kencing org melayu.....dari zaman melaka sampai zaman melaysia......asyik kencing org melayu ja! Tepat sekali perpatah melayu, jumpa keling dgn ular, katok keling dulu!

    ReplyDelete
  5. Boley jalan tersangatlah bodoh kamu.nampaknya kamu ni telah ketinggalan bas.

    ReplyDelete
  6. Kartun.

    TH beli tanah dan Sukuk 1,8bilion lah

    Bodoh kan amanah rakyat saja

    Lahanat ini kalau nak jaga nama baik pasti tak buat taik


    Lupa kan lah , ambik kluar duit simpan dalam Maybank sebelom Tabung Haji jadi bankrap macam BMF

    ReplyDelete
  7. Alamat boleh kena gempa bumi Malaysia ni kalau ada mentri yg melwtak jawatan secara sukarela kerana bertanggungjawab atas sesuatu isu..

    ReplyDelete
  8. Inilah akibatnya beri amanah kepada umno/BN

    ReplyDelete
  9. Terlalu banyak suku bangsa dalam melayu.apakah mamak keling itu melayu juga? Cuba setiap suku bangsa bercakap dalam bahasa ibunda masing2 apakah sama sebutan dan maksudnya, jika tidak sama jangan pula mengaku lebih melayu dari melayu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa